Pages

Saturday, November 07, 2015

Welcome To KMTK !

Welcome to KMTK !!!

KMTK = Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah


HMMM…dipendekkan cerita, sem 1 aku di kmtk sudah pun tamat, jadi aku terpanggil untuk menulis apa yang ada kat sini ha, I mean, di kmtk ni…sebab aku ingat lagi dulu, time aku google fasal kmtk ni, aku tak jumpa mana2 blog yang benar2 tulis fasal kmtk, kebanyakkan tulis fasal matrik lain.

Well, aku tahu kmtk ni tak famous, sebelum aku masuk sini, aku pun tak pernah dengar = =”

Huhu.

Ada sekolah, jiran sekolah aku, cikgu2nya tak galakkan pelajar masuk kmtk.

Hmm.

But, jangan risau, itu kisah lama. Ramai tak tahu, pelajar kmtk kebanyakkannya, boleh fly ke oversea terus. Ha, waktu dulu, sebenarnya pelajar lepasan kmtk tak diterima even nak ke local uni pun tak lepas, tapi, lecturers dah negotiate dan banyak discussion dah dibuat…and hasilnya, Alhamdulillah…
Lepas kmtk, nak ke UM, UTM or U mana yang famous pun boleh, asal pointer tinggi semua jalan. 

Huhu.

***update : Diri aku boleh kot jadi bahan bukti yang lepasan matrik teknikal boleh sambung degree di oversea. Aku dapat tawaran oversea, tapi aku tak jadi pergi, boleh click oversea kalau nak tahu lebih2 sal hal tu. Ha, dan aku sekarang sambung degree dekat UTM, Skudai.

Oh, wait, not that kinda story, ni aku baru habis sem 1, jadi story camtu, aku simpan nanti la, sekarang aku nak cakap fasal...

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BELAJAR DI KMTK :

Ha, sebenarnya aku harap orang beritahu aku semua benda ni, sebelum aku daftar.

1.      Majority pelajar adalah lepasan sekolah teknik

2.      Sebab KMTK ni di Kedah, pelajar Kedah pun banyak.

3.      Bilangan pelajar hanya 1 per 10 daripada matrik induk…200 lebih total up lelaki dan perempuan. No seniors or juniors. Hanya bebudak 18 tahun. = =

4.      Bilangan pelajar lelaki lagi ramai.

5.      Pelajar boleh pilih 3 aliran kejuruteraan ( civil, mechanical, electric )

6.      Majority pelajar, cita2nya nak jadi Engineer, tak pun arkitek, or lecturer – kecuali aku.

7.      Pelajar, kebanyakkannya kacak and cantik. Haha. Beauty is in the eye of beholder.

8.      Belajar hanya 4 subjek untuk pointer ( Physics, Chemistry, Mathematics and Engineering ), formula pengiraan untuk semua subjek, kena hafal – tak diberi macam time SPM !

9.      Subjek tambahan ( SR – aku masih tak tahu SR ni singkatan untuk apa, tak silap aku sukan rekreasi…huhu, lepas tu Kemahiran Dinamika, Pendidikan Islam/ Moral, English for MUET )

10.   Muet diwajibkan ambil pada bulan November, tapi subjek English tak ditekankan, tak tahulah kenapa…walhal, majority pelajar tak pandai English pun, I mean, English diorang kebanyakkannya C in SPM !

11.   Jawatan-jawatan senang nak dapat sebab saingan tak banyak, nak pegang banyak mana pun boleh, asalkan amanah – tak fasal2 nanti dapat dosa kalau tak amanah.

12.   Jawatan yang ada : JPP, PRD, RCC, Sport Skuad, AJK Surau, SRN, ha, pilih je lah nak apa!

13.   Wait, point penting…pelajar kat sini banyak kaya2, so,makanan mahal sikit and harga tak berapa nak tetap = =”, pepandai la bajet duit kau.

14.   Elaun dapat RM250 sebulan pada atau sebelum 10 haribulan setiap bulan

15.   Duit boleh ambil di kiosk, melalui agen bank BSN, tapi, duit selalu habis…jadi, sila bawa duit banyak2 sikit.

16.   Buku rujukan tak guna pun, jadi tak payah beli, nanti membazir, macam aku. Huhu. Kalau nak guna pinjam di library, free ja.

17.   Laptop perlu bawa, kalau boleh install AutoCAD siap2 sebab sem 1 kena guna. Tak nak bawa, pinjam kawan, kawan kedekut boleh pergi makmal AutoCAD, tak sempat nak pergi, pepandai lah ko.

18.   Alatan Lukisan Kejuruteraan perlu dibawa (akan digunakan selapas Ujian Pertengahan Semester)

19.   Kelas tutorial, kuliah dan praktikum berlangsung dari hari Ahad, sampai Khamis, jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

20.   Setiap Isnin, ada ‘morning talk’, macam perhimpunan time sekolah dulu, setengah jam jee..= =”, sebelah malam pula, ada ‘KMTK ku sayang’, perhimpunan kolej kediaman. = =”

21.   Semua wajib menginap di kolej kediaman, suka tak suka…tak boleh berulang.

22.   Kolej kediaman ada dua blok je, Srikandi(for girls) and Satria (for boys), maklum pelajar sikit…tu yang dua blok je…jarak ke kelas pun, dekat ja.

23.   Dorm untuk Srikandi, katil single, satu dorm 6 orang. Kipas setiap dorm ada dua ja kipas syiling. Boleh bawa kipas sendiri kalau nak.

24.   Baju, basuh sendiri or guna mesin ( tapi kena sediakan duit syiling – RM 2)

25.   Kebanyakkan pelajar disini, SPM dapat 5A, tapi tak perlu risau, matrik and SPM, result tu terletak pada nasib dan usaha.

26.   Ramai pelajar berpuak- puak because berasal dari sekolah yang sama – lumrah hidup. Jangan amalkan. Oh, sila pilih kawan anda baik2, salah pilih, anda takkan bahagia setahun di sini.

27.   Bilangan kucing, sangat banyak…makhluk halus lain seperti lalat dan nyamuk juga banyak. Sila bawa penyembur lada. Huhu

28.   Setahun sahaja belajar dekat sini, suka tak suka, stay ajalah.

29.   Kawan anda di minggu pertama daftar, selalunya bukan kawan yang kekal. Alert : banyak fakers pada minggu pertama. Sila jadi diri anda yang sebenar, I hate fakers!! = =”

30.   Fenomena freshman 15, memang berlaku pada aku. Huhu. Tapi, pelajar lain, semakin kurus, sebab stress and struggle… aku je… = =” but not that much la berat aku naik pun. Hoho.

31.   Nota kuliah kena print sendiri kecuali Physics and Mathematics. (sebab lecturers bagi buku berbayar)

32.   Wifi ada, tapi line macam kura-kura sikit. Eh, banyak. = =”

33.   Panggilan time zaman sekolah dah bertukar, maksud aku :
Sekolah = Kolej
Pengetua = Pengarah
Warden = Felo
Cikgu= Lecturer.
Semua orang yang umurnya lebih tua dari anda, perlu disapa dengan kata hormat TUAN atau PUAN tidak kira yang tua atau muda, kahwin atau belum. Huhu.
ada lagi rasanya, aku tak ingat…= =”

Okay, cukup dah rasanya, kalau ada lagi, nanti aku tambahlah yer. Okay, nanti aku cerita lagi benda lain, terlalu banyak nak cakap ni hah. Hmm, sebenarnya kan, hmm…entahlah. Bye!

Oh ya, berikut merupakan buku rujukan aku, yang aku dah dermakan kepada Perpustakaan Hamzah Fansuri KMTK.
Huhu, nampak ada tulis EM tu, buku aku lah tu.
Btw, cayalah cakap aku better pi pinjam buku kat library daripada beli, bukan sempat rujuk pun. Buku aku, orang lain yang rujuk...aku tak. = - =
Nak tengok KMTK ? Click here .
Tapi, sikit je lah gambar yang aku published. Hoho.