aku telah ditawarkan!
= ="
Okay, aku nak serious ni. Jadi hari ni, semua lepasan matrik or STPM mesti nervous kan, sebab hari ni hari semakan results upu untuk ke degree...which is, may be the biggest issue in our life.
Macam, mesti kita asyik fikir,
"aku ni nak sambung mana ? lepas ni jadi apa ? jadi apa ?"

Apapun, jadi apa tu takkan bergantung kat results upu ja, ada banyak lagi benda dalam hidup ni. Kematian. Jodoh. Ha, benda macam tu kalau ikutkan lebih dekat.
Acewwah, aku ni merepek pulak dah.
Hmm...jadi, mula2 pagi2 lagi, aku dah rasa ketar...haha. Tipu. Aku tak rasa apapun. Aku bangun mandi buat kerja sikit then, aku tengok WGM yang Kim Yura and Hong Jong Hyun tu...see ? Aku dah berapa kali ulang tengok sebab setakat ni, dalam banyak2 WGM, aku minat yang ni ja. Yang ni ja yang memang aku tengok full time baru keluar dulu until now, dah dua tahun pun, aku nak ulang tengok lagi... :-)
Yang lain...tengok sikit ja, aku tak da tengok penuh pun sebab aku malas tengok program tu...
= ="
Ha, pastu, tetiba...aku terdetik nak buka Whatsapps, sebab aku pasti, heboh sikit whatsapps hari ni berkaitan upu...then, roommate aku pun whatsapps, cakap,
"Minoz, aku dapat UTM !"

Woww...daebak! Roommate aku memang nak sangat masuk situ, ya, sejak dari sem 1 kat matrik dulu, dia dah target nak yang tu. Aku semakin nervous.
Actually, aku pun minta UTM...course ?
Hmm, semuanya bermula satu ketika dulu, di matrik, pada waktu malam.
Ada seorang wakil dari UMT datang ke matrik aku, dan bagi talk tentang course Sains Nautika. Waktu tu, dunia seakan berhenti berputar. Aku nampak pelangi. Aku rasa, aku dah jatuh hati dengan course tu.
Aku pun, ambil peluang tu dan tanya soalan agak URGH gitu and menyebabkan wakil tu cakap,
"ha, nanti awak bagi la hint yang awak dari matrik ni. Saya suka semangat awak"
Hehe. Soalan yang aku tanya tu, soalan yang rata2 manusia lain akan diam dan tak mau tanya. Hmm, aku semakin kuat merasakan aku ingin ambil yang tu ketika degree nanti.
:-)
Tetapi, tiba2, guruh datang menerpa...waktu aku isi UPU, ternyata...
Lepasan matrik teknikal macam aku, tak boleh isi course tu.
Terkejut beruk aku...aku pelik la, napa tak da dalam upu, napa aku tak boleh isi...napa wakil tu datang bagi ceramah...hmm...napa? Napa?
Aku mula terfikir nak hantar e-mail dan tanya, tapi, aku rasa takut nanti proses tu lama...pastu, tengok2 tarikh isi upu dah tamat, habislah aku...habislah aku tak dapat mohon.
Aku pun, cuba kenal diri sendiri balik. Fikir and fikir courses apa patut aku mohon...and then, aku pun dengan penuh berharap memilih UTM. Ya...aku nak yang ni.
Haha. Pilihan first aku, Architecture UTM, aku dapat tawaran temuduga, tapi, aku tak pergi sebab aku ni tak alert dengan tarikh. Time aku dapat tahu, tengok temuduganya hari berikutnya dan jauh pula dekat KL, aku ni, tak prepare apa2. Huhu.
Pastu, pilihan second Architecture UiTM, aku dapat temuduga, dan tak pergi juga.
Masa ni, aku dah meragui pilihan aku sebab aku macam tak rasa apapun dapat course tu sebab aku ni memang begini...tiba2 nak tukar keputusan.
Yeah...so, hari ni...aku berjaya dapat pilihan ketiga aku :
UTM, course Naval Architecture and Offshore Engineering

Hehe. Terkejut tak ? Surprise!
Waktu bagitau orang lain, banyak yang terkejut sebab utama tentulah orang tak tau dan tanya,
"Naval ? Naval tu apa?"

Aku dah agak sebenarnya yang orang sekeliling aku mesti akan tertanya2 sebab jarang dengar...aku pun, sebab aku buat personal research ja, yang akhirnya menemukan aku dengan course ni...
Hehe. Fasal kapal la...perkapalan. Research aku pun tak da la banyak jadi nak explain lebih lanjut tu, nanti tunggu aku dah belajar ya. Hehe.
Haa...sebab aku tak cakap kat sesiapa sangat yang aku teringin nak belajar lebih lagi fasal kapal.
Mungkin sebab tu juga.
Anyway, boleh try tengok drama korea tajuk "May Queen" sebab watak hero tu, belajar course ni la. Tapi, drama ni panjang, 38 episodes...haha.
Aku memang tak nak sambung Civil Engineering dah, tapi aku mula2 ingat course ni under Civil lagi...rupa2nya under Mechanical = ="
Haha, tak apalah...under mana2 pun tak apa. Campaklah aku ke mana saja, aku akan survive di sana.
Hehe....acewwah.
Jangan cakap betapa gembiranya aku...aku, memang nak yang tu...sejak tak dapat mohon Sains Nautika, aku memang terfikir nak mohon course nihh...
Ya, tiada sebab lain, aku hanya ingin berada dekat dengan benda yang aku suka...
Dekat dengan engineering, dekat dengan matematik...dekat dengan kapal, dekat dengan lautan...dekat dengan ikan...
Wahh...terima kasih Ya Allah. Kau telah beri aku peluang yang aku nantikan selama ini, untuk berada dekat dengan itu semua.
Hmm, dan...bercakap fasal UTM, dah tentulah aku teruja nak belajar di situ...tambah2 pula, roommate aku a.k.a orang yang paling aku suka selama belajar kat matrik, dapat tempat yang sama dengan aku, tapi, dia dapat something yang under Mechanical Engineering.
Apapun, kami tetaplah under one faculty gitu...hehe.
Dan, ingat tak...kawan aku, yang banyak bantu aku waktu kat matrik dulu...ya...
Si S, dia pun dapat something under Mechanical Engineering di UTM.
Happy yang aku rasa, tak payah cakaplah camna...sekarang, aku dekat dengan dua lagi yang aku suka, roommate yang paling aku selesa...dan kawan yang baik yang aku hargai.
Hmm...and my crush ?
Haha...ni part paling bahaya nak cakap nih...Crush aku pun dapat UTM!
Hehe. Okay, tak da la happy mana pun bila dapat tau...sebab, hehe...aku dapat rasa kan dah...aku dah berlatih siap2 camna nak rasa happy bila dapat tau realiti ini.
Haha. Hmm, gurau je laa... = ="
Buang masa ja nak berlatih benda tu. Haha.
Ya, dia pun dapat something under Mechanical Engineering.
Erkk...jadi, dekat dengan crush ?
Hoho. Aku tak da la nak kisah sangat fasal tu. Kan aku cakap tadi...lagipun mana tau kematian lebih dekat berbanding crush.
Well, jadi...hmm...tu ja aku nak merepek hari ni.
Doakan aku tau! Doakan yang terbaik! Aku harap kali ni, aku takkan rasa tersilap. Aku ingin belajar betul2 dan kerja dekat kapal satu hari nanti...aku nak beli kapal persiaran aku sendiri. Doakan aku.
Hmm, dan terima kasih kepada semua khususnya warga KMTK, terima kasih atas segala pengalaman berharga di sana. Maafkan aku sebab aku tak dapat jadi anak murid yang baik. Maafkan aku sebab aku tak dapat 4 flat untuk dua2 sem.
Terima kasih buat semua lecturers terutamanya lecturers awam yang caring.
Thanks!
Dan buat kawan2 aku kat kuliah awam, hmm...terima kasih. Awak semua mungkin tak jumpa saya lagi sebab saya tukar ke Meki sekarang. = ="
Haha. Aku tak sengaja pun la...aku tak tau yang aku berminat dekat course yang under Mechanical.
Bye!
p/s : Nanti sibuk pula aku update fasal life kat UTM...huhu. Tunggu tau!