Pages

Monday, October 31, 2016

Budak Matrik Teknikal

Hai, hari ni alang2 mood aku tengah baik dan tak da apa nak buat, aku nak tulis sambungan entri ni
Ya...sebab dapat comment dari anon yang bertanya, and rasa nak jawab tu, jawapan panjang gak la...

Jadi, why not aku tulis entri baru...

Hoho

Sorry la, aku memang seboleh-bolehnya tak nak tulis lagi hal2 matrik, tapi aku rasa kali ni, lebih kepada aku nak promote matrik teknikal. Jadi, aku rasa tak apalah...bukannya aku nak sentuh kisah Crush aku kat matrik dulu pun...haha

Nanti kita sembang lain fasal Crush...best bab tu...hoho = ="


"nk tnya something.harap dapat membantu hehee sbb sy dah isi borang online ke matrik and sy pilih matrik teknikal ..
boleh tak awk jelaskan apa itu matrik teknikal , kelayakan nk msuk matrik teknikal and kerja yang boleh apply kalau kita msuk matrik teknikal .."

Image result for gear

Matrik teknikal merupakan matrik yang berbeza dari matrik lain sebab subjek yang ditawarkan adalah subjek kejuruteraan dan bukannya subjek biologi, sains komputer or akaun...

Nak masuk matrik teknikal, syaratnya yang sebenar, aku tak berapa tahu dan untuk elakkan dari aku bagi informasi yang salah, aku hanya akan tulis berdasarkan apa yang aku tahu...
Jadi ayat aku, setahu aku la kan...(sila betulkan kalau salah)

Nak masuk matrik mana2 pun, yang penting time SPM kena ambil Add Maths ( sebab Maths di matrik macam kesinambungan Add Maths di sekolah and of course, lebih susah dan beberapa formula pengiraan kena hafal - tak macam di sekolah, dah bagi formula )
Yang aku tak pasti, tentang grade Add Maths tu...tapi, cadangan aku try dapatkan at least C dan ke atas sebab aku pernah tanya orang di matrik dulu, ada je yang dapat Add Maths C, D pun ada...
Lebih baik grade, lebih baguslah...
Kalau ada yang risaukan tentang subjek Maths di matrik, nasihat aku, tak perlu risau sangat...sebab aku dulu pun Add Maths dapat B+ je, masuk matrik aku boleh je skor A for both sem,
yang penting, belajar elok2...
Acewwahh...kalau masuk KMTK, and dapat belajar dengan Puan Nany, yang tu memang best la...

p/s : Aku peminat Puan Nany yang setia... ;-)

Setahu aku juga, nak masuk matrik teknikal, kena ambik subjek Lukisan Kejuruteraan (LK) juga time SPM, sebab dulu kan...ada beberapa kawan aku, tak dapat tawaran matrik teknikal, tapi dapat tawaran matrik sains ( diorang tak ambik LK, tapi ambil Teknologi Kejuruteraan )
Memang ada ja yang masuk matrik teknikal without LK (contohnya kawan aku.)
Tapi, kawan aku tu tak silap aku dia asalnya dapat matrik sains lepas tu, dia tukar ( tapi leceh gak la nak tukar2 ni )
Jadi, aku rasa ambil LK time sekolah ni, memang perlu lah kot, lagipun nanti di matrik memang kena guna juga alatan LK...jadi, jangan jual atau buang alatan2 tu ;-)
Haa...lagi point penting,
untuk LK, perlu skor at least B ke atas, sebab ada kawan aku, dapat C+ LK, dan tak dapat tawaran walaupun A's dia banyak lagi dari aku in SPM
(aku tak pasti dia dapat ke tak panggilan kedua sebab dah tak sembang hal2 tu lepas masing2 dah sambung belajar)

Haa...tu je kot kelayakan penting, yang lain...mesti la syarat am yang biasa ( lulus and blabla )

Seterusnya...kerja yang boleh apply...
Hmmm....
Ni apa yang aku tahu la, lepasan matrik bukannya boleh kerja lagi...sebab, matrik tu, tak kisah matrik mana2 pun, hanya menjadi tiket untuk masuk U,
lepas tamat matrik, kita guna results matrik lah untuk memohon ijazah...
;-)
Macam entri sebelum ni, aku nak ingatkan, kalau masuk matrik teknikal, time nak mohon ke ijazah nanti, banyak bidang dah tertutup...
Tertutup tu maksudnya, memang tak boleh mohon dah, sebab...time isi UPU tu, takkan jumpa bidang2 luar macam Law, TESL, Medic etc.
Hanya ada bidang2 macam Engineering, Architecture etc...
Jangan risau, bidang2 ni luas...

Haa...cakap fasal matrik sebagai tiket...
Hmm, macam mana2 tempat yang guna tiket, lagi mahal tiket tu, lagi banyak la kelebihan kan...so, for matrik, lagi tinggi pointer di matrik, kelebihan tu memang banyak sangat...
If pointer tinggi, bolehlah mohon ke mana2 U yang kita suka dan kita akan, inshaallah senang dapat tawaran,
If pointer rendah, memang boleh mohon mana2 U juga, tapi kita terpaksa cermin balik diri sendiri...jangan terlalu angkuh nak mohon yang hebat2 sedangkan kita kurang hebat sebab besar kemungkinan kita tak dapat
Yang pasti, semuanya atas rezeki masing2... ;-)

Aku harap entri ni dapat jawab lah soalan anon tu. Babai!