Pages

Monday, May 15, 2017

Awak, Kita Nak Bina Kapal!

Hai...
aku nak potpetpotpet sikit sal kos yang aku sedang belajar sekarang. Mulanya, aku pernah fikir nak cerita hal ni bila dah tamat belajar, tapi cam lambat lagi la pulak.
Dan ada anon yang bertanya, maka aku rasa takpalah, aku tulis jela...

Jadi, ni cerita aku yang masih mentah,
Waktu aku tulis ni, aku sedang di semester 2 dan berbaki 6 semester lagi untuk tamat belajar (lama lagi kann...) bab tu la aku cakap aku masih mentah.

Aku tulis ni, sebab aku terima dua komen di bawah :

"Hai akak , kalau ada masa story lah pasal course akak, pasal life dekat Uni, cara belajar and etc. Sebab kalau search pengalaman orang dekat google tak jumpa langsung pasal course nih :)"

"Hi..sy dpt tawaran matrik teknikal ni juga utk sesi 17/18 :) sy terasa konfiden nak masuk matrik lepas sy tahu awk dpt naval architecture dekat utm :) sbb sy juga sgt berminat dgn bidang tu :) boleh awk bagi tips mcm mana awak dpt menyambung ke utm?"

Yeahh...so, aku pun dengan penuh relanya, nak membalas komen tu dengan panjang lebarnya...hahah.
Apapun, terima kasih atas masa yang awak2 semua guna untuk baca tulisan aku.
Dan, terima kasih sebab bagi komen, tak la aku rasa cam syok sendiri ja menulis.
Hahaha.

Aku belajar course "Naval Architecture and Offshore Engineering", Faculty of Mechanical Engineering kat UTM Skudai.
Dari awal, aku memang nak masuk UTM sebabnya, Crush aku nak masuk UTM...haha.
Tak...tak, plan aku sejak masih bayi ialah, aku nak menuntut ilmu kat negara orang, tapi apakan daya waktu dah dapat tawaran luar negara, aku terpaksa melupakan hasrat itu kerana wang yang banyak diperlukan...
dan cita2 aku dah mula berubah.

Target aku waktu di matrik dan sebelum matrik ialah nak sambung bidang Architecture.
Aku dapat tawaran overseas semua Architecture, and local pun, aku dapat tawaran temuduga Architecture UTM Skudai jugak, tapi, atas kelalaian aku, aku tak pergi temuduga tu.

oh, jadi sebab tak dapat sambung Architecture ler, kau minta Naval Architecture...kau ingat benda sama kee ? Hhahaha.

Oh tak, aku taulah tak sama...

Erkk...bagi yang tak tau, aku dah tahu lama dah yang Naval Architecture dengan Architecture tu...course yang completely berbezaa.
Tak sama.
Kalau ambil kos aku sekarang, pekerjaan dikemudian hari nanti, walaupun memegang jawatan Naval Architect sekalipun, aku ialah seorang Engineer.
Bukan Arkitek.
Dan Engineer, bukan Arkitek. Skop kerja yang berbeza (boleh google untuk tahu lebih lagi)

Dalam definisi yang aku belajar sem lepas : Naval Architect is a professional Engineer who is responsible for the design, construction and repair of ships, boats, other marine vessels and offshore structures.

See..itulah maksud aku, susah nak explain lebih. Aku yang mentah ni tak tahu banyak hal sangat.

Oh, sebelum aku tersasul dan tak melalut lebih, aku nak jawab dulu soalan : boleh awk bagi tips mcm mana awak dpt menyambung ke utm?

Tips tu, tak ada apa sangat, melainkan aku skor pointer yang boleh tahanlah time matrik.
Nak masuk UTM, orang kata agak susah. Dan diakui, memang semua yang masuk sini, results agak tinggi...
Kalau nak selamat, pastikan pointer matrik 3.5 and above. Inshaallah dah selangkah ke UTM.
Untuk batch aku dan course aku, aku diberitahu, average pointer yang masuk ialah 3.78. Ha, dan aku sebenarnya tergolong bawah average sebab aku masuk dengan pointer lebih kurang tu, tapi rendah sikit...3.7+ something jugak
Tapi2, tu tak beerti apa2.
Acehh...cakap besar yehh...

Hmm, betullah. Sem lepas, tak semua dapat DEKAN, tapi, aku berjaya jugak dapat. Heheh.
Aku dah buktikan la kat situ yang aku boleh jugak survive. Dan jangan risau sangat kalau mula2 masuk tu takut2 ke apa...

***(DEKAN untuk UTM ialah 3.67 and above)

Dan entri ni fokus aku, nak cerita sal kos aku la.
Course aku ni, kalau dalam melayunya, dipanggil "Senibina Kapal dan Kejuruteraan Luar Pantai"

Ha, tengok situ pun dah sebut Kapal kan, jadi course ni berkait agk rapat dengan kapal2...
Kalau kau berminat sal kapal jugak, alangkah indahnya dunia kita, awak dan saya berjodoh...hahah...
Yeah, minat kita sama la awak...
lol.
Ye, kalau kau minat kapal jugak, aku rasa kau boleh ambil course ni, baru la seronok belajar :-)
Ada kawan aku yang masuk course ni sebab main letak je time isi UPU...hmm, aku harap juniors tak buat macam tu.

Sedih waktu dengar...aku ada nangis sikit.
You broke my heart...I love this course and wanna learn about it so so bad and yet you said something like that. Tentula sedih kan.

Oh ya, tentang kapal2 tu...akan mula belajar waktu sem 4. Kiranya, waktu aku tulis ni, aku tak belajar lagi pun sal tu sebab aku baru sem 2.

Tapi, aku memang tak sabar sangat2 nak belajar. Inshaallah, bila dah belajar akan aku story sampai kau pun rimas...heheh.
Aku tengok seniors punya project, bina model kapal2...lukis structures kapal, buat aku punya semangat nak belajar naik sikit. Yes, aku tak sabar sangat2

Fasal course aku ni, apa aku nak tulis sekarang ialah...
masuk degree, ini tentang kau sekarang. Berkait banyak dengan masa depan hidup kau.

Kalau betul kau pilih dan minat, pastikan ada satu hal lagi, iaitu kemampuan.
Aku sebenarnya takut juga nak tulis sal kemampuan ni, sebab kadang aku sendiri pun rasa berat, rasa susah...

Tapi, hmm...aku selalu percaya dan try positif (walaupun banyak masa juga aku asyik negatif), aku tau, apa2 yang berlaku kat kita, takkan lebih dari batas mampu kita.
Maksudnya, aku mampu hidup dalam hidup aku sekarang.
:-)

Sem 1 dan Sem 2, semua pelajar mekanikal, tak kira course apa, belajar benda2 yang sama.
Apa yang aku nak ingatkan...nak masuk bidang mekanikal...adalah amat digalakkan untk kau minat mengira + membaca dan kau minat melakukan kerja menggunakan alat2.

Ya, kemahiran mengira amat perlu, sebabnya kau perlu berdepan banyak subjek yang perlu untuk buat macam2 calculations, ye...sahabat baik kau nanti memang calculator...
Serious...
Jadi, be prepared.

Oh, dan untuk membaca pulak...memang tak banyak subjek yang perlu kau baca...tapi, kalau kau minat membaca, itu bantu kau untuk faham banyak perkara dengan sebetul-betulnya, betul kan ?

Dan...yes, perlu kau minat lakukan kerja menggunakan alat2...sebab sem satu lagi dah memerlukan kau untuk welding, potong itu ini...untuk buat project.
Sem 2 pula, kau perlu design dan bina project sendiri...
Ha, walaupun project2 tu dibuat dalam kumpulan...tapi, kau perlu la tau juga...dan buat.
Tak malu ke asyik nak harap ahli kumpulan yang lain yang buat ? Habis kau ?
Takkan sampai bila2 nak macam tu ? Nak kerja nanti camna ?
Buat apa kau masuk bidang ni ?

Haa...emo lak aku...

Nasihat aku tu la, kumpul skills kau...serious.
Takkan la kau rela dipandang lemah, tak kisahla kau laki ke perempuan...
Dan...kau mungkin tak sedar, kau akan banyak susahkan dan lukakan banyak pihak kalau kau tak sumbang apa2...

Kumpul skills kau. Sentiasa pilih untuk majukan diri.

Hmmm, aku rasa aku cuma boleh tulis sebanyak ni je untuk kali ni.
Harap dapat sikit membantu.

Aku minta maaf tak dapat tulis tentang course aku sebanyak yang aku nak, sebabnya, aku pun belum belajar banyak2nya lagi.

Apapun, kalau aku dah belajar lebih2 lagi and dah masuk subjek2 kapal...aku, pastinya akan menulis lagi...
Apa yang aku tahu sekarang, aku nak jadi sebahagian dari orang2 yang terlibat secara langsung dalam pembinaan kapal, proses2 tu semua...
Itu impian aku.

Awak, kita nak bina kapal!

:-)

***UPDATE JUNE 2019 : Aku tulis sambungan cerita fasal kos aku, hehe...click here kalau rajin nak baca lagi :-)

Friday, May 05, 2017

PPBU YBR

***VERY VERY IMPORTANT UPDATE : SEPTEMBER 2020

Memandangkan ramai lagi masih mengunjungi blog aku kerana ingin mengetahui hal2 berkaitan PPBU yang aku tulis beberapa tahun lepas, dan ada yang dm aku di instagram bertanya bentuk2 soalan (yang mungkin) sudah berubah setelah beberapa tahun berlalu, aku berbesar hati ingin menambah baik apa yang aku tulis beberapa tahun lepas ini setelah mendapat satu dm yang amat sangat aku percaya boleh membantu bakal penerima-penerima baru PPBU 2020 dan keatas. Ingin aku tegaskan sekali lagi, apa2 yang aku tulis dibawah, hanyalah pengalaman aku, ianya boleh berubah dan berbeza sejajar dengan zaman dan era (ewah nak merepek pulak). Aku hanya kongsi apa yang aku tau, dan aku tidak mendapat apa2 keuntungan pun, kalau membantu mana2 pihak, baguslah :)

Okay lah, jadi ni aku nak update,dm di bawah yang aku screenshot ini merupakan dm yang aku terima daripada seorang saudari yang baik hati yang ingin menolong orang lain yang ingin mengetahui latest  format online test 2020 PPBU :

Screenshot 1
Credits : Wanichan (fiqah_wani)


Screenshot 2
Credits : Wanichan (fiqah_wani)


Screenshot 3
Credits : Wanichan (fiqah_wani)




Itu sahajalah dm yang aku dapat daripada saudari tersebut. Doakan beliau lulus dan dapat PPBU 2020 :)

Aku dah pun habis menerima PPBU ini selama 8 semester dan aku sudah menamatkan pengajian aku di UTM pada August 2020. Terima kasih YBR :) 

Apapun, sebarang perubahan berkaitan hal PPBU sejajar dengan masa adalah diluar kawalan aku. 

Don't forget to stream new song by ZAYN, "Better" on Spotify, YouTube, AppleMusic etc.

**END OF VERY VERY IMPORTANT UPDATE : SEPTEMBER 2020. 

TULISAN DIBAWAH MERUPAKAN APA YANG AKU TULIS BEBERAPA TAHUN LEPAS :

Hai semua, aku tengah tak ada mood nak study...dah tiga hari kot!
Aku asyik buang masa...asal buka buku, aku tertidur dengan segera...
Adui, minum kopi 5 cawan sehari pun, dah tak beri kesan apa2 dekat aku...

Hmm, dah macam tu, aku memang tak tahu nak buat apa sangat...

Jadi, alang2 tu, aku nak bercerita sikit sal PPBU YBR ni...
Oh, kenapa tiba2 saja ?
Jawapannya sebab minggu lepas aku baru je balik dari kem induksi untuk penerima2 bertuah PPBU YBR tu...hoho.
Kem tu, dekat Primaland Resort...
Okay2, so, izinkan aku bercerita lebih lagi...

Aku tulis ni, sebab dulu waktu aku mohon benda ni, banyak maklumat yang aku nak tahu, and nak tanya tak dijawab pun oleh orang2 yang aku tanya...
Hmm,, sibuk barangkali...maka itulah sebabnya, aku tak nak biarkan orang selepas aku alami benda sama...mulia tak aku. Kahkahkah.
Okay, gurau2...
= ="

Jadi, ceritanya, aku apply PPBU selepas aku terima tawaran sambung belajar kat UTM Skudai...
Yepp...kiranya, dalam bulan 8 aku applied.
Tapi, PPBU ni, sebenarnya, dibuka sejak April lagi, sampai September pada setiap tahun kalau tak silap aku.
Hmm, bagaimanapun, nak mohon PPBU, memang kena ada surat tawaran sambung belajar dulu tak kisahlah dari mana2 tempat, IPTA or IPTS.
Bidang apa, or course apa, boleh pegi tengok kat website bank rakyat...sorry, aku tak larat nak google dah...banyak nak tulis lagi ni...heheh.

Aku ? Aku ambik apa ? Aku sekarang tengah study semester 2, Mechanical Engineering kos Naval Architecture and Offshore Engineering.

Napa aku mohon PPBU ?

Yeah, sebab sebenarnya ialah...aku pun tak tau, aku mohon je...apa yang boleh mohon, and tak menyusahkan sangat aku try je...

Kahkah.

Haa...lepas beberapa bulan mohon PPBU, barulah calon saringan pertama diumumkan...dan, pemohon perlu menduduki online test pulakk...

Online test tu, sebenarnya, tak susah langsung pun...walaupun, ada yang aku tak berapa boleh jawab, aku tetap nak cakap tak susah...kahkahkah.
Online test tu, ye tanya soalan2 SPM, senang je. Serious. Maths SPM, English SPM and Bahasa Melayu SPM jugak tak silap.

Cehceh...cakap besar sebab dah lepas, memang la...
= ="

Tak, tak, aku cakap benda jujur je ni, tak suka, sila main jauh2...

Cer teka napa hanya soalan level sekolah yang ditanya ?
Haa, time aku pegi kem tu, pengurus besar Bank Rakyat sendiri yang cakap, diorang tanya soalan2 tu sebab diorang nak pastikan soalan tu dijawab oleh pelajar sendiri bukannya parents...
Sebabnya, kalau parents, mesti dah lupa soalan2 tu...lainla cikgu sekolah kan...heheh...
Cikgu sekolah pulak, mestilah yang ajar semua subjek gitu, baru tahu...

Hehe.

Ha, sebab tu la, jadi, tak yah risau sangat dekat part online test ni, serious.
Walaupun aku ada baca kat mana ntah yang cakap, kalau buat ni, buat la ramai2 dengan kawan2...
Hmm, tapi, nasib aku kan, aku tak ada kawan, jadi aku buat ajela sendirian.
= ="
Tapi, see...aku lepas je pun...

Oh, and aku jugak ada terbaca yang online test akan tanya basic soalan sal bank rakyat.
Hmm, yang tu, aku tak pun ditanya, hmmm....aku tak tahu ke depan2 akan ditanya atau tak, tapi untuk Online test PPBU 2016, memang tak ditanya, aku jawab kan...jadi, aku tahu laa... :-)
Online test tu sejam aje, tapi, jangan risau, tak sampai sejam dah boleh settle.
Lepas dah jawab, akan dapat email camni

Yang aku conteng tu, nama aku. Hahaha


Apapun, pastikan boleh jawab soalan2 nya yer :-)
Untuk Maths, aku ambil Mechanical Engineering, memang tak logik la kalau still tak kuasai maths level sekolah kan...jadi, ya...tentulah tak ada masalah sangat bagi aku untuk menjawab soalan2 tersebut ;) 

Aku tak tahu kalau kos lain belajar maths ke tak...tetapi, kalau tak belajar, aku nasihatkan, sila rujuk balik nota Maths time SPM dulu.
Serious. That's the best thing yang kau perlu buat kalau kau tak yakin dan risau.

Untuk soalan English...hmm, kalau aku kata tak boleh jawab, seolah-olah aku minta penampar...sebab SPM dulu, aku dapat A+.
Walaupun English aku sekarang dah agak berkarat, tapi, at least, benda2 basic grammar level SPM tu still senang bagi aku...kalau tak, tak ada la aku dapat grade camtu, kan ?


Untuk Bahasa Melayu pun, aku dapat A+ time SPM dulu, pastu aku suka cikgu bm aku dulu, jadi, mestilah aku ingat jugak...walaupun ada yang aku lupa, at least, aku tried hard untuk ingat balik time jawab online test tu...

Ha, kalau risau jugak...walaupun aku dah kata tak payah risau, bolehla tengok2 balik soalan objektif time SPM dulu :-)

Jangan risau sangat okay, I support you :-)
Good luck and all the best, sayang!
;-)

***UPDATE : 2019
Sebab ramai sangat yang baca benda yang aku tulis ni, aku nak tambah beberapa info yg aku dapat daripada individu2 yg comment kt sini, ni penting jugak la, kalau hampa just baca apa aku tulis mmg xcukup sangat, cer scroll baca semua komen, berguna tau... so untuk benda yang aku baru tambah, aku akan highlight warna kuning, yass untuk menandakan highlighted comment gitu. 

#1 Credits : Anonymous on 16 July 2018 at 19:27

Ujian Aptitud Set 1,2,3,4 2015
1 jam = 45 soalan

Bahagian A - Teks, Isi tempat kosong, Perkataan sinonim, Pilih ayat sama maksud
15 Soalan 20 Minit

Bahagian B - Teks, Isi tempat kosong, Grammar
15 Soalan 20 Minit

Bahagian C - Matematik, Pengiraan, Volume Formula, Tahun Lompat, Harga Diskaun, Mod, Median, Mean, Prime Number
15 Soalan 20 Minit

Save Setiap Section 1,2,3,4,5
Completed, 0%, 20%, 40%, 60%, 80% & 100%

Send Results By Email - Mail Was Sent

yayasan@bankrakyat.com.my

Good luck to all candidates. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah SWT.


Lepas berbulan2 jugak selesai Online Test, (aku tak ingat sangat berapa lama aku tunggu)
barulah keputusan siapa yang dapat PPBU diumumkan...dalam bulan Februari or March camtu...
Kira, begini ceritanya, aku mohon bulan 8, online test bulan 11 or 12 tak silap aku...sorry, aku tak berapa ingat dan, aku dapat tahu dapat ke tak dalam bulan 2 atau 3.

Yehh...

Dan, pada bulan April, iaitu minggu lepas...bagi mencukupkan syarat menerima PPBU, aku perlu pergi kem induksi tu...
Hehehe...dan...duit dapat bila, aku tak tahu, sebab aku tak dapat lagi,
Nanti dah dapat, aku update ye...tapi, jangan minta lak duit kat aku...kahkahkah. Duit tu, aku diamanahkan untuk guna buat study :-)

***update***
duit aku masuk 19th July, jadi, try la kira berapa lama aku tunggu, duit ybr ni kena sabar sikit...heheh. Memang lama jugak nak tunggu tu kan.
***update***
duit untuk sem 3 aku masuk 6th October

Aku bersyukur sangat2 terpilih untuk dapat PPBU ni...sebab daripada 18.5k pemohonan, lebih kurang 550 orang je terpilih, dan akulah salah satunya...

:-)

Waktu aku pergi kem tu, ramailah orang yang aku jumpa...dari pelbagai universiti and tak ada sorang pun yang sama bidang dengan aku...mungkin ada, tapi tak jumpa dengan aku kan...mana aku tau...
Hmm, dan aku kan pelajar tahun satu, tapi2...hari tu pi kem, aku banyak jumpa pelajar tahun 2, tahun 3 and Pelajar Masters and PhD je...

Kalau nak tanya aku, camna kau boleh terpilih ni, bank rakyat tengok apa kat kau, ha ? Pointer tinggi sangat ke ?
Sabar, sabar...
Jawapannya, aku tak tahu pun kenapa...ada orang cakap bank rakyat tengok pendapatan mak ayah jugak...yang gaji tinggi2 susah nak dapat. Hmm, salah.
Sebab pendapatan bulanan ayah aku dalam range 9k-15k... (lol jangan kata aku kaya lak, tu duit ayah aku...aku mana ada duit... = =")

Ha, dan pointer aku ? Hmm, pointer matrik aku dalam 3.7+++ jugak...pastu sem satu degree aku dapat lebih kurang gitula dalam 3.7+++
Aku tau, aku tak 4flat...tapi, tula nak cakap, pointer rendah pun bank rakyat tolong jugak aku, pilih jugak aku...

Kalau 3.5 ke bawah ada peluang tak ?
Ada. Tentulah ada. Sebab syarat asal, nak mohon mesti 3.0.
Dan, benar sekali, sebab ada kawan aku yang results dia 3.4...dan dia dapat je.
Ada yang 3.8, tapi tak dapat jugak.
Semuanya atas rezki...selagi boleh berharap dan berdoa, maka berharaplah.

#2 Credits : YB on 28 September 2019 at 09:43

Sy kongsi cerita sikit pasal YBR ni ye. Maklumat yg saya dpt dr seseorang yg boleh dipercayai mengatakan antara kriteria calon yg berjaya utk disenarai pendek utk ujian online YBR adalah berdasarkan 2 faktor.

1) Result yg baik minimum CGPA 3.0 (Matrix/Asasi dll)
2) Tiada senarai Blacklist CCRIS & CTOS (bergantung kes) dr pemohon & penjaga (ibubapa).

Seperti yg kita semua maklum YBR ni pinjaman boleh ubah di mana kalau result tak cukup baik kita kena membayar balik pinjaman ini berdasarkan kadar yg tertentu. Jadi secara logiknya kalau dah PENJAGA (ibubapa) sendiri pun ada termasuk dlm senarai blacklist (contoh: hutang tertunggak yg besar dgn mana2 bank) bagaimana bank nak mendapatkan balik pinjaman tersebut JIKA pelajar tersebut kena membayar balik pinjaman oleh kerana prestasi CGPA yg tidak memberangsangkan?. Soalnya sekarang bukan isu Ibubapa bergaji besar atau tidak tetapi sejauh mana mereka mampu membayar balik pinjaman tersebut jika berlaku sesuatu yg tidak diingini?. Walau apa pun kita boleh cuba saje utk memohon mana tau ada rezeki kalau2 dapat. Tq

Haa, lagi satu hal penting, waktu mohon nanti kena deposit RM100 ke akaun bank rakyat, dan dulu, aku tertanya2 jugak, boleh ke tak nak keluarkan duit tu sepanjang tempoh memohon.
Hmm....
aku tak tau jawapan yang pasti, tapi, aku keluarkan duit tu....
dalam RM70 camtu, baki akaun aku, tinggal RM30 je sepanjang aku mohon tu...ni benar, dan you see...aku berjaya je dapat.
Tapi, aku tak pasti laa...kalau kau keluarkan, dan kau tak dapat, tolongla jangan salahkan aku...
Huhu.

Eleh, tak logik la baki akaun RM30 je, sepanjang belajar takkan ayah kau tak kasi duit, kot ?
Hmm...
Tentulah kasi, tapi, aku guna CIMB, sebab UTM Skudai, memang guna CIMB sebagai bank utama pun...bank rakyat aku tak pakai sangat. Dan memang aku tak ada duit nak masukkan dalam akaun tu sebab aku tak pernah buat part time or bekerja...

Hmm...

Kalau dah ambil ptptn, boleh mohon ke ?

Tentulah boleh. Pastu2, yang baiknya, bank rakyat akan potong duit PPBU kita untuk bayar ptptn...kiranya tak perlu la fikir nak bayar ptptn dah lepas dapat PPBU.

PPBU ni apa ? Biasiswa ? Pinjaman ?
Jawapannya...hmm...pinjaman boleh ubah.
Kalau berjaya maintain results 3.75 ke atas sampai habis belajar, maka satu sen pun tak perlu bayar. Baikkan...
Nak maintain macam mana tu...jangan tanya aku...sebab aku pun tak tahu nak maintain results camana...aku baru tahun satu ye anak2...umur baru 20, pengalaman maintain results memang tak ada...tanyalah diri anda sendiri.
Kuikuikui.

Kalau tak berjaya?
Hmm, dia ada tulis tak silap aku dekat borang mohon tu...tak berjaya, tentulah kena bayar sikit...
Memandangkan aku rajin, mai nak habaq ni...
Kalau maintain results 3.75 - 4.0, tak perlu bayar,
Kalau 3.5 - 3.74, bayar 10% je
Kalau 3.0 - 3.49, bayar 30%
Kalau 2.75 - 2.99, bayar 50%
Kalau 2.50 - 2.74, bayar 70%
2.49 ke bawah, bayar la semuanya...

Napa bank rakyat buat syarat camtu ? Kedekutnya!
Tak, tak...mana ada, waktu di kem tu, aku diberitahu...syarat bayar tu dibuat sebab bank rakyat tak nak penerima2 PPBU ni, malas belajar lepas dah ditolong...
sebab tu la, syarat tu dibuat...
Ye la, kalau aku pun, dah orang tolong tu, belajar la betul2 kan...dia tak minta lebih pun, suruh dapatkan pointer tinggi je.
Doakan aku. :-)

Ha, berapa banyak duit dapat ? Minta sikit...
Uishh...
Tak boleh2...haha...

Ha, dapat 9.5k setahun, iaitu satu sem 4.75k la kan...ni untuk degree di mana2 universiti selain UiTM, pelajar UiTM dapat rendah sikit sebab yuran diorang murah kalau tak silap aku. Diorang dapat 6.5k setahun rasanya...

Untuk Masters and PhD, sorry, aku dah tak ingat...sebab aku tak bagi perhatian ritu...Sorry sangat.

Ha, sekarang, aku nak cakap sal kem induksi pulak.
Kem ni untuk apa ?
Haa, ntahlah...haa...jkjkjkjk.

Pendapat aku (setelah hadir kem), kem ni untuk kenal2 bank rakyat...pupuk rasa sayang dan bersyukur pada bank rakyat kerana memilih aku di antara ramai pemohon yang lain...
hehehe...

Aktiviti di kem tu, tak padat pun...
Kem tu sendiri, mewah...
Buat di Primaland Resort...(kaih pi google)
Haa...kira sepanjang kem, tempat tidur kau tiptop la...kalah asrama dekat U kau tu...ada air-cond siap...dengan katil ada orang kemas lagi...
wah...wah...kem anak raja ni...
LOL.

Jangan risau, makanan pun tiptop jugak, 6 kali sehari!
Perghh!
Huhu, tak perlu fikir nak jimat ke apa, percuma je, tinggal masukkan dalam perut kau je, serious.

Alright, itu saja dari aku...nak tanya lebih, komen je, nanti aku try jawab and bantu apa yang perlu.

#3 Credits : Anonymous on 27 September 2018 at 00:29

Any further clarification about PPBU application, can refer:

NURULAZWA MAHMUD

PPBU Department,
Level 8 Tower 1
Menara Kembar Bank Rakyat
No 33 Jalan Rakyat 50470 Kuala Lumpur

Direct Line : 03 - 2615 3130
General Line : 03 - 2612 9600 (Ext:8330)
Fax : 03 - 2260 1050
Email : azwa@yayasanbankrakyat.com.my