Pages

Saturday, September 07, 2019

Lost In Reality

Halo.
To say that I'm in the right mood, hmm... no, I'm certainly not. But here, let me put it this way, I have no idea when will I be in the right mood. So yeahh...I'm just gonna spill the tea (lol, ye ke?)

Hahaha. Whatever, I'm gonna share my stories about everything that happened...and my experiences in doing the internship at company X. Yes, let's call it company X cause nahh... tak da guna pun cakap nama company, untuk apa ? Hehh...

Okay, like I told you before, I received zero allowance. So, segala makan, pakai, ubat-ubatan, serta hal2 yang berkait sepenuhnya ditanggung oleh my dad. He provided everything that I asked for including a room with air conditioner (yes sebab I princess intern pun kena duduk aircond gituu...lol) yang mana sama bangunan dengan company yang I did my internship at.

Easy said, it only took me a minute to go to the office from where I stay. No need to cross the road, take a vehicle or whatsoever...not even need to take the elevator. Just need to walk for a few steps. Yes, memang bunyi dekat gila, sebab dekat gila...and price dia pulak, hmm tak recommend sangat dekat mana2 pihak...especially student, memang personally, aku pun rasa mahal. Nak pulak sebab kontrak, jadi tak boleh sewa 3 bulan je, walaupun nak intern 3 bulan aje. Per month, minimum RM500... kalau guna eletrik atau air lebih, ha, bayar la lebih (selalu memang lebih). Tak ada mesin basuh, tak boleh masak.

Ha, selalu aku basuh baju dekat dobi, makan pulak...usually aku order grab food. Tak pun, kalau rajin aku keluar la date. Ada je kedai makan yang dekat, tapi kedai mamak...dan yeah, aku tak minat nak makan mamak. (Pardon, aku memang camni, kalau menyampah stop reading, bye!). Jadi ya, hmm bayangkan segala kos ni di tanggung oleh my dad. Aku rasa bersalah jugak banyak kali, dan banyak kali jugak my dad marah untuk tidak rasa bersalah. Dia cakap, tak payah fikir benda tu semua, tu dia dah pilih untuk bertanggungjawab, jadi fokus saja la buat intern tu buat apa fikir banyak, bukan boleh buat apapun.

Hmm... so hari first?

Btw, aku intern ni bersama 3 orang lagi kawan aku, jadi nak kata takut terketar2 (memandangkan aku tak pernah langsung bekerja dimana2) ha, tu tak sangat la. Sebab aku dah set in mind dari awal, aku intern sebab nak grad... nanti kang tak leh grad pulak...jadi, asal settle intern ni, dah okay. Aku pun awal2 lagi dah ready la kalau kena marah ke apa.

Antara kitorang bereempat, aku ni kategori yang paling tak ada experience la fasal working industry. Kawan-kawan aku semua dah pernah kerja part time, ada sorang tu sebab background dia diploma, jadi dia dah pernah pun intern (cuma dekat company lain) and dia pun dah pernah kerja sekejap. Rasa kecik, insecure...ahh semua tu sudah jadi bahagian dari diri aku.


Hari first ? Hmm, aku tak ingat sangat macam mana...tapi, aku agak terkejut dengan working environment...and ahhh aku diberi task untuk explore software yang bakal aku guna iaitu Rhino-3D. Rhino-3D ni, kalau untuk design kapal, memang sangat2 berguna, dan selalu orang guna. Tetapi, agak kesal sebab dekat uni aku tak pernah guna lagi. Tetapi, tidak apala, time intern ni aku dapat belajar guna.

Kemudian, hari kedua, aku dah diamanahkan untuk buat task. Ini memang real punya, sebab ni la kerja sebenar. Aku baca tender kejap, tengok harga buat mulut aku ternganga. Ahhh.

Task aku yang first sekali kena buat ship resistance report. Task ni, tak susah sangat sebab aku dibantu oleh marine engineer dan naval architect yang ada dekat company ni. Jadi, kalau aku tak tahu, tinggal tanya aje, diorang akan guide dengan sabarnya. Oh yeah, company ni, selain boss, pekerja lain semua masih under 30, rata2 bujang dan lelaki. Gitu haa...jadi environment kat sini, memang la friendly anak2 muda. Pfff...apa aku merepek ni.

Ha btw, cerita harian ni, nanti jadi panjang pulak...semuanya ada 60 + 1 hari (pfff +1 sebab ada satu hari Sabtu tu, terpaksa kerja...sampai malam pulak tu)...jadi, hmm, aku nak cerita weekly la ye... kalau weekly aku tulis tetiba rasa panjang, it's okay, aku boleh pendekkan jadi monthly. Hahaha.
Sebabnya aku ni cepat lupa orangnya. Tambah2 kalau benda tu tak sangat menggembirakan aku, lagila aku cepat lupa. Aku kan tak boleh stress2 nanti sakit.

So hmm, as a summary, for my first week, I did ship resistance report and fuel consumption report, I modified and analyzed the data of preliminary power vs ship, I analyzed free surface...etc
Ha, tengok minggu pertama je, tasks bukan main...susah ye anak2, lepas tu kena explore software yang nak guna tu quickly. Memang jujur cakap, masuk industri, it's important untuk jadi fast-learner. Bila saja aku cakap task dah siap, boss aku, dengan cepatnya akan bagi task baru. Kadang-kadang, belum sempat siap lagi, task baru akan di briefing dulu. Jadi, ya, bila dah tau akan ada banyakkkkk lagi task, memang la nak kena buat segala-galanya cepat-cepat. Tapi, awas... kesilapan2 perlu dielakkan.

So far, minggu first, software yang aku guna : Rhino-3D, Maxsurf Resistance, Maxsurf Stability, Maxsurf Motion, Maxsurf Fitting, Microsoft Excel, Microsoft Words

And to tell you the truth, selama tiga tahun aku dekat uni, aku hanya pernah guna microsoft excel dengan Microsoft words je. Maxsurf yang aku guna waktu kat uni hanya Maxsurf Modeller, dan untuk first week aku belum dapat task yang perlu guna software tersebut.
Hmm...aku memang rasa penat jugak la during first week sebab rasa banyak sangat yang perlu belajar, lepas tu dengan pergi kerja jam 9 balik jam 6, tentula rasa penat. Kalau pergi kelas kan, mana ada macam ni, mana ada balik lewat. And...yes, waktu minggu pertama...ada satu hari tu kena OT. Balik agak lewat. (pff...tapi aku cabut balik awal, sebab aku pikir aku cumala intern yang tak dibayar - tapi, ada sorang kawan aku ni, dia kena stay...and kau tau sampai jam berapa? 1 pagi)

Arghhh.

Kau bacakan apa yang aku tulis ? Jadi, apa perasaan kau ?
Aku memang jujur cakap, first week aku penat, aku koyak...aku rasa nak quit. Tetapi memikirkan, kalau quit pun, nanti kena start over... internship ni kena jugak buat, kalau tak, tak boleh grad. Dan aku fikir jugak yang bapak aku dah bayar deposit bilik 2k+++ (ye bilik sewa mahal, deposit lagila) jadi, aku positifkan diri. Tak pa, aku teruskan.

Masuk minggu kedua, aku diberi tugas yang memerlukan aku untuk guna Maxsurf Modeller. And yassss... waktu semester 6, susah betul nak guna software ni, sampai ke sudah aku tak reti sangat pun. Tetapi, di ofis ni, aku kena juga selesaikan tugas yang diamanahkan, jadi, nak tak nak aku kena belajar sampai reti guna.
Aku perlu buat ship hull based on its general arrangement drawing. Lepas tu, aku perlu modify sini-sana sikit dengan menambah chines, skeg and blablablabla. Dah siap ship hull, aku perlu guna Rhino-3D untuk pastikan ianya smooth...kalau tak, perlu modify lagi. Lepas dah siap, aku perlu buat lines plan drawing pulak. Yasss, lines plan drawing yang harga ribu-ribu tu, aku perlu buat.
Lines plan drawing ni, nak buat dia, perlu combination of these three softwares : Maxsurf Modeller, Rhino-3D and AutoCAD.
Tugasan membuat ship hull dan lines plan ni, aku ambik masa dua minggu. Jadi, cerita minggu ketiga aku sama macam minggu kedua, cuma

pffff...ada tambahan la.

Di minggu ketiga, aku perlu cari tahu tentang suface piercing propellers, sebabnya kapal yang aku nak buat ni, akan guna pakai propellers jenis tersebut. Lepas tu, boss aku bagi tugas lagi...katanya aku perlu design superstructure and wheelhouse. Jadi, ya tentula aku perlu cari tau segala maklumat tentang aesthetics values and the choice of the designs etc.
Ternganga mulut aku. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Tak sangka, seorang intern diberi tugasan yang berat macam ni, berat untuk orang yang zero pengalaman, berat sangat bila tahu benda yang aku buat ni, realiti. Lepas dapat tahu yang projek yang aku terlibat ni, jutaan ringgit...lagila aku rasa berat itu.

pfff...kawan2 aku yang lain, pun sama juga diberi tugas berat, tetapi tugasan2 kitorang tak sama. Ada dapat itu, ada dapat ini...sebab nak design kapal ni, bukanla hal yang boleh dibuat oleh satu individu. Perlu ada sekumpulan individu yang memikul sama berat segala-gala tugasan.

Minggu keempat pulak, aku kena adjust sikit lagi hull yang aku buat waktu minggu kedua dan ada tambahan satu lagi hull yang perlu aku buat, sebab ada requirements baru. Degree hull tu, kena betulkan, chines pun, kena betulkan...for better grip on the water gitu.... ahhh...
Lepas tu kena lengkapkan Humphree forms, dan perlu kira la segala VCG, LCG, volume etc.

Minggu kelima pulak... (Adakah anda sudah menguap? Adakah cerita aku membosankan? Nanti dulu...)
Jeng jeng jeng... minggu kelima merupakan minggu terberat aku sebab aku jatuh sakit yang teruk. Sakit yang even nak jalan dan duduk pun seksanya tuhan sahajala yang tahu.

Waktu minggu kelima, aku pun start la nak design superstucture tu, baru buat sikit aku sakit. (Tugas aku kemudian di ambik alih oleh kawan aku - lol). Aku benar2 terseksa waktu aku sakit ni. Tapi, dalam masa yang sama bersyukur la juga, at least tugas aku orang lain buat... tugasan tu dah la susah...sampai ke minggu ke 11 masih nak adjust itu ini blablablabla serabut kepala. Kesian juga kawan aku yang terpaksa ambik alih tu...tapi, kesian lagi aku yang sakit ni.

Jadi hmm, sebab sakit, aku pun terpaksa la ambik cuti. Aku pergi hospital, doktor bagi referral letter untuk aku refer pakar. And yes, doktor cakap, kena bedah dengan segera kalau nak hapuskan sakit ni. Banyak drama air mata. Aku pun sampai tak larat nak nangis.
Aku cuma nak duduk, tapi tak boleh...sakit. Jadi aku menangis sambil berbaring...
Pastu, nak ke bilik air...aku perlu jalan a few steps...ni pun, seksanya...ya Rabbi...memang parah sakit aku ini.
Waktu ni, mental aku memang koyakannya bertambah banyaknya. Aku tak leh tipu diri aku, sakit yang aku tanggung, tak boleh lagi nak aku sorokkan. Sakit.
Aku hilang segala kekuatan yang tinggal dalam diri aku.
pff... kbye, malas nak cerita fasal ni, bila teringat balik memang aku nak nangis balik. Pastu nanti, aku koyak lagi. Memang tak la...ahhh...

So hmm

Minggu keenam, aku kena design bahagian belakang ship pulak...dan blablablabla
I'm getting tired of this.

I was tired of the workloads and all that.

Minggu keenam, aku ada jugak pergi visit company lain, company ni provides materials, and pergi visit ni untuk discuss fasal harga and all that. Bagi perbentangan segala yang dah di design, and cadangkan bahan and discuss la harga, tengok sesuai ke tidak.
Awas ye, kalau design kapal ni, pemilihan materials penting, sesuai dengan kegunaan, harga dan paling penting berat.
Kalau berat sangat, nanti kapal karam padan muka.
Jadi ya, kena la buat calculations itu ini sikit

Yadda yadda

Minggu ke tujuh, dah mula kena pakai software Maxsurf Structures...untuk apa ?
Tentulah untuk buat structures dan framing of the ship. Benda2 ni penting jugak, segala size, materials, quantity etc akan mempengaruhi berat kapal. Berat kapal ni peranan dia besar sebab dia akan affect macam-macam. Speed, wave patterns, karam ke blablabla

Minggu kelapan, dah kena completekan kapal...segala apa yang kawan2 aku yang lain design, dan apa yang aku design perlu la gabungkan (semua di design dalam 3D). Aku juga diberi tugas untuk buat kerusi...and blablablabla

Minggu kesembilan...ha, ni nak nangis, sebab aku kena buat general arrangements drawing. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga...tapi empat! Ya! Untuk 4 kapal yang lebih kurang sama, tapi ada perubahan engine dan propellers...oh ya, sebelum buat yang ni, aku jugak buat tank arrangement...
Yang ni, sebab banyak, dan sangat sangat sangat sangat penting...jadi aku ambil masa yang agak panjang. Sampai minggu kesebelas aku masih buat tugasan ini.
Benda ni makan masa sebab time aku buat, kejap2 kena tukar itu, kejap tukar ini, kejap blablablabla...engine pun last minute ada tukar sikit.
Di minggu ke sebelas jugak aku siapkan fire & safety drawing. Minggu ke sepuluh dan sebelas merupakan minggu paling busy sebab banyak sangat kerja dan perlu kerja waktu hari minggu. Hari sabtu tu, aku kerja dari jam 9 pagi sampai la jam 9.30 malam. Pastu, Isnin pulak...jam 9 pagi sampai 6.45 pagi...

You read it right. 6.45 pagi. Penat tu, tak boleh nak aku gambarkan... tapi, dah ni la jalan kerja yang aku pilih... balik lambat sebab after segala2nya siap, perlu compile kan dengan cantiknya. Dokumen pulak setebal kamus...urghh... yela kena details sebab harga projek ni pun jutaan ringgit, jadi nak hantar projek ni, perlula pastikan ianya setimpal dengan harga. Segala drawings, kiraan etc perlu dipastikan betul dan menepati requirements.

blablablabla

Aku fikir bolehla bernafas lega sedikit selepas segala dokumen selamat dihantar...tetapi...
jeng jeng jeng

Minggu kesebelas, projek lain pulak memanggil2 = ="

Mula tu, jujur aku ingat (dan juga berharap) minggu2 akhir intern ni dapat la merasa relaks sedikit, tetapi ahhh... apakan daya

Pergi satu company, panjat buoys, ambil ukuran blablablabla

Time minggu kesebelas ni memang aku dah rasa penat sangat kerja macam ni, aku tak tahu la apa nak cakap, tapi aku takut akan masa depan aku. Betul ka jalan ini untuk aku ?

Ha, minggu ni jugak, aku perlu buat 3D printing, sebab aku tinggal dekat dengan ofis, and 3D printing ni makan masa...weekend pun aku kena datang ofis...ahhh
Perkara ni berlanjutan sampai minggu kedua belas...
Lepas tu, aku pergi satu tempat lagi...eh dua...ambil ukuran yadda yadda blablablabla

Okaylah, minggu ke dua belas merupakan minggu akhir kan, so hmm... dua hari terakhir aku dihabiskan untuk menjaga booth company. Company yang aku intern ni, terlibat dengan satu pameran ni. Hari ketiga terakhir tu, setup booth sampai malam...

Hari kedua terakhir dan hari terakhir tu, yaaa...ni pun penat ni. Aku jaga booth kan, bila orang datang booth tanya fasal kapal tu semua, aku kena tahu nak explain apa... soal harga ke, engine ke, function ke...apa2laa...
Waktu jaga benda2 ni semua, aku jumpa banyak individu... yang datang booth aku rata2 yang kaya2 aje (sebab bisnes kapal ni mahal, lol) and ada la orang2 penting dalam negara jugak, tan sri, dato etc

Aku siap terserempak dengan Tokti dan beberapa artis lain lagi time dekat pameran ni. Booth Tokti tak jauh pun dari aku...lol.

Okayyyyyy itu saja. Walaupun ada banyak lagi perkara yang aku tak tulis, aku rasa cukup lah.
Looking back, aku pun tak pasti kenapa dan kenapa aku pilih jalan hidup macam ni.
Looking further, aku pun sedar diri, sedar kemampuan aku...dan aku tahu, untuk hadap benda2 ni sampai akhir umur pencen aku, memang tak laaa...
Segala stress aku perlu tahan... kalau dulu aku fikir, belajar ni struggle dia lain macam (sebab kelas semua laki and aku tak da kawan sangat), kerja ni pun...ahhh struggle dia seolah2 berlipat ganda.

Company X ni,pekerja-pekerjanya semua baik2 dan selalu saling tolong. Environment dah agak okay, tetapi stress yang bergunung2 ni seolah2 tak ada titik kesudahan. Lepas satu, satu...

Tetapi, ada ke kerja yang tak stress ?

Oh ya, sepanjang aku intern ni, aku dah tetapkan goals aku sendiri (yang tak berkaitan dengan intern) iaitu : make 300 drawings, relearning Tagalog, learn Spanish

Goals ini aku buatkan untuk diri aku untuk mengurangkan rasa stress bekerja. Melukis buat aku bahagia, belajar bahasa-bahasa yang aku suka hilangkan penat aku. Walaupun goals aku tak tercapai sepenuhnya, tapi aku rasa senang lihat hasil2 dari goals yang aku buat tu... at least, selain dari benda2 yang aku belajar di ofis sepanjang aku intern ni, aku ada benda lain yang extra.

Okay ya, itu sahaja. Big thank to those who helped me directly and indirectly. You know who you are.

And yes, as a 5SOSFam, I would like to thank 5SOS for doing the promotional things for Easier and releasing their second single, Teeth during my internship period. Benda ni sangat2 membantu mengurangkan stress dan meningkatkan kegembiraan untuk insan yang macam aku.

Not to forget, special thank to that someone yang suka sangat ajak jalan2 and pergi dinner...

And to that someone...sorry, sorry...I'm so sorry for being like this, I can't help it. Sorry for not treating you right, breaking your heart and our promises.
Saying sorry ain't enough, saying sorry won't mend everything...I know that.

Oklah, sebelum entri ni tersasar jauh menjadi luahan perasaan yang lebih dalam, aku minta diri dulu... bye!

Pfff...aku tulis bukan untuk kau, tapi untuk aku...benda ni memories yang mungkin aku akan lupa, tapi aku boleh ingatkan balik diri aku, sesusah ini boleh aku lalui...jadi buat apa aku takut sangat? Lalui saja hidup ni.
Kalau nak nangis, menangislah.
Kalau penat, rehatlah.

Bye!