I got A+ for English in SPM 2014.
Aku tulis tips ni dalam Malay sebab dulu aku cari tips score paper English SPM dalam bahasa melayu tak ada padahal dulu aku mana faham sangat English...aku tak nak orang lain alami nasib yang sama dengan aku.
Mudah-mudahan apa yang aku share ni membantu kalian untuk score.
First, dengar lagu English.
You see, santai kan nak belajar English ni. Hmm...jangan kata camni pulak,
"tak minat lah lagu bi, aku orang melayu, jiwa melayu....aku dengar lagu melayu ja...",
hmmm....tahu tak apa?
dulu aku pun cakap gitu lohhh, tapi bila aku dengar ja lagu2 High School Musical time darjah berapa entah, aku dah ubah tanggapan sikit2. You see here, you can't judge anything before you really know bout that thing.
Lagu English ni pulak, banyak fasal love an, jadi nanti bila buat essay, tulis la cerita cinta,hehe... guna cerita dalam lagu tu, tak pun cedok sikit2 lirik. Lirik kan puitis, so, ayat kau pun nanti nampak cantik lah!
"tak suka la dengar lagu, laraa....suka dengar nasyid"
haha..tak payah la dengar sampai lara, dengar dan cuba tangkap apa yang dinyanyikan, 5 minit sehari pun dah cukup...and you can see the different after 10 days.
Nasyid ? hmmm....banyaklah nasyid English, you boleh dengar....
Zain Bikha, merdu suara dia...Irfan Makki ke, Maher Zain ke....as long as you listen and try tangkap apa yang dinyanyikan or you know the lyrics, dah cukuplah.
Tak payah hafal, sebab bila dengar2...automatik tersuka or terbawa2, maka kau akan ingatlah..
Second, jangan hafal any essay!
Seriously, kalau kau hafal, markah tinggi banyak mana pun, mesti kau takkan rasa best. Hmm...setakat dapat show off markah tinggi sikit dari kawan2 buat apa. Bila tak da kepuasan....bukannya kau akan improve nak jadi better. Yang ada, kau akan teruskan menulis essay yang sama jugak. Lepas tu, edit la tambah2 sikit, tapi...hmm...apa yang jadinya ? Ada orang yang buat macam ni, dia hairan kenapa markah dia tak berapa tinggi.
Tahu tak kenapa ? hmmm...sebabnya essay yang boleh dihafal tu cuma untuk section B, for section A, you can't memorise because you don't know what to expect, kecualilah kau dapat soalan bocor banyak2 and kau hafal semuaanya...tapi, buat apa nak penuhkan otak kau dengan hafal banyak2 ?
Nanti pening je...
jadi, kalau markah dah rendah di section A, section B, markah kau takkan jadi tinggi walaupun esei kau di section B tu powerrr....sebab, napa tak balance kalau kau betul2 terer kan ? jadi, orang akan tahu kau menghafal.
Jadi, hmm untuk SPM 2014, format untuk bahagian B, di ubah sikit. Dengan kata lain, susah nak expect nak hafal yang macam mana.
Kesimpulannya, you have to do it on your own no matter what!
Memang la ada kemungkinan kau boleh dapat elok kalau hafal, tapi...kau punya result nanti tak balance dengan GCE-O, ada kes dapat A kat result tapi GCE-O dia tak dapat pun 1A or at least 2A ka...yang dapat 3B or 4B or 5C or lagi bawah dari yg tu.
Memang la tak da orang tengok pun GCE-O tu, tapi yang tu membantu juga untuk kepuasan diri and untuk apply Uni luar negara.
"susahla nak buat essay sendiri, ayat tak best...tak ada idea...tak tahu nak tulis apa...susah..."
Hoishhhhh!! Aku paling tak suka orang kata camni bila aku tak bagi dia hafal. Hmm...sebabnya, kau judge ayat kau sendiri kenapa ? Napa kata tak best ? Kat mana yang tak best tu, hahh ?
Fasal idea pulak, konon bajet tak da idea tapi, bila jumpa kawan2 sembang.....huishhh...tajuknya, macam2....jadi...nampak bukan, kau cakap macam tu, kau tipu diri and otak kau saja.
Cerita mudah, jangan cakap macam tu, pegang pen, tulis je ayat semuanya....
Third, kenali grammar dengan betul.
ekhem....grammar aku pun bukan semua betul pun, but...aku guna teknik yang first tu untuk detect grammar yang salah.
You know, bila dengar lagu, lyrics macam2....ada past tense, present....semua ada...dari situ, cuba lah banding2 sikit dengan ayat2 kau dalam essay ya. Try first, and let's see if that can help.
Sebab aku try, and essays aku jarang ada salah grammar ( esei time form 5 je )
hoho...bajet2...
Keempat, elakkan rujuk buku rujukan essay (untuk curi idea/ayat)
Macam ni, bila kau rujuk, then kawan kau pun rujuk buku yang sama, mana tau nanti ter'copy' mana2 ayat yang sama, lepas tu ?
Ha, tentulah essay kau akan jadi tak best lagi untuk dibaca. Tambah2 bila esei kawan kau yang diberi markah dulu, pemeriksa pun manusia, mesti dia rasa boring. Serious.
Aku cakap macam ni, sebab pengalaman aku memeriksa beberapa esei dari kawan2 aku yang ayat2nya lebih kurang. Kadang aku muak, tapi bila nak bagi penerangan kat diorang takkan nak kata camtu bila ayat yang diorang copy and paste tak da salah.
Jadi, bila pemeriksa boring, and automatik bad mood sikit, mesti markah kau nanti jadi sikit.
Kesimpulan dekat sini, buat la ayat sendiri.
Ayat sendiri, walaupun biasa2 ja, tapi tak sama dengan orang, itu dah bagus sebab beri kelainan.
Percayalah, percaya dekat diri kau and ayat2 yang kau buat.
Tetapi, aku cakap jangan rujuk, bukan bermakna buku rujukan tu tak diperlukan. Apa yang aku nak tegaskan kat sini, buku rujukan essay sangat2 berguna sebagai bahan bacaan tambahan...yup, bahan rujukan untuk copy paste memang bukanlah sebab nantikan tersama dengan orang...tapi, bahan bacaan tambahan memang amat2 berguna supaya dapat kembangkan vocabulary kau dengan lebih lagi.
Biasanya, penggunaan vocabulary dalam mana2 buku contoh karangan amat2lah luas, dan semestinya berguna kelak untuk kau menulis essay sendiri sejajar dengan peningkatan vocabulary kau bila kau banyak membaca.
Kelima, hafal idioms.
Ahaks....yang ni best untuk dihafal...yang ni bukan kena hafal banyak2 macam kau hafal esei yang 350 perkataan tu. Pendek2 ja. Hafal yang pendek dan fahami maksud.
Nanti dalam nak buat ayat, boleh guna, serious, I jamin ni. Pastu ayat2 yang terhasil jadi lebih menarik.
"tak tau la nak letak idioms apa, ada idea tak nak letak yang mana ?"
hehe...itu soalan yang kawan2 aku suka tanya. Jawapannya, senang aje, tak payah la fikir susah2, buat rilek dah la. Kalau tak tahu nak letak, tak payah letak.
tak effect sangat aih markah kau, (I think so...)
Aku alami masalah ni time jawap SPM hari tu, aku memang confuse and dapat letak sikit je. Aku tak puas hati tapi aku terus mengarang cerita fiksyen aku yang entah apa2...and...you see the result. Ok aje pun...
Keenam, tulis diary in English.
Haa...tulis je walaupun tak sure grammar ok ke tak dan tak payah pun suruh orang lain semak. Diary tu is a secret. Jadi, buat apa nak tunjuk dekat orang lain pulak.
"tak suka lah tulis diary, aku paling benci tulis diary. huh, nak tulis fasal feeling2 yang entah apa2...tak da motif"
Hey! You....!! Tak perlu cakap gitu, tak nak tulis diary, tak payah la buat. You see, banyak lagi benda lain yang you boleh tulis kan. Macam senarai homework ke, senarai drama korea yang kau nak tengok ke or makanan yang kau makan ke, or anything....janji kau tulis and make sure, tulis dalam English. Ayat ? pendek pun tak apa, contoh,
'I want to meet 5SOS, Zayn and Harry.'
esoknya pulak, tulisla benda lain pulak, contoh lagi,
'Harry Styles and Luke Hemmings are so handsome!'
hehe. Macam tu sudah la, asalkan tulis jugak, dah cukup. Kan I cakap tadi English ni, tak perlu teruk2 pun latihan dia. Sikit2 sudah...hehe.
tapi2, janji tau, tulis hari2...dan mesti fasal benda lain2. Sehari satu ayat pun akan membantu kau improve.
;-)
Ketujuh, haa...minat artis Hollywood ??
hmm...actually, yang ni tak perlu pun tak pa. Tapi kalau kau memang minat kan, contoh macam aku zaman sekolah dulu, aku minat gila dekat One Direction, jadi banyak la juga tengok interviews diorang.
Bila minat, mesti kita akan berusaha lebih untuk nak faham apa yang diorang cakap, automatik kita akan tingkatkan skill sendiri, jadi....
hmm...sebenarnya, yang ni membantu untuk kau cakap bi or during oral test...
Lagi satu, bukan artis hollywood pun tak pa, contoh, artis korea...
kita tengok interview diorang, selalu ada terjemah bi, jadi dari situ kita belajar la juga ayat2 bi ni.
Tak pun, payah sangat, tengok drama melayu yang ada english sub....boleh aje, tapi drama melayu ni boring laa sikit. (banyak actually)...huhu
haa...kalau tak suka tips ni, sila abaikan.
Kelapan, semak esei kawan kau.
Yang ni kan, boleh tahan penting juga la. Rajin2kan baca esei yang kawan kau buat and make sure ayat kau tak sama macam dia. Simple, just like that.
Aku tekankan ayat tak sama dengan orang, sebab aku rasa benda tu agak penting, kalau ayat sama...? hmm...boring la...tak outstanding.
;-(
Kesembilan, read English novels !!!
or newspaper or magazines or pamplet or blog or my blog (boooooo)
read just whatever but you have to read something in English. Textbooks pun boleh, poems or lyrics lagu pun diterima. Janji kau baca la. Tak faham pun, teruskan bacaan, biar pi la, bajet2 faham pun okay, sekurang2nya ada usaha daripada cakap gini,
"tak suka la baca....tak faham pun, malas nak baca",
Haa...pastu bila tak baca terus, maka tak da usaha...bila tak da usaha, macam mana nak dapat hasil ?
Kalau tak tau camna nak start baca novel bi and nak tips baca novel bi, boleh click
here
Kesepuluh, find out when you don't know!
Kalau tak tahu maksud sesuatu perkataan, cari la dalam kamus, tak pun tanya kawan. Kadang2 rasa malas, bila malas tak payah paksa untuk cari. Trust me, kalau words tu benar2 penting nanti kau mesti akan tergerak untuk find out. Mungkin lambat sikit, tapi akhirnya, at least kau dah tahu and menambah vocabulary kau kelak.
Kalau tanya kawan,...hmm...Aku tak berapa suka kalau buat macam ni sebabnya pengalaman aku gini, aku highlight perkataan 'Daring', aku tak tahu maksudnya and malas nak cari, pastu ada la kawan aku ni, dia kata dia tahu sebab dekat malay novels pun selalu muncul, so I asked, and dia jawab
"maksud dia macam lebih kurang manja gitu lah...hahaha...apalah hang ni, kat novel yang aku baca selalu ada"
And you know what ? Maksud sebenar, lari tajuk dari yang dia cakap tu!!! Ha, asalnya aku pun terpercaya cakap dia, tapi aku tak dapat percaya bila aku tengok result dia...so I find out and tengok2...
Hmm...
Tips terakhir, tulis buku rujukan sendiri. (Sila ambik perhatian tentang tips keempat)
Haa...yang ni, aku bukannya tulis then publish or what, but ni macam buat note jugaklah sebenarnya,
hmmm....camna nak tulis ?
tak payah la kau nak tulis kemas2 or buat macam buku2 rujukan yang sedia ada, sentiasa keep in mind that only you know how to use that book.
And buku rujukan yang kau buat tu, bukan tentang grammar, but...
tentang ayat2 best or lirik lagu kesukaan kau. hehe...you see, English is fun here.
"Napa nak kena ada buku tu pulak...? haishhh..."
Ha, tak nak buat pun tak pa eh, aku bagi tips ja ni sebab yang ni aku buat.
Bagi aku, buku tu macam ruang inspirasi dan kreativiti lah, sebabnya kat dalam buku aku tulis quotes atau ayat2 novel yang aku suka. Lepas tu, aku tulis lirik, aku tulis biodata pujaan hati (haha), then aku tulis idioms yang aku suka. Ha, macam tu je.
And guess what ? Buku tu memanglah sangat membantu setiap kali takda idea, buka je, teruss ada! Ajaib...pastu idea yang mai tu pelik2 sikit, then, barulah dapat tulis story yang one of a kind.
Aku tak tahu lah kenapa, tapi kan...aku memang syorkan semua orang untuk ada buku spesies macam ni.
make sure buku tu nanti ditulis in English. Dah cukup.
*nak tengok buku aku tu ? Boleh click
buku ajaib
p/s : aku rasa aku takkan dapat result macam ni tanpa bantuan daripada cikgu2 aku. Here, I would like to say thank you to all of my English teachers : cikgu2 sekolah rendah (especially Mrs T), cikgu2 sekolah menengah (Mrs S, Mrs L, Mrs M, Mr Z, Mr H)
Also my ustaz arab yang percaya kat English aku, and my cikgu BM....
Jap2, tetibaa terdetik nak cakap sikit fasal essay yang aku buat masa SPM hari tu, aku tak ingat apa yang aku tulis sebenarnya, tapi aku buat soalan satu : descriptive essay (describe fasal family event and how you feel bout it)
And to be honest, masa tu kali pertama aku buat essay spesies tu, sebelum ni asyik buat story je, dah masa tu yang story boleh tulis fasal fisherman je, aku pulak tak berapa tahu kehidupan fisherman macam mana, maka aku ambik risiko.
Dan aku rasa aku boleh bagi tips fasal descriptive essay jugak kot. Haha, walaupun tak tahu markah aku berapa (mengada)..haha. Jadi, macam ni, aku tulis macam diary and aku buat cerita yang merepek plus bajet2 misteri, aku tak describe sangat pun fasal family event tu, malah aku cakap fasal seminggu sebelum and selepas family event tu...masa tu aku tak tahu nak tulis fasal family event macam mana, sekali, dua kali, tiga kali...aku terasa nak buat story fasal fisherman tu je, tapi aku tak berani nak letak pen pun...masa tinggal sikit dahh...jadi aku tulis je apa yang aku nak tulis, and tak sempat baca balik, tak tahu cerita tu plot utamanya macam apa...
Jadi aku rasa boleh la kot nak tulis esei jenis tu style tu, maybe pemeriksa tengok ayat kot, tak pun storyline ke...mana lah aku tahu kan.
Or maybe I'm special case.
Abaikan tips ni,haha...
Oh, aku ni tak pandai sangat English ni, jadi aku tak tahu sangat cara yang betul.
Jadi, maaflah kalau tips yang aku kongsi ini tak membantu sangat.
Aku ada share jugak beberapa contoh essays yang aku tulis zaman sekolah :
Click
here kalau nak baca essay yang aku tulis time ujian March 2014.
Click
here kalau nak baca essay yang aku tulis time ujian August 2014.
Click
here kalau nak baca essay yang aku tulis lebih kurang seminggu sebelum aku duduki SPM 2014.
Korang boleh nilai sendiri perkembangan vocabulary dan gaya penulisan aku... ;-)
Bye! See ya!
***UPDATE : My sister (SPM2015) got A for her English, my other sister (SPM2017) got A+ for her English, I'll ask them to write their own tips, and kalau diorang sudi tulis, nanti aku share link (tapi aku tak janji, hahah)
***Adik aku (SPM2017) dah tulis tips dia dapat straight A+, tapi islamik sikit tips2 dia sebab dia budak baik... Boleh click
AJU untuk baca