Pages

Saturday, November 07, 2015

Welcome To KMTK !

Welcome to KMTK !!!

KMTK = Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah


HMMM…dipendekkan cerita, sem 1 aku di kmtk sudah pun tamat, jadi aku terpanggil untuk menulis apa yang ada kat sini ha, I mean, di kmtk ni…sebab aku ingat lagi dulu, time aku google fasal kmtk ni, aku tak jumpa mana2 blog yang benar2 tulis fasal kmtk, kebanyakkan tulis fasal matrik lain.

Well, aku tahu kmtk ni tak famous, sebelum aku masuk sini, aku pun tak pernah dengar = =”

Huhu.

Ada sekolah, jiran sekolah aku, cikgu2nya tak galakkan pelajar masuk kmtk.

Hmm.

But, jangan risau, itu kisah lama. Ramai tak tahu, pelajar kmtk kebanyakkannya, boleh fly ke oversea terus. Ha, waktu dulu, sebenarnya pelajar lepasan kmtk tak diterima even nak ke local uni pun tak lepas, tapi, lecturers dah negotiate dan banyak discussion dah dibuat…and hasilnya, Alhamdulillah…
Lepas kmtk, nak ke UM, UTM or U mana yang famous pun boleh, asal pointer tinggi semua jalan. 

Huhu.

***update : Diri aku boleh kot jadi bahan bukti yang lepasan matrik teknikal boleh sambung degree di oversea. Aku dapat tawaran oversea, tapi aku tak jadi pergi, boleh click oversea kalau nak tahu lebih2 sal hal tu. Ha, dan aku sekarang sambung degree dekat UTM, Skudai.

Oh, wait, not that kinda story, ni aku baru habis sem 1, jadi story camtu, aku simpan nanti la, sekarang aku nak cakap fasal...

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BELAJAR DI KMTK :

Ha, sebenarnya aku harap orang beritahu aku semua benda ni, sebelum aku daftar.

1.      Majority pelajar adalah lepasan sekolah teknik

2.      Sebab KMTK ni di Kedah, pelajar Kedah pun banyak.

3.      Bilangan pelajar hanya 1 per 10 daripada matrik induk…200 lebih total up lelaki dan perempuan. No seniors or juniors. Hanya bebudak 18 tahun. = =

4.      Bilangan pelajar lelaki lagi ramai.

5.      Pelajar boleh pilih 3 aliran kejuruteraan ( civil, mechanical, electric )

6.      Majority pelajar, cita2nya nak jadi Engineer, tak pun arkitek, or lecturer – kecuali aku.

7.      Pelajar, kebanyakkannya kacak and cantik. Haha. Beauty is in the eye of beholder.

8.      Belajar hanya 4 subjek untuk pointer ( Physics, Chemistry, Mathematics and Engineering ), formula pengiraan untuk semua subjek, kena hafal – tak diberi macam time SPM !

9.      Subjek tambahan ( SR – aku masih tak tahu SR ni singkatan untuk apa, tak silap aku sukan rekreasi…huhu, lepas tu Kemahiran Dinamika, Pendidikan Islam/ Moral, English for MUET )

10.   Muet diwajibkan ambil pada bulan November, tapi subjek English tak ditekankan, tak tahulah kenapa…walhal, majority pelajar tak pandai English pun, I mean, English diorang kebanyakkannya C in SPM !

11.   Jawatan-jawatan senang nak dapat sebab saingan tak banyak, nak pegang banyak mana pun boleh, asalkan amanah – tak fasal2 nanti dapat dosa kalau tak amanah.

12.   Jawatan yang ada : JPP, PRD, RCC, Sport Skuad, AJK Surau, SRN, ha, pilih je lah nak apa!

13.   Wait, point penting…pelajar kat sini banyak kaya2, so,makanan mahal sikit and harga tak berapa nak tetap = =”, pepandai la bajet duit kau.

14.   Elaun dapat RM250 sebulan pada atau sebelum 10 haribulan setiap bulan

15.   Duit boleh ambil di kiosk, melalui agen bank BSN, tapi, duit selalu habis…jadi, sila bawa duit banyak2 sikit.

16.   Buku rujukan tak guna pun, jadi tak payah beli, nanti membazir, macam aku. Huhu. Kalau nak guna pinjam di library, free ja.

17.   Laptop perlu bawa, kalau boleh install AutoCAD siap2 sebab sem 1 kena guna. Tak nak bawa, pinjam kawan, kawan kedekut boleh pergi makmal AutoCAD, tak sempat nak pergi, pepandai lah ko.

18.   Alatan Lukisan Kejuruteraan perlu dibawa (akan digunakan selapas Ujian Pertengahan Semester)

19.   Kelas tutorial, kuliah dan praktikum berlangsung dari hari Ahad, sampai Khamis, jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

20.   Setiap Isnin, ada ‘morning talk’, macam perhimpunan time sekolah dulu, setengah jam jee..= =”, sebelah malam pula, ada ‘KMTK ku sayang’, perhimpunan kolej kediaman. = =”

21.   Semua wajib menginap di kolej kediaman, suka tak suka…tak boleh berulang.

22.   Kolej kediaman ada dua blok je, Srikandi(for girls) and Satria (for boys), maklum pelajar sikit…tu yang dua blok je…jarak ke kelas pun, dekat ja.

23.   Dorm untuk Srikandi, katil single, satu dorm 6 orang. Kipas setiap dorm ada dua ja kipas syiling. Boleh bawa kipas sendiri kalau nak.

24.   Baju, basuh sendiri or guna mesin ( tapi kena sediakan duit syiling – RM 2)

25.   Kebanyakkan pelajar disini, SPM dapat 5A, tapi tak perlu risau, matrik and SPM, result tu terletak pada nasib dan usaha.

26.   Ramai pelajar berpuak- puak because berasal dari sekolah yang sama – lumrah hidup. Jangan amalkan. Oh, sila pilih kawan anda baik2, salah pilih, anda takkan bahagia setahun di sini.

27.   Bilangan kucing, sangat banyak…makhluk halus lain seperti lalat dan nyamuk juga banyak. Sila bawa penyembur lada. Huhu

28.   Setahun sahaja belajar dekat sini, suka tak suka, stay ajalah.

29.   Kawan anda di minggu pertama daftar, selalunya bukan kawan yang kekal. Alert : banyak fakers pada minggu pertama. Sila jadi diri anda yang sebenar, I hate fakers!! = =”

30.   Fenomena freshman 15, memang berlaku pada aku. Huhu. Tapi, pelajar lain, semakin kurus, sebab stress and struggle… aku je… = =” but not that much la berat aku naik pun. Hoho.

31.   Nota kuliah kena print sendiri kecuali Physics and Mathematics. (sebab lecturers bagi buku berbayar)

32.   Wifi ada, tapi line macam kura-kura sikit. Eh, banyak. = =”

33.   Panggilan time zaman sekolah dah bertukar, maksud aku :
Sekolah = Kolej
Pengetua = Pengarah
Warden = Felo
Cikgu= Lecturer.
Semua orang yang umurnya lebih tua dari anda, perlu disapa dengan kata hormat TUAN atau PUAN tidak kira yang tua atau muda, kahwin atau belum. Huhu.
ada lagi rasanya, aku tak ingat…= =”

Okay, cukup dah rasanya, kalau ada lagi, nanti aku tambahlah yer. Okay, nanti aku cerita lagi benda lain, terlalu banyak nak cakap ni hah. Hmm, sebenarnya kan, hmm…entahlah. Bye!

Oh ya, berikut merupakan buku rujukan aku, yang aku dah dermakan kepada Perpustakaan Hamzah Fansuri KMTK.
Huhu, nampak ada tulis EM tu, buku aku lah tu.
Btw, cayalah cakap aku better pi pinjam buku kat library daripada beli, bukan sempat rujuk pun. Buku aku, orang lain yang rujuk...aku tak. = - =
Nak tengok KMTK ? Click here .
Tapi, sikit je lah gambar yang aku published. Hoho.



44 comments:

  1. Bagus ni untuk rujukan junior... Well done!

    ReplyDelete
  2. Haa saya junior hakak, saya batch 16/17 thanks for the information

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Junior!
      All the best for your matriculation life! Do ace in your final and be my junior again at UTM, Skudai 😊

      Delete
  3. huhu mmg bilik 6 org ke? btw toilet jauh x dr bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp, kalau perempuan memang 6 org 😅
      Boleh tahan la...nak kata jauh tu, tak sangat la...duduk lama2 kat situ nnti rasa dekat je 😁😊😊

      Delete
  4. line telco apa paling laju kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla nak, saya pun kurang pasti...
      Maaf, tak dapat membantu...

      Delete
  5. Mmg boleh ya bawa kipas? Kena minta permission dulu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,
      Boleh je bawa...
      Seingat saya tak perlu permission. ..tp satu bilik satu kipas je boleh bawa

      Delete
  6. Siyess laa..5A je ke??..was2x plak nk apply msuk kmtk..sb kite dpt 4 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppie, rata2 kawan saya masuk dengan 5A.

      Haa..tak perlu was2, kalau nak, masuk saja...
      Sebab saya masuk dgn 7A, tapi tak dapat 4 flat pun,
      ada kawan saya, masuk dengan 4A, dapat je 4 flat awak :-)
      Asalkan awak minat dan nanti belajar betul2 cukuplah.

      Apapun, good luck and all the best!

      Delete
  7. Assalam akak kt sana boleh bawak moto ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, students tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan...
      :-)
      Kalau nak bawa curi2 boleh, cumanya, hilang tanggung sendiri.
      Hehe

      Delete
  8. Tq akak....sekarang akak ambik course apa ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome.
      Ambik Naval Architecture and Offshore Engineering ⛵
      :)

      Delete
  9. Assalam akak, saya dpt tawaran utk belajar kat sini. Nak tanya, buku rujukan yg dlm gambar tu ada lagi tak? Kalau ada, saya nak beli dari akak boleh tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      tahniah atas tawaran yang awak dapat!

      Buku2 tu saya dah derma dekat library kmtk, boleh pinjam dekat situ kalau nak guna nanti (tapi, serious, buku rujukan tak perlu sangat, nota kuliah dah cukup lengkap)

      :)

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalam,
    Akak gune laptop sendiri ke untuk penggunaan autocad????...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Ye saya guna laptop sendiri.
      :-)

      Delete
  12. Assalam,

    Apa aktiviti pelajar masa minggu orientasi?

    Laptop mmg kena beli siap2 ke?

    Gmbr ukuran passport tu, latar blkg dia warna merah ke?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,

      Aktiviti biasa...kenal2 tempat, kenal lecturers dan sesi ceramah dan aktiviti yang bosan2 gitu

      Laptop tu, kalau tak nak ada pun tak apa memandangkan ada je makmal komputer, tapi kalau nak beli siap2 lagi bagus, boleh guna untuk tengok movie :-)
      Dan lebih senang kerja kalau perlu buat slide ke, assignment ke...

      Gambar tu tak pasti la sekarang ada syarat ke tak. Dulu macam tak ada, saya guna latar belakang biru.

      Sama-sama.
      :-)

      Delete
  13. Assalam,
    Kalau solat tarawih, akan diimamkan oleh wakil setiap pelajar ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam
      Selalunya ajk surau akan jadi imam...atau mana2 pelajar yang volunteer
      :-)

      Delete
  14. Course kan daftar onl dapat kejuruteraan awam, boleh tukar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi
      Biasanya waktu minggu pertama, akan di beri peluang untuk tukar course :-)
      Good luck and all the best!

      Delete
  15. Assalam kakak....masa hari pendaftaran nanti pakai baju apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Biasanya waktu daftar, tak kisah lagi nak pakai baju apa,
      Waktu orentasi start, baru akan diberitahu perlu pakai baju apa
      Biasanya, ramai akan pakai baju kemeja/kurung tak pun blouse

      :-)

      Delete
  16. Assalam,kak

    Kalau nk sambung bidang aircraft, kena ambik kejuruteraan apa?

    Boleh tak lepas matriks sambung kejuruteraan komputer?

    Minggu orientasi tu kebanyakkannya aktiviti padang ke dan selalunya minggu orientasi berapa hari?

    Alat2 kejuruteraan masa sekolah menengah dulu kena bawak tak ke KMTK?

    Berdebarnya nk masuk matriks ni..:(

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,

      Biasanya, ambil mekanikal. Sebab dekat tempat yang saya study sekarang (UTM Skudai), aeronatik, under fakulti mekanikal.

      Untuk kejuruteraan komputer, kalau matrik sains, memang boleh...untuk matrik teknikal, saya tak berapa ingat ada ke tidak waktu mohon upu untuk ijazah...jadi, maaf, tak dapat menjawab soalan tu.

      Untuk minggu orentasi, tak banyak sangat pun aktiviti di padang, banyak lagi aktiviti di dalam dewan. Selalunya, seminggu tak termasuk weekend, maksudnya 5 hari je, pastu dah tamat :-)

      Alat2 tu, perlu di bawa kerana akan di guna pakai juga, tapi, awal2 ni belum guna lagi...eloklah bawa siap2, mana tau guna awal :-)

      Hee...don't worry, semua orang pun sama2 baru masuk matrik, nanti saling bergantungan juga
      Kuatkan hati, tabahkan diri...pastu kalau boleh jangan banding2 kan matrik dengan sekolah, enjoy je kehidupan baru nanti :-)

      Sama-sama

      Good luck and all the best!

      Delete
  17. Assalamualaikum, akak sambung degree kat UTM, ada minggu orientasi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ada...ada...
      Of course la ada...semua tempat pun mesti ada orentasi punya
      :-)

      Delete
  18. Assalam, kak.

    Bila nak belajar nanti, kena bawak apa? Dari mana nk download nota2 yg yg pensyarah akan bagi. Ada dpt buku tak mcm sekolah menengah dulu (buku teks)?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam
      Sorry baru perasan komen awak.
      Nanti pensyarah akan bagi slides, online tak pun soft copy or hard copy
      Sesetengah subjek akan dapat buku (berbayar)

      Sama2 :-)

      Good luck and all the best!

      Delete
  19. Emm boleh ambil kursus Mechatronics di university selepas tamat pengajian di KMTK

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,kak klau bukan budak dari teknikal boleh join tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Zaman saya dulu macam tak ada je yang bukan aliran teknikal,
      tetapi sekarang boleh je rasanya kalau bukan aliran teknikal join - based on beberapa comments yang orang tinggalkan di blog ni beberapa bulan lepas

      Apapun, try tengok syarat kemasukan yang terkini untuk lebih kepastian
      :-)

      All the best!

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete