Pages

Wednesday, May 18, 2016

Confused = =" ( The Interviews )

Kelmarin wasap2 sikit dengan kawan, then buka twitter - tengok Afiq tweet fasal temuduga UKM.
Tak rasa apa lagi, sebab tak minta.

Tapi, dalam diam terasa la...orang lain dpt panggilan, aku seketul pa tak dapat.
Huhu.

Pastu, guna alasan tu, wasap Crush - Crush cakap dia tak dapat iv (temuduga) juga, hepi la sikit time tu...hehe...
Tanya la Crush pilihan UPU dia - katanya UTM Skudai...
Apa lagi...minum kopi then tak tidur pegi buat research fasal uni tu...maklum, Crush nak masuk situu...haha.
Hmm....memang tak tidur dah pas buat research tu fasal tetiba dapat tahu yang aku dapat iv Seni Bina UTM esok kat KL...eh, aku ada mohon ka ?
Mesti ada kannn....
Jauhnya...Kedah - KL jauh sangat aihh...memang la boleh naik flight, but cam tak sempat nak urus semua tu - dengan kena sah sijil2 semua. Nak bagitahu ayah camna kata aku baru tau... hmm...dih...dih...
Pastu, baru tergerak hati nak pegi check segala iv dekat uni lain pulokk...dapatlah Uitm, Seni Bina juga - memang rasa nak jadi arkitek - terkejut juga bila tau yang iv tu Sabtu ni...kat Perak, jauh jugak.

Dalam kepala runsing habis dah fikir perjalanan nak pi KL, esok balik Kedah...Jumaat gerak pergi Perak then pengangkutan, penginapan...blabla...mahal2...duit2...kena serious.

Fikir2, tanya diri balik...

Kau nak masuk UTM ka ? Sebab apa ? Sebab Crush kau ?
Kau nak masuk Uitm ? Sebab apa ?
Niat kau betul tak ni ? Islam kan ?
Soalan penting...kau nak jadi arkitek ka ? Serious ?

Aku pun peninggg...aku tak da jawapan untuk soalan2 tu. Berkali2 aku tanya, aku ni betul ka nak jadi arkitek ?
Yang oversea pun, aku dapat banyaknya arkitek juga...serious ka aku ni ?

Maka, aku pun pagi2 buta lagi cerita kat Crush - konflik blabla yang aku nak pegi iv kononnya...
Then, dia cakap - tak perlu sah sijil, bawak yang ori...
Pastu katanya, aku expert bab2 lukis2 ni - aku tunjuk kat dia surat tawaran and ada tulis kena bawak alat2 melukiss...

Dia kata gitu, aku pun terfikir.

Baru ja, beberapa hari lepas aku lukis bangunan, aku lukis perabot dari pelbagai perspektif...and aku nak try lukis landskap semua tu...best2 dah. Senang ja nak lukis2 semua tu ( bagi aku la )
Memandangkan aku dah buktikan seni aku time SPM dulu...bagi aku, lukis2 ni hal yang tak rumit.
Aku memang minat melukis pun. Perspektif semua tu, aku ada belajar Lukisan Kejuruteraan dulu...dekat Seni Visual pun apply benda sama juga.

But then, aku tanya diri aku balik :

Kau minat ?
Boleh bayang tak kau buat benda ni sampai tua ?
Hmm...bukannya boleh lukis suka hati, bukannya macam Seni Visual...
Seni Bina ni lainn...ada aturan.
Kau betul2 rasa ni hidup kau ?

Then, aku terfikir la pulak, kak kawan aku yang tiada kerja lepas firma Arkitek - tempat dia kerja - bankrup...
Aku terfikir juga, berapa banyak dah yang aku jumpa...
Arkitek - tukar jadi pensyarah
Engineers - tukar jadi pensyarah...

Aku tanya balik :
Napa diorang tukar ?

Kau betul2 rasa sampai ke tua kau boleh tersenyum bahagia dengan piilihan kau ?
Hmm....nak solat istikharah, tapi atas sebab tertentu, tak boleh buat la pulokk...

Runsing.

Keputusan perlu dibuat...kena bagitahu daddy cepat2.

Maka tanya balik diri sendiri :
Apa cita2 kau ? Kau bayang apa hari2 dewasa kau nanti ?

Hmm...hal ni aku hanya pernah cerita dekat Atikah - budak dorm aku dulu -
Aku sebenarnya...selalu bayang yang suatu hari nanti...aku ada kafe sendiri - kedai Coffee and Bakery yang berbau harum - bau kopi, roti dan kek yang memang aku tersangat lah suka...
Aku bayang, aku ada library sendiri - library itu berbau buku - tenang, damai...
Aku juga bayang dapat buat pameran lukisan - dan orang, akhirnya dapat faham aku melalui lukisan2 aku.

Itu yang aku bayang.

Erkk...? habis tu, aku tersesat dekat Civil Engineering ni...camna ni = ="

Positif, aku fikir2 balik.

Aku nekad - itu impian aku, aku memang nak sangat ada semua tu, aku boleh bayang waktu tua nanti aku senyum sengih kalau aku benar2 ada semua tu - aku, nak benda tu jadi realiti.

Aku tak dapat bayang pun, kerja padat jadi arkitek...semua tu, tetiba tak terasa kena dengan impian aku. Aku mengaku, nak jadi arkitek dulu sebab aku terfikir orang kata aku pandai lukis...Math aku pun, not bad...
Aku pun terpengaruh sana sini. Konon memang itulah impian aku. Aku pun isi dalam UPU.

Dapat iv.

Dalam satu malam ja, iaitu semalam...aku tersedar. Aku bukan nak pun jadi arkitek. Terpengaruh sahaja.
Jadi setelah timbang itu ini, bagitau Crush and Daddy...
Aku pun putuskan...tak nak pergi mana2 iv.

Nanti fasa dua UPU aku tukar pilihan aku. Aku masih ada jalan. Inshaallah.
And aku perlu plan yang bijak.

Lepasan matrik teknikal seperti aku, pilihan tak banyak. Tapi, pilihan itu masih ada.

Aku harap, ini lah yang terbaik.
Aku tak nak jadi apa yang orang kata aku boleh and mampu jadi.
Aku nak, sekali ja...dapat hidup bahagia sebab ada impian2 aku yang tercapai.

Kawan aku tanya :
Kau tak nak jadi arkitek ? Kau nak jadi apa ?
Aku yang tengah runsing waktu tu cakap :
Aku nak jadi Misteri.

Hahaha.

Okaylah, itulah kisah interviews tak jadi aku.

Wednesday, May 11, 2016

Fangirl Encik Lee



Haha...ops! Aku try nak karang novel ni, caya tak ?
LOL. #joke

Oh ya, sekarang aku nak mulakan kisah aku, and hope you'll get it why tajuk tu macam itu.
Semuanya bermula kira2 tujuh tahun lalu (aku rasa tua la pulakk = =" )

Tujuh tahun yang lalu :

Can you read that ? Haa...itulah bagaimana mulanya aku start menjadi fangirl Encik Lee, aku pun tak sedar weii...tetiba ja aku buat apa aku buat, kan aku dah cakap, aku ni, kalau dah suka...aku akan tunjuk dan bersungguh2...haha.

Aku ingat lagi kali pertama tengok Encik Lee...aku tengok satu iklan di tv waktu aku umur 12, ada Encik Lee...waktu tu aku rasa aku ter'love at the first sight'...
= ="

Sejak itu, aku mulalah membuat satu project : folio Encik Lee
Jeng...jeng...ini muka depan yang simplenya...


Simple tak simple pun, kau tengk betul2 berapa kaler ada kat situ...maksud aku, kau boleh tengok gagahnya aku gunting tampal gunting tampal kertas warna untuk buat huruf tu...ingat nak print, tapi aku lebih suka guna tangan aku sendiri..haha.

Disebabkan aku jadi fangirl bertahun2...maka, project itu berjalanlah bertahun2, and akhir tahun 2013, ketebalan folio itu baru banyak nih...


Takda lah tebal...walaupun Encik Lee famous orangnya, tapi, bukan berita dia ada setiap hari pun...jadi, yang ada dalam folio tu, merupakan berita dan gambar Encik Lee yang aku kumpulkan dari majalah, surat khabar, internet, interview dan sebagainya
(see, aku buat macam folio sejarah pulak...haha, yerlahh siap ada rujukan pelbagai media tu...hoho)
*ketebalannya dua kali ganda actually sebab dah letak dalam file macam tu jadi depan belakang tu ada*

Oh ya, aku stop sepenuhnya dari menjadi fangirl ialah pada tahun 2015, jadi...napa folio tu sampai akhir 2013 ja ?
Haa...sebab...

Bagi menghormati diri sendiri yang bakal menduduki SPM pada 2014, aku stop la kejap buat folio tu, mana tak nya, aku terpaksa buat banyak lagi folio lain untuk SPM iaitu folio Seni and folio Add Math - ha, ada lagi kott...

but then, aku acah ja stop...mustahil lah aku akan stop, aku dah cakap tadi, kalau aku minat, aku akan bersungguh2. Tak kiralah exam sebesar mana pun, minat dulu yang aku utamakan ( ishh..ishh..ishh )

So, aku pun meneruskan pengumpulan aku, tapi aku tak sempat nak lekatkan jadi folio, ini hasil pengumpulan sepanjang 2014 :


Aku memang tak lekat terus dalam folio tersebut and aku takkan lekat sampai bila2 sebab, tadi...aku dengan rasminya telah membuang semuanya termasuk folio itu.

Aku bukan lagi fangirl Encik Lee.
Dah lama dah, tapi, baru sempat nak kemas barang lama aku tadi.

Hehe...oh ya, Encik Lee ada tulis ucapan untuk calon2 exam besar di Korea, aku yang pada waktu itu bakal SPM...terperasan yang ucapan tu untuk aku, hoho...


*fangirl alert*

Well, walaupun baru saja membuang kesemuanya tadi, aku rasa aneh sangat, terutama ketika tengok balik hasil kerja aku yang bertahun2 tu...dan aku jumpa pengakuan ini :


Erk...it's so awkward to read back what I wrote back then...but, it's okay, that's just the old me. The person that I used to be...hmm,

Let's see some of my 'works'
Better use timeline...hehe.

2009 :


See...semuanya sebab drama tu laa...tak hairan ah kalau aku jadi fangirl Encik Lee pun, drama tu memang terlajak famous lah time tu...everybody kept talking bout that drama at that time.

And tengok lagi, dekat gambar tu, aku tulis nama aku as Eidae Raindrop - bukan Eidae Minoz lagi, haha...sebab Minoz tu wujud setelah jadi fangirl Encik Lee.
Raindrop tu sebab...
Sebelum minat Encik Lee, aku tersangatlah minat dengan kartun Master Raindrop...hoho
Kan aku dah cakap, kalau aku minat something, aku tersangatlah bersungguh2, siap letak nama gitu, huhu...


Alright, now :

2010 :



Encik Lee berlakon pulak cerita Personal Taste waktu tahun 2010 : jujur lah, aku tak minat pun cerita tu...cerita tu pun, takdalah famous sangat, tapi boleh tahanlah. Encik Lee jadi arkitek yang kacak gilerr bakhang dalam drama tu *fikiran aku time tu*
Hehe...so, aku pun teruskan menjadi fangirl.
Kemudian,

2011 :





Hmm...waktu drama ni keluar, tahap minat aku tu, bertambah banyaknya haa...drama ni memang best, but waktu tu, something yang dahsyat gak ahh berlaku dimana banyak fangirl menangis2 *tak termasuk aku* sebab Encik Lee tetiba cakap yang dia couple!
Opss...kalau dah jadi fan ni, memang laa...bab2 retis couple ni paling dahsyat ahh
Some fans will turn into haters, some will ship the couple.
LOL.
The same thing happens when we have a crush on someone...haha.

2012 :


Haa...drama ni pulokk...first time Encik Lee berlakon historical drama...well, not bad. Namapun Encik Lee kann...
Yaa...jadi mari fokus sikit di tahun akhir folio aku ini...

2013 :


Encik Lee keluarkan album !!!
Wow...haha, jadi sebagai fangirl Encik Lee, aku pun mendengar lagu2nya berulang kali.


Patung lilin Encik Lee akhirnya ditayangkan pada umum, look...look...patung Encik Lee pun kacak. Huhu. Time ni banyak la yang cakap dekat forum fans and dekat group fans nak culik patung tu...haha. Hmm, tak pergi tengok pun patung ni...jauh...I budak lagi, and tak da duit banyak...




Jeng2...first time, Encik Lee buat konsert di Malaysia.
Walaupun tiap tahun (sejak 2009) Encik Lee datang ke Malaysia, tetapi selalunya Encik Lee datang untuk promote products...this time, Encik Lee buat konsert...
Tapi, bila fikir balik...ni pun Encik Lee nak promote product gak actually. Encik Lee nak promote album dia...
LOL.

Tengok ni, sedikit 'kegagahan' aku :


Sekadar nak lekat ucapan Encik Lee...tapi, aku telah guna begitu banyak kertas warna and siap buat corak apa ntah by shading it guna pencil, then bakar2 lagi...erkk...gagahnya ?



Ni pulakk...just fun facts, tapi boleh tahan la aku ni pegi gunting2 benda kecik2 tu...
Aku memang fangirl yang gagah.
= ="

Kalau tengok balik folio tu kan...rasa lawak pun ada, sebab :



Tak kirala gambar Encik Lee tu bersalotip ke, print keluar jadi pelik2 ka, aku tetap lekat...sebab aku waktu dulu, tak kira apapun, kalau orang dah bagi gambar Encik Lee kat aku...semua aku simpan walaupun aku dah ada banyak dah, and aku siap tulis lagi siapa penyumbang gambar2 itu...and now I'm like...
What ??!! I did that ?!



Ni lagi laa...siap beli majalah bahasa cina nih...anyway, tak pa, janji ada Encik Lee. Haha...
I even wrote this :

Hmm...ada lagi :
Gambar orang edit pun ada...
Hmm...dasar fangirl.

Apapun, waktu hendak membuang semuanya tadi, ada satu gambar yang caught my attention...


Look like Encik Lee sangat kacak di gambar tu...
Memanglah...

no longer a fangirl, but never want to deny that Encik Lee memang kacak pun kann ?


Dari dulu lagi...


Ni...muka surat kedua terakhir folio itu...
And muka surat terakhir :


Teori L.
I don't know why...tapi dulu, selain Encik Lee, aku sempat menjadi fangirl untuk Encik L yang lain...hmm, sekarang dah tak da mana2 Encik L lagi dah in my life.
Stop fangirling.

Hmm, I wanna show you something...
Tadaa...

Drawing by my sister...but I colored it, my sister drew it. Hehe.
Walaupun nak buang folio tu...aku takkan buang drawing ini...begitu juga dengan yang ini :


Haha...
Anyway, itu ajelah yang aku nak cakap...and banyak pictures because lepas ni dah takkan jumpa dah that one of a kind folio...memang harap takkan jumpa dah.
Hmm...yang aku kumpul and tak sempat nak lekat tu sebab...
bukan tak sempat actually.

Dah tak minat Encik Lee macam dulu.

Lepas je SPM tamat, banyak sangat berita dahsyat fasal One Direction...dahsyat gilerr ah...tambah2 bila Zayn keluar...hmm...
Sebab tu laa...waktu tu baru rasa yang Encik Lee ni tak penting lagi dah...haha.

Aku kalau dah minat...memang la aku care, tapi kalau dah tak...hmm...

Last aku dengar tahun ni Encik Lee nak pergi tentera, tapi, actually dari 2014 lagi Encik Lee dikhabarkan akan ke tentera...tak pergi2 pun = ="
Padahal aku dah ucap selamat tinggal dari dulu lagi...

Aku tak nak jadi fangirl sesiapa pun dah...pergi jauh2 itu semuaa...

Saturday, May 07, 2016

Remember ( War of the Son )

Hey guys !

Well, a few days ago, I watched this drama and managed to finish it yesterday, it was a good drama as it kept me watching until finish ( before, I watched a few dramas but couldn't finish them - badly because I don't like the plots and the stories - including DOTS - sorry )

At first, I didn't watch this drama, but then, well, I watched it because I read the comments that said it was good...

Then,

Look what had happened :



I draw the main character...haha...even when my drawing is bad, please just ignore it.

Hmm,

What makes this drama different ?

No love story...except for father and son love stories...hehe.
That's why it is different and it's weird as this kinda drama still can make me watch until finish.

The story is about Seo Jae Hyuk who was accused as a murderer and then his son, Seo Jin Woo tried to clean his name with the help of an attorney named Park Dong Ho. However, when they found out the real murderer and had the evident to prove it...something happened.

A betrayal from Park Dong Ho...

4 years after that, Seo Jin Woo became attorney himself and tried once again to clean his father's name by trying to catch the real murderer, Nam Kyu Man, the Ilho group's president.

Nam Kyu Man character was played by Nam Goong Min, you know, the one who played Kwon Jae Hee in Sensory Couple...I really love it when he played the bad character as...it looked real !
He's such a good actor.
To campare Kwon Jae Hee and Nam Kyu Man, of course I like Kwon Jae Hee more.
Nam Kyu Man character sometimes, look boring as he never did anything himself but always asked his men to do it for him...ahh...too annoying.
He wasn't that smart compared to Kwon Jae Hee...but anyway, he's still a bad person...he killed a girl you know...not only that, he...( I'm not gonna tell ya )

About the main character...well, like always, when I watched drama, I rarely like the main character except for Do Min Joon in My Love From The Star, hoho...

In this drama, the main character's fate is so sad...until it can make you feel less unfortunate.
Pity him...his mother and brother died when he was young, his father was accused as a murderer...and...at the end of the story *spoiler*, he lost his memory...
He didn't even remember the heroine's name and face...
So, you see...that's why there's no love story in this drama because the hero didn't even remember his heroine...haha.

Anyway, this drama focus on how money and power rule the world.
Maybe that's the real thing that happen nowadays, it's a sad thing but we have to face it.
But then, knowledge is power, learn as much as we can so that we can rule the world fairly.
Haha...what am I trying to say actually.

Oh ya, have you heard about photographic memory or eidetic memory ?
Well, in this drama, Seo Jin Woo had a photographic memory which helped him to become a successful attorney at the young age. However, you know...he also had an alzheimer at the last few episodes...what a sad him...= ="


One more thing, when I watched the drama, I just found out that a prosecutor can change his profession into an attorney just like that...haa...

And before this, I thought lawyer and attorney are same...but no, and I finally know the job of public prosecutor...thanks to this drama, it made me do a little research on that. Hoho...

Alright, that's all everyone.
Bye!


Wednesday, May 04, 2016

Matrik Teknikal (Matrik Kejuruteraan)




Hai, baiknya aku menulis entry ini untuk menyingkirkan salah faham manusia terhadap matrik teknikal a.k.a matrik yang aku baru je tamatkan pengajian minggu lepas.

Bukan apa, aku nak jelaskan apa yang masih tak jelas. Kesian bila fikir nasib orang yang tak tahu
( macam aku dulu sebelum masuk matrik tersebut )

Aku nak tolong orang yang alami nasib sama macam aku. Itu aja. Harap jelas.

Biar aku mula.

Di Malaysia sehingga tahun ini (2016), ada 3 ja matrik teknikal. Di Kedah, Johor and Pahang.

  • Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah ( Click here kalau nak tahu fasal KMTK )
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Johor


Matrik teknikal berbeza dengan matrik biasa sebab tiada modul ditawarkan. Yang aku tahu, di matrik lain, pelajar boleh pilih antara modul 1, 2 atau 3 ( bagi aliran sains ) and ada pelajar yang ambil matrik perakaunan. Berbeza dengan matrik teknikal, tiada apa jenis modul ditawarkan, tetapi...

Pelajar boleh pilih subjek kejuruteraan iaitu :
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, atau
Kejuruteraan Mekanikal, atau
Kejuruteraan Awam ( Aku ambik yang ni )

Subjek lain yang wajib diambil untuk kiraan pointer ialah :
Matematik
Kimia Kejuruteraan
Fizik Kejuruteraan

Ingat, Fizik itu wajib  
Aku dengar banyak budak matrik lain menolak subjek fizik, tapi kalau kau masuk matrik teknikal, subjek itu wajib.
Tak perlu risau, kalau aku yang time SPM dapat Kimia and Fizik C+ je boleh belajar...takkan kau tak boleh...hoho.

Oh ya, waktu aku memula masuk dulu, aku sangat terkejut sebab banyak budak dari sekolah teknikal. Kalau fikir logik, memang kena lah, matrik teknikal untuk budak sekolah teknikal...tapi, ntahlah wei...huhu,

Hmm, but mungkin nasib untuk batch seterusnya berbeza sebab kebanyakan budak batch aku ialah batch terakhir sekolah teknik mereka...
Sekolah teknik kebanyakan telah bertukar jadi kolej vokasional. Jadi aku rasa, bagi batch seterusnya mungkin budak sekolah teknik dah sikit kot... (tak penting pun kau dari sekolah mana)

Bila masuk matrik nanti, sila baca buku panduan dari kulit ke kulit.

Bagi memudahkan hidup anda, sila juga baca buku peraturan pelajar dan hafal kebanyakan akta ya.
Bagi orang lain, itu tak penting
But for me, aku guna kebanyakan akta untuk menutup mulut orang...and orang tak berani nak pijak kepala aku dengan mudah...

Okay, maaf melalut.


Ada satu benda penting.


Kalau kau google, ada post dari beberapa tahun lepas mengatakan yang bekas matrik teknikal tak diterima masuk universiti....what ??!


No, ianya salah.


Tetapi, apa yang aku nak highlight di sini, sebelum nak masuk matrik teknikal, eloklah fikir betul2 sebab :

Ketika nak isi upu untuk degree kebanyakan course tidak ditawarkan lagi untuk anda, mengerti ?
Dengan kata lain, kebanyakan courses yang ditawarkan adalah dalam bidang teknikal juga ( engineering, architecture, industry etc...)

Jadi, pastikan ada cita2 yang seiring sebelum masuk,
Atau, masuklah dulu and cari cita2 yang seiring. 
Ini bukan benda lawak. Ini serious.

Ada banyak kawan aku yang nak tukar bidang sebab time belajar rasa susah...terutama subjek matematik...katanyalahh...

And banyak juga nak tukar sebab pointer kurang baik dan keyakinan diri berkurang disebabkan itu.
Tapi, tak bolehh...
Bidang luar yang ditawarkan adalah sangat sedikit...dan
Pelajar yang nak tukar tu, kebanyakkan berpunca dari pointer, tetapi kebarangkalian lain adalah nak lompat bidang ni selalunya kena ada sokongan pointer yang tinggi, bukankah begitu ?

Ya, begitulah. Tetapi, kalau ada rezeki, Inshaallah boleh.


Dan, aku, ada menghantar e-mail pada sebuah universiti terkenal bertanyakan kenapa course blabla tak ditawarkan and tiada dalam pilihan, nak tahu apa jawapannya ?


Maaf saudari, kursus tersebut hanya ditawarkan untuk pelajar aliran sains dan sastera dan tidak ditawarkan untuk aliran teknikal.

See ?

Itulah yang berlaku. Tiada guna jugak aku siap lampirkan results SPM, results MUET and results matrik, bukti kata aku telah melepasi syarat...tetapi itulah jawapan yang jelas.

Syarat tetap syarat.

p/s : tak kiralah kau masuk matrik ke tak, ingat benda ni...aku baca dalam satu buku, katanya :
Banish the thought that you are here to have knowledge "pumped into" you. To acquire an education you must establish and maintain not a passive attitude but an active attitude.

Okay, bye!

*kalau kau bukan asal sekolah teknik (aku pun...) and kau nak tau sikit2 fasal teknik2 ni, maybe kau boleh try tengok drama berkaitan teknik, click teknik untuk tahu drama apa patut kau tengok...*

p/s : Aku tulis sambungan entri ni, kalau nak tau lebih sikit lagi, boleh click sambungan untuk baca.

Sunday, May 01, 2016

I'll See You Again

Hey everybody!
Finally, I finished my college last Tuesday...oh yeahhh!

Hmm, by the way, my final exam results will be out this 3rd June which is...yeah, just pray for me, alright ?
So, I think this is the right time for me, to introduce my action figure, Fang...as well as to say my last farewell to my college...
So, here I go :


Hee...so, here's Fang at the library, and behind him...you can see a lot of MUET's books. Dear juniors, please do ace in your MUET, try to get at least band 4 and above or else...


At library again...but with Physics's books. Hoho. Dear juniors, please score A in your Physics or else you'll not get 4.0 (speaking to myself actually...whatever)


All the pictures above were taken at the library ( I went to the library a lot especially when I had free time...you know, to read and get free air-cond )


And now, can you see the field behind him...well, that's the place that I never went to except during my first week...I never like going to that place. Well, it's boys' place. Always, there're lot of boys there especially during the evening.


A scene that I love to see...don't ask me why...


Behind him, is the place where 'Morning Talk' is held every Monday morning. That activity is quite boring, but still, it's worth...that time you can meet other people from different classes and maybe you can take a look at your crush for about 30 minutes...haha.
But no, it's not a fun activity, honestly.
Still, it's better than the one I used to have during school times. Sometimes, I don't go to hear the morning talk, I went to sleep somewhere...bad me...= ="


Tadaa...can you see the waterfall ? It's near DK 1, if you're the type of person who goes to class early, you can take your time to listen to the waterfall. It's so nice...without other people. But when there're others...you won't feel nice anymore. Trust me.

That's all. I have some other photos, but I think it's better for me not to reveal a lot about my college. Just go and experience it yourself.

Dear college, bye!

Things I'm gonna miss :


It's the mysterious Barbie doll at DK 2 !
Nobody knows how the doll ended up there. Suddenly, during semester 2, it's there.
Bye Barbie, take care of yourself !


Math tricky questions.
More than other subjects, I'll miss Math questions because I like Madam Nany a lot ! And...Math questions were the start of my long conversations with my crush...hehe.
Of course, I do like my crush.


I'll miss drawing the people at my college. Hoho.
Oh yeah, I have something to show you.
Click here to see my drawings.
I draw Madam KM, Madam SA, Sir Azman's childhood photo and my roommate. Wait...of course my crush. Hoho.
I can't show you Sir Azman and my roommate drawings because I didn't take the photos. Sorry for that. Also, I can't show you my crush drawing too because, I know that some of KMTK's students and lecturers do read my blog. Please don't try to do anything to my crush. Haha.

Well, I think it's enough for today.



Sincerely,
theunwantedrole.