
Tak rasa apa lagi, sebab tak minta.
Tapi, dalam diam terasa la...orang lain dpt panggilan, aku seketul pa tak dapat.
Huhu.
Pastu, guna alasan tu, wasap Crush - Crush cakap dia tak dapat iv (temuduga) juga, hepi la sikit time tu...hehe...
Tanya la Crush pilihan UPU dia - katanya UTM Skudai...
Apa lagi...minum kopi then tak tidur pegi buat research fasal uni tu...maklum, Crush nak masuk situu...haha.
Hmm....memang tak tidur dah pas buat research tu fasal tetiba dapat tahu yang aku dapat iv Seni Bina UTM esok kat KL...eh, aku ada mohon ka ?
Mesti ada kannn....
Jauhnya...Kedah - KL jauh sangat aihh...memang la boleh naik flight, but cam tak sempat nak urus semua tu - dengan kena sah sijil2 semua. Nak bagitahu ayah camna kata aku baru tau... hmm...dih...dih...
Pastu, baru tergerak hati nak pegi check segala iv dekat uni lain pulokk...dapatlah Uitm, Seni Bina juga - memang rasa nak jadi arkitek - terkejut juga bila tau yang iv tu Sabtu ni...kat Perak, jauh jugak.
Dalam kepala runsing habis dah fikir perjalanan nak pi KL, esok balik Kedah...Jumaat gerak pergi Perak then pengangkutan, penginapan...blabla...mahal2...duit2...kena serious.
Fikir2, tanya diri balik...
Kau nak masuk UTM ka ? Sebab apa ? Sebab Crush kau ?
Kau nak masuk Uitm ? Sebab apa ?
Niat kau betul tak ni ? Islam kan ?
Soalan penting...kau nak jadi arkitek ka ? Serious ?
Aku pun peninggg...aku tak da jawapan untuk soalan2 tu. Berkali2 aku tanya, aku ni betul ka nak jadi arkitek ?
Yang oversea pun, aku dapat banyaknya arkitek juga...serious ka aku ni ?
Maka, aku pun pagi2 buta lagi cerita kat Crush - konflik blabla yang aku nak pegi iv kononnya...
Then, dia cakap - tak perlu sah sijil, bawak yang ori...
Pastu katanya, aku expert bab2 lukis2 ni - aku tunjuk kat dia surat tawaran and ada tulis kena bawak alat2 melukiss...
Dia kata gitu, aku pun terfikir.
Baru ja, beberapa hari lepas aku lukis bangunan, aku lukis perabot dari pelbagai perspektif...and aku nak try lukis landskap semua tu...best2 dah. Senang ja nak lukis2 semua tu ( bagi aku la )
Memandangkan aku dah buktikan seni aku time SPM dulu...bagi aku, lukis2 ni hal yang tak rumit.
Aku memang minat melukis pun. Perspektif semua tu, aku ada belajar Lukisan Kejuruteraan dulu...dekat Seni Visual pun apply benda sama juga.
But then, aku tanya diri aku balik :
Kau minat ?
Boleh bayang tak kau buat benda ni sampai tua ?
Hmm...bukannya boleh lukis suka hati, bukannya macam Seni Visual...
Seni Bina ni lainn...ada aturan.
Kau betul2 rasa ni hidup kau ?
Then, aku terfikir la pulak, kak kawan aku yang tiada kerja lepas firma Arkitek - tempat dia kerja - bankrup...
Aku terfikir juga, berapa banyak dah yang aku jumpa...
Arkitek - tukar jadi pensyarah
Engineers - tukar jadi pensyarah...
Aku tanya balik :
Napa diorang tukar ?
Kau betul2 rasa sampai ke tua kau boleh tersenyum bahagia dengan piilihan kau ?
Hmm....nak solat istikharah, tapi atas sebab tertentu, tak boleh buat la pulokk...
Runsing.
Keputusan perlu dibuat...kena bagitahu daddy cepat2.
Maka tanya balik diri sendiri :
Apa cita2 kau ? Kau bayang apa hari2 dewasa kau nanti ?
Hmm...hal ni aku hanya pernah cerita dekat Atikah - budak dorm aku dulu -
Aku sebenarnya...selalu bayang yang suatu hari nanti...aku ada kafe sendiri - kedai Coffee and Bakery yang berbau harum - bau kopi, roti dan kek yang memang aku tersangat lah suka...
Aku bayang, aku ada library sendiri - library itu berbau buku - tenang, damai...
Aku juga bayang dapat buat pameran lukisan - dan orang, akhirnya dapat faham aku melalui lukisan2 aku.
Itu yang aku bayang.
Erkk...? habis tu, aku tersesat dekat Civil Engineering ni...camna ni = ="
Positif, aku fikir2 balik.
Aku nekad - itu impian aku, aku memang nak sangat ada semua tu, aku boleh bayang waktu tua nanti aku senyum sengih kalau aku benar2 ada semua tu - aku, nak benda tu jadi realiti.
Aku tak dapat bayang pun, kerja padat jadi arkitek...semua tu, tetiba tak terasa kena dengan impian aku. Aku mengaku, nak jadi arkitek dulu sebab aku terfikir orang kata aku pandai lukis...Math aku pun, not bad...
Aku pun terpengaruh sana sini. Konon memang itulah impian aku. Aku pun isi dalam UPU.
Dapat iv.
Dalam satu malam ja, iaitu semalam...aku tersedar. Aku bukan nak pun jadi arkitek. Terpengaruh sahaja.
Jadi setelah timbang itu ini, bagitau Crush and Daddy...
Aku pun putuskan...tak nak pergi mana2 iv.
Nanti fasa dua UPU aku tukar pilihan aku. Aku masih ada jalan. Inshaallah.
And aku perlu plan yang bijak.
Lepasan matrik teknikal seperti aku, pilihan tak banyak. Tapi, pilihan itu masih ada.
Aku harap, ini lah yang terbaik.
Aku tak nak jadi apa yang orang kata aku boleh and mampu jadi.
Aku nak, sekali ja...dapat hidup bahagia sebab ada impian2 aku yang tercapai.
Kawan aku tanya :
Kau tak nak jadi arkitek ? Kau nak jadi apa ?
Aku yang tengah runsing waktu tu cakap :
Aku nak jadi Misteri.
Hahaha.
Okaylah, itulah kisah interviews tak jadi aku.
No comments:
Post a Comment