" Kau tak pa la, bi kau power...dapat A+, aku tak minat la baca novel bi, bukan aku faham pun "
" Kau ni kan, aku tengok macam suka benda luar ja lebih...bukan nak baca novel melayu..."
Eh..eh..eh. Ha, tuan2 dan puan2...kawan2 aku banyak kata benda2 camtu kat aku. Ish2...sedar tak aku sedih kena kata camtu, ingat aku kuat sangat ka ? Tapi, to tell you the truth, tak sedih pun kena kata macam tu disebabkan minat aku terhadap novel bi. Yup, memang aku suka pun, and aku memang tak suka novel melayu kahwin paksa + orang kaya + cinta2 tu...hampa minat yang tu, ikut suka hampa, aku pun boleh ikut suka hati aku.
Aku ada sebab aku.
Yang ada di otak aku waktu aku mula2 start baca novel bi dulu cuma,
" Kalau aku baca novel melayu, jalan cerita tak best, apa aku dapat ? Kalau aku baca novel bi, walaupun jalan cerita tak best, at least aku dapat belajar bahasa bi tu kan ? "
![]() |
Sebahagian novel2 bi aku... :-) |
Okay, jadi ni aku nak bagi tips sikit untuk yang baru nak mula baca novel bi. Jangan risau sangat bila merangkak - rangkak, rileks sudah.
1) Beri Diri Sebab Untuk Mula
Aku sangat2 percaya, kalau ada satu sebab untuk kita lakukan sesuatu, benda tu pasti akan membantu kita. Manusiawi. Manusia memang camtu, dia perlukan sebab. Kalau kau bukan manusia, kau tak perlu susah baca tips ni, sila pergi ke no 2. Ha, sebab aku boleh mula, macam aku cakap tadi, aku nak sesuatu bila baca. Jadi, bila aku fikir, betul juga la yang baca novel bi ni boleh bantu aku kuasai bahasa bi. Tu yang aku pun, apa lagi...start la baca. Apa yang aku nak tekankan, sebab kau mungkin tak sama dengan aku, apapun, kau kena cari sebab...kau memang perlukan sebab. Jangan buat sesuatu tanpa sebab, sebabnya kemungkinan nanti kau berhenti tengah jalan tu sangat2 tinggi... = ="
2 ) Pilih Novel Yang Famous
3) Walaupun Tak Faham, Teruskan Membaca
Yang ni penting sangat2. Kalau kau baca one page, pastu kau tak faham benda pa penulis tu merepek...kau teruskan dulu, at least, habiskan satu chapter. Pastu, baru kau decide kau faham ke tak. Faham sikit pun okay. Kalau tak faham, kau patut : a) Tanya orang yang dah baca novel tu tentang jalan cerita b) Google review buku novel tersebut.
4) Fahami Jalan Cerita
5) Rujuk Kamus Apabila Terdesak
Sebenarnya, kalau kau tak faham ayat dalam novel tu, kau perlu fahamkan tapi bukannya setiap ayat kau perlu faham. Letih la camtu, asyik2 nak rujuk kamus, tak da mood aihh...Hmm, sebenarnya, aku tipu ja...kau tak payah rujuk kamus pun. Rujuk bila perkataan tu asyik ulang2 dan menganggu bacaan kau. Kalau perkataan tu tak menganggu, tak penting sangat pun lah untuk kau rujuk...
6) Baca
Ha, namapun tips untuk membaca, dah tentulah kau kena baca. Kau tak boleh bagi begitu banyak alasan bila kau nak baca, apa yang patut kau buat sebenarnya hanya perlu BACA. Aku sangat2 percaya, bila kau dah mula baca, pasti kau tak dapat berhenti lagi.
7) Enjoy
Ha, dah baca, apa lagi...enjoy lah! Please, pastikan lepas kau habiskan novel bi pertama kau, please do enjoy it...lepas tu, baru kau akan terasa nak baca novel bi yang seterusnya. Kalau tak enjoy, cari alasan untuk enjoy, please...tengok balik isi novel tu, every little thing, pasti ada benda juga, pasti ada....hmm, tapi kalau tak boleh nak enjoy juga, kau perlukan tips seterusnya :
8) Pura - pura
LOL. Hoho, tak...bukan pura2 enjoy. Tu tak bijak namanya...enjoy mana boleh paksa. Dah diri kau tak enjoy, maka tak lah. Hmm, actually, kau perlu pura2 yang kau belum start apa2 lagi...yang kau tak baca pun novel yang kau tak enjoy tu. Ha, apa lagi, lepas tu, kau try la baca novel lain pula, mana tahu kau akan enjoy. Kalau novel lain pun kau masih tak enjoy2, kau perlu terus berpura2. Hoho.
Okay, tu ja aku rasa tips yang kau perlukan untuk nak baca novel bahasa inggeris...aku, baca novel bi ni dah bertahun2, jadi, aku tak boleh lah nak mengaku aku ni masih beginner...tetapi, apa yang boleh aku kongsikan kat sini, sebab aku baca novel bi lah, aku mampu untuk skor A+ time SPM dulu...aku tau, kalau ikutkan tahap penguasaan aku sebelum aku baca novel bi dulu, aku yang sekarang pasti akan gelak besar dekat aku, si lemah bi yang dahulu. Tak pa, tak semestinya lemah tak boleh berubah...tapi, nak berubah tak boleh duduk saja makan tidur makan tidur...buatla something, baca buku bi ha...