Pages

Monday, October 31, 2016

Budak Matrik Teknikal

Hai, hari ni alang2 mood aku tengah baik dan tak da apa nak buat, aku nak tulis sambungan entri ni
Ya...sebab dapat comment dari anon yang bertanya, and rasa nak jawab tu, jawapan panjang gak la...

Jadi, why not aku tulis entri baru...

Hoho

Sorry la, aku memang seboleh-bolehnya tak nak tulis lagi hal2 matrik, tapi aku rasa kali ni, lebih kepada aku nak promote matrik teknikal. Jadi, aku rasa tak apalah...bukannya aku nak sentuh kisah Crush aku kat matrik dulu pun...haha

Nanti kita sembang lain fasal Crush...best bab tu...hoho = ="


"nk tnya something.harap dapat membantu hehee sbb sy dah isi borang online ke matrik and sy pilih matrik teknikal ..
boleh tak awk jelaskan apa itu matrik teknikal , kelayakan nk msuk matrik teknikal and kerja yang boleh apply kalau kita msuk matrik teknikal .."

Image result for gear

Matrik teknikal merupakan matrik yang berbeza dari matrik lain sebab subjek yang ditawarkan adalah subjek kejuruteraan dan bukannya subjek biologi, sains komputer or akaun...

Nak masuk matrik teknikal, syaratnya yang sebenar, aku tak berapa tahu dan untuk elakkan dari aku bagi informasi yang salah, aku hanya akan tulis berdasarkan apa yang aku tahu...
Jadi ayat aku, setahu aku la kan...(sila betulkan kalau salah)

Nak masuk matrik mana2 pun, yang penting time SPM kena ambil Add Maths ( sebab Maths di matrik macam kesinambungan Add Maths di sekolah and of course, lebih susah dan beberapa formula pengiraan kena hafal - tak macam di sekolah, dah bagi formula )
Yang aku tak pasti, tentang grade Add Maths tu...tapi, cadangan aku try dapatkan at least C dan ke atas sebab aku pernah tanya orang di matrik dulu, ada je yang dapat Add Maths C, D pun ada...
Lebih baik grade, lebih baguslah...
Kalau ada yang risaukan tentang subjek Maths di matrik, nasihat aku, tak perlu risau sangat...sebab aku dulu pun Add Maths dapat B+ je, masuk matrik aku boleh je skor A for both sem,
yang penting, belajar elok2...
Acewwahh...kalau masuk KMTK, and dapat belajar dengan Puan Nany, yang tu memang best la...

p/s : Aku peminat Puan Nany yang setia... ;-)

Setahu aku juga, nak masuk matrik teknikal, kena ambik subjek Lukisan Kejuruteraan (LK) juga time SPM, sebab dulu kan...ada beberapa kawan aku, tak dapat tawaran matrik teknikal, tapi dapat tawaran matrik sains ( diorang tak ambik LK, tapi ambil Teknologi Kejuruteraan )
Memang ada ja yang masuk matrik teknikal without LK (contohnya kawan aku.)
Tapi, kawan aku tu tak silap aku dia asalnya dapat matrik sains lepas tu, dia tukar ( tapi leceh gak la nak tukar2 ni )
Jadi, aku rasa ambil LK time sekolah ni, memang perlu lah kot, lagipun nanti di matrik memang kena guna juga alatan LK...jadi, jangan jual atau buang alatan2 tu ;-)
Haa...lagi point penting,
untuk LK, perlu skor at least B ke atas, sebab ada kawan aku, dapat C+ LK, dan tak dapat tawaran walaupun A's dia banyak lagi dari aku in SPM
(aku tak pasti dia dapat ke tak panggilan kedua sebab dah tak sembang hal2 tu lepas masing2 dah sambung belajar)

Haa...tu je kot kelayakan penting, yang lain...mesti la syarat am yang biasa ( lulus and blabla )

Seterusnya...kerja yang boleh apply...
Hmmm....
Ni apa yang aku tahu la, lepasan matrik bukannya boleh kerja lagi...sebab, matrik tu, tak kisah matrik mana2 pun, hanya menjadi tiket untuk masuk U,
lepas tamat matrik, kita guna results matrik lah untuk memohon ijazah...
;-)
Macam entri sebelum ni, aku nak ingatkan, kalau masuk matrik teknikal, time nak mohon ke ijazah nanti, banyak bidang dah tertutup...
Tertutup tu maksudnya, memang tak boleh mohon dah, sebab...time isi UPU tu, takkan jumpa bidang2 luar macam Law, TESL, Medic etc.
Hanya ada bidang2 macam Engineering, Architecture etc...
Jangan risau, bidang2 ni luas...

Haa...cakap fasal matrik sebagai tiket...
Hmm, macam mana2 tempat yang guna tiket, lagi mahal tiket tu, lagi banyak la kelebihan kan...so, for matrik, lagi tinggi pointer di matrik, kelebihan tu memang banyak sangat...
If pointer tinggi, bolehlah mohon ke mana2 U yang kita suka dan kita akan, inshaallah senang dapat tawaran,
If pointer rendah, memang boleh mohon mana2 U juga, tapi kita terpaksa cermin balik diri sendiri...jangan terlalu angkuh nak mohon yang hebat2 sedangkan kita kurang hebat sebab besar kemungkinan kita tak dapat
Yang pasti, semuanya atas rezeki masing2... ;-)

Aku harap entri ni dapat jawab lah soalan anon tu. Babai!

67 comments:

  1. 1.Matrix teknikal ni ade praktikal atau tidak....
    2.Ape beza Diploma teknikal dgn matrix teknikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tak ada practical, tapi pelajar di ajar banyak perkara basic jugak (mcm guna machine etc) nnti masuk Uni, baru diajar lebih lagi.
      2. Diploma 3tahun, matrik setahun saja.
      Matrik persediaan ke Uni kira blajar basic asas sebelum ke Uni...

      Delete
  2. Kau ni lelaki ke perempuan? Sorry la tnya.

    ReplyDelete
  3. So lepas matrik, amik degree engeenering je lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak...lepasan matrik teknikal banyak je yg ambil bidang lain macam pendidikan, arkitek, fizik, kimia, maths...etc.

      Selalunya yang sambung engineering, kalau minat + results bagus.

      Kalau tak nak engineering pun tak apa.

      All the best, the choice is yours 😊😊😊

      Delete
  4. Nanti masuk matrik teknikal masih guna board LK lagi lah kan? Masa hari daftar tu kena bawak board sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp...guna, tapi kejap je...sem 1
      Takyah bawa time daftar pun takpa,bawak kmdian sebab dulu time saya guna dah tgh2 sem 1

      Btw, sambung degree engineering pun guna lagi πŸ˜…

      😊

      Delete
  5. Betul ke org ckp matrik ni kls die 8 pagi sampai 5 ptg n setiap hari mcm tu? Rasa berat tak dgn kls yg mcm tu? Btw thanks sbb share bnyk info berguna. Antaranya 'jangan jual alatan² LK' tu. Mmg dh takde dgn sy pun��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu, saya punya kelas start 8 sampai 4 petang...1-2 rehat.
      Tapi, seminggu ada free 3 gap
      Jadi,tak berat sangat 😊

      Pastu, khamis sampai pukul 1 je, tapi pukul 2 da aktiviti cam taklimat gitu...pastinya bukan kelas

      Tak taulah kalau skrg masih sama atau dah berubah.

      You're welcome 😊😊
      Aiyok, kena beli baru la camtu, sayang jgak,sbb guna kejap je
      Setengah sem je...dulu,start guna lepas cuti midsem sem 1.

      anyway, good luck and all the best 😊😊😊

      Delete
  6. Boleh ceritakan tak perjalanan hidup awak selama belajar teknikal di matriks. Presentation, assignment and blablablaa... kalau ambil kejuruteraan awam, apa yg akan awak belajar? All the sbjects belajar dlm bahasa english ke? Tipsssssss. Tips untuk belajar aliran teknikal. Pleaseee ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii...
      Presentation, sama je macam dekat sekolah, banyak guna slides etc. Tapi, memang kena speaking selalunya.
      Assignment pulak, sama je macam homework. Cuma tukar nama, dan tak la membebankan, tapi, membantu kelak untuk jawab exam.

      Untuk awam, sem 1, sama macam elektrik dengan mekanikal. Belajar Introduction To Engineering. Sem satu ni, banyak la kita akan tahu fasal dunia Engineering ni.
      Untuk sem dua, bagi awam, banyak belajar kira2 juga, tapi fokus pada bangunan. Dan ada juga diajar cara ikat bata, bancuh simen etc. Eksperimen untuk awam pun, banyak berfokuskan fasal pembinaan. Macam bina jambatan, test kekuatan konkrit, bata etc.

      Yup, semua subjek kecuali subjek Pendidikan Islam, Dinamika dan Sukan, diajar dalam BI.
      Dengan kata lain, subjek penting yg melibatkan kiraan pointer, semua diajar dalam BI.

      Tips penting, pastikan faham apa yang awak belajar, kalau tak faham, jangan tangguh, tapi segera fahamkan. Dan, kena kasar sikit...sebab masuk dunia teknikal ni, tak boleh mengada2. Kena tabah sikit...mesin pun, kena berani pegang, baru nanti dapat belajar skills dengan baik.

      Apapun, all the best and good luck :-)

      Delete
  7. Hai saya ni kira lepasan spm skolah teknik... Dpt sambung ke matrik teknikal pastu saya tanya member2 pasal matrik ni... Diorang kata blajar kat situ mcm nk gila, stres dll... Jadi saya nk dptkan kepastian pasal hal tu.. adakah sangat susah untuk blajar di matrik ni...

    Satu lagi, saya punya result kimia ngan addmaths agak rendah... Bleh bgi tips skit x untuk survive kimia kej ngan maths kat sana... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...
      Nak gila, stress dll tu, semua bergantung pada diri sendiri juga.
      Kalau boleh bahagi masa dengan baik, faham apa yg kita belajar, matrik ni akan jadi senang.

      Bab2 kawan or crush or couple pun boleh bawa kepada gila, stress dll...matrik ni, banyak la benda2 tu jadi sebab umur kan memang dah masuk fasa pemikiran start fikir sal2 tu, ye takk
      Time matrik dulu, saya dah alami dan saksikan banyak hal2 berkaitan dengan ni jugak, jadi hati2lah.

      Apapun, pendapat saya, tak susah sangat asalkan awak pandai uruskan diri awak. Kalau boleh, benda tak penting, jangan fikir.

      Kalau kimia, rajin tanya lecturer dan buat tutorial + past year...
      Kalau maths, atau subjek kira2 yang lain, kena selalu buat...kalau boleh setiap hari buat latihan. Sehari satu soalan pun, banyak dah perubahan dan kesan yg kita dapat.

      Inshaallah, saya boleh jamin,akan dapat A, sebab dulu saya pun masuk dengan result SPM kimia(C+) and add maths(B+) yang rendah.

      Apapun, all the best and good luck! :-)

      Delete
  8. Kalau masuk matrik teknikal nih boleh bawak printer tak? Dekat library ada tak printer? Kena bayar tak kalau guna library punya? Lepastu banyak tak assignment yang kena pakai printer ni? Sorry banyak tanya sebab saya akan daftar 5 jun ni dekat KMTJ :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2...
      Ada dekat library and kena bayar kalau nak guna.
      Tak la banyak sangat, biasanya nota la yang perlu print.
      ni kalau kmtk lah.

      I see...kalau kmtj, saya tak pasti pulak macam mana.
      Maaf.
      All the best and good luck 😊😊😊

      Delete
  9. Eh.. masa saya SPM tak ambik LK tapi saya dapat masuk juga KMTK..
    Senang ke susah LK tu? Dan apa yang perlu saya beli untuk LK?>.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh...
      Tahniah awak 😊😊😊

      LK senang sebab tak perlu membaca atau mengira,hanya perlu ingat step2 nak lukis dan tau cara yg betul

      Alat2 LK yg basic (papan A3,pembaris t,set square,protector,compass,pensil mekanikal mata 0.3, 0.5 dan 0.7)

      Delete
  10. Assalamualaikum saya ditawarkan di kmtk kedah pada bulan 6 nie.
    Saya ada beberapa soalan yang mahu ditanya .
    Saya mendapat tawaran kejuruteraan awam di kmtk . Bolehkah saya menukar kos ini kepada kejuruteraan eletrik dan elektronik kerana cenderung kepada bidang itu ? Kalau boleh ,apa yang perlu saya lakukan ? Kena sediakan dokumen apa 2x ker?
    Itu sahaja dan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.
      Tahniah sebab dapat KMTK.

      Waktu saya dulu, pada minggu pertama, para pelajar akan diberi peluang untuk menukar kos.
      Tak perlu sediakan apa2, kita akan diberi borang penukaran kos.
      Kat borang tu, akan ditanya alasan tukar kos.
      Biasanya, semua pemohonan penukaran kos akan diluluskan.
      Inshaallah.

      Sama2
      :-)

      All the best and good luck!

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Boleh share cara awak study? Dan mathematic kat matrik ni susah ke ? Saya dapat c+ je addmath masa spm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii...hmm, saya bukan budak pandai nak share cara study.
      Dulu pointer sem satu 3.85 je, tak 4 flat.
      Jadi, hmm...tapi, tak apalah saya bagitau je la.
      Saya hanya study bila saya rasa perlu dan bila orang minta tunjuk ajar. Saya akan buat soalan tutorials bila diminta pensyarah, tapi, saya pastikan saya buat sendiri tanpa tiru orang.

      Tu je. Sebab saya bukanlah pelajar yg rajin, banyak masa dihabiskan untuk YouTube dan obses saya terhadap internet sangatlah teruk. (Harap awak tak macam ni)
      Lagi satu, saya jenis dah set kat kepala, yg takkan study lebih dari 10 malam...jd saya memang takkan study lebih dari pukul 10. Biasanya,lepas kelas 4 sampai 7 tu masa saya dengan internet dan makan, 7 sampai 8.30, saya guna untuk ibadah dan baca quran dan 8.30 sampai 10 malam masa saya buat assignments.
      Kalau dah pukul 10, dan assignments masih tak siap, saya tidur jugak...dan buat waktu jam 7 pagi keesokannya.

      Ha, roommate saya 4 flat. Saya rasa awak boleh try cara dia.
      Dia kaki study...biasanya study dan buat assignments sampai 2-3 pagi. Lepas tu, dia suka buat banyak2 tutorials walaupun tak diminta pensyarah dan dia selalu ke ruangan pensyarah untuk study dan bertanya soalan.
      Saya rasa kalau awak mampu ikut cara dia, itu lebih baik :-)

      Atau mungkin awak ada cara study sendiri.

      Mathematics matrik sama macam Addmaths kat sekolah. Tapi, extra sikit. Macam sambungan pun ada juga.
      Takpa...dapat C+ Spm, tak bereerti awak akan dapat grade sama time matrik.

      Kalau untuk Maths, apa yg boleh saya cakap dan saya buat dulu ialah...
      1) Buat soalan latihan tutorials
      2) Buat past year questions
      3) Kalau boleh at least, buat satu soalan sehari.
      4) Kalau tak faham atau tak reti nak selesaikan soalan latihan, tanya kawan atau Crush atau pensyarah sendiri
      5) Ajar orang lain.

      Dulu Spm saya pun tak A...tapi, bila buat camtu, matrik dua2 sem Maths saya dapat A.

      Saya percaya, awak pun boleh dapat kalau awak buat camtu, inshaallah.
      :-)

      All the best and good luck!

      Delete
  13. Boleh share caraa study kat matrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara umumnya, yang saya perasan tentang pelajar matrik saya dulu, cara diorang study ialah...
      1) Study sampai lewat malam ( stay up untuk study )
      2) Weekend, satu hari untuk berseronok, satu hari untuk study.

      Hmm. Cara study diorang, saya pun tak pasti betul tak betul.
      Kalau saya, saya bukan jenis boleh stay up, pukul 10 mata dah nak tidur sebab saya bukan asalnya pelajar yg tinggal kat asrama...

      Apapun, kesimpulan yg saya nak buat(pepandai je nak buat..hahah)...kalau nak pointer tinggi, awak mesti :
      1) pergi kelas, fokus dan belajar
      2) buat soalan2 tutorials dan siapkan assignments (kalau boleh, jangan tiru tapi buat sendiri)
      3) buat past-year questions.
      4) terus minta bantuan kalau tak faham sesuatu, jangan bertangguh (tanya kawan, Crush atau pensyarah)
      5) rajin berdoa

      Itu saja rasanya.

      All the best and good luck!
      :-)
      Selamat menikmati masa2 di matrik.

      Delete
  14. soalan tutorials tu dapat dari mana eh ? ada kat kedai buku ke ? btw kimia , fizik and addmath sama ke dengan matrikulasi sains ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan tutorials tu dapat dari buku tutorials.
      Nanti, pelajar wajib beli buku tutorials :-)

      Yupp, sama je...lebih kurang.
      Nama je saja letak kimia kejuruteraan or fizik kejuruteraan sebab matrik teknikal kan.

      :-)

      All the best and good luck!

      Delete
  15. Bagi tipss and suasana bila minggu first di matrik,course memang kena pilih minggu first masuk ea? Andd hostel nnti memang pihak matrik tetapkan or kena pilih roomate sendiri?

    Btw saya dapat KMTK, daftar 5 jun nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, tahniah sebab dapat KMTK :-)

      Minggu first memang busy sangat sebab banyak info akan diberitahu time tu, pastu orentasi nak kenal itu ini, jadi padat la sikit. Tips dia : jalani je...it's only a week after all.
      Tak nak masalah, dengar cakap akak2 abg2 fasi.
      Kawal perasaan, jangan seronok sangat, jangan muram sangat

      Waktu masuk, kita akan dapat siap2 course kita, dalam minggu first tu, biasanya akan ditanya nak tukar ke or nak stay course tu.
      Haa, hostel sebelum masuk sepatutnya dah daftar bilik, dan random je...tak tau awak perlu daftar bila untuk batch kali ni. Dulu seingat saya, seminngu atau dua minggu sebelum masuk, dah tau dah bilik mana akan dapat sebab daftar bilik siap2.
      Cer awak try bukak website kmtk
      Cam saya dulu, daftar bilik sama dengan kawan tapi, saya dapat t1.3 kawan saya t1.4 dan t1.5...
      susah la kan nak pilih gitu...

      Jadi, hostel ni, bab bilik, sistem yg tetapkan.

      Apapun, selamat mendaftar, selamat menjadi pelajar matrik, selamat menempuh alam baru!
      Good luck and all the best!

      Delete
  16. Saya dapat tawaran dari kmtk dan u dalam bidang kujuruteraan awam. Kebanyakkan org suruh masuk matrik. Tapi sampai skarang x yakin lagi boleh survive ke tak nanti sbb bimbang dgn cara pengajian yg pantas dkat matrik. Lagipun segala apa yg dah blajar dlam subjek math , fizik and sebagainya masa skolah menengah mmg dah x brapa ingat sgt. So ada apa apa info, nasihat atau tips yg boleh saya perolehi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, tahniah sebab berjaya dapat dua tawaran sekaligus 😊

      Awak, apa yg awak bimbang tu sebenarnya dulu dah pernah saya alami.

      Apa yg boleh saya cakap, pengajian dekat matrik tak la sepantas yg org2 cakap. Cuma padat sikit saja.

      Dan, tak ingat apa yg dah belajar kat sekolah dulu tu...semua org lebih kurang camtu jgak, tambah2 lepas dah lama tak pegang bukukan.

      Bab ni tak perlu risau, malah saya rasa lebih baik.
      Sebab, nanti bila belajar dalam keadaan tak tahu dan nak tau, ilmu lebih cepat dapat.
      Dan, lecturers matrik memang akan ajar balik dari awal...malah kalau awak tak faham, diorang galakkan lagi awak pergi jumpa diorang. Jadi,janganlah risau.

      Nanti awak masuk, semua orang sama jugak...dorang pun bukannya ingat. Hehe.

      Hmm, kalau kelak awak pilih matrik, nasihat saya, nanti bila pelajaran dah start, jangan tangguh kefahaman awak.
      Kalau tak faham, terus tanya.
      Kalau buat assignment, jangan tiru tapi try buat sendiri...
      Dan kalau nak jaminan pointer tinggi, awak perlu rajin buat latihan tutorials dan past year questions.

      Inshaallah...matrik dah tak susah.

      Saya yakin awak boleh survive kalau awak sendiri nak survive. Fighting! Gambatte!

      Good luck and all the best!😊😊😊

      Delete
  17. Saya dari selangor and dapat KMTK ni. Orang kata senang naik ETS sebab laju. Boleh saya tau ETS mana yang paling dekat dengan KMTK? Ramai tak budak KMTK naik ETS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii...tahniah sebab dapat KMTK :-)
      Wow...jauhnya Selangor.
      Paling dekat, dekat Sungai Petani (lebih kurang 30 minutes dari KMTK)
      Ramai je. Biasanya, budak2 jauh macam awaklah...hehe.
      Jangan risau, nanti mesti awak jumpa ramai kawan2 yg akan balik sekali dengan awak
      :-)

      Selamat menempuh alam baru, selamat belajar di KMTK,
      Good luck and all the best!

      Delete
    2. Kalau turun dekat gurun? Hehe, rezeki dapat kat Kedah:)

      Delete
    3. Haa...betul jugak, gurun pun boleh...tak silap,
      dan gurun tak sampai 10 minutes pun dari KMTK...

      Hahha, sorry,sebab saya Kedah je, balik ayah ambil, pergi ayah hantar...hehe...jadi saya tak berapa nak tahu sal public transports

      By the way, welcome to Kedah!

      :-)

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. lepas awak hbis matrik awk smbung univrsiti mane??dan ambik kos ape??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,
      Sambung Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,
      Naval Architecture and Offshore Engineering, Faculty Of Mechanical Engineering

      😊😊☺

      Delete
    2. pergh...utm...baik tu...bkan ssah ke nk msuk u tu...pointer awak bape??

      Delete
  20. Haa...tak la susah kalau awak skor 3.5 ke atas...
    Sikit je, 3.7+πŸ˜… sbb sem 2 teruk sikit..
    Saya pun cukup makan je masuk, average kos saya pun 3.78

    Kalau target nak ambil pure mechanical or aeronautical, awak perlu dpat 4 flat...
    Kalau kos saya tak apa 😊

    Masuk utm dgn 4 flat, yuran belajar dikecualikan...best gitu

    Good luck and all the best 😊

    ReplyDelete
  21. boleh ke lepasan matrik nak tangguh degree???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...rasanya boleh je tangguh....
      Tapi, apa yg saya dengar, bermula sesi (2016/2017), dah lakukan sijil matrik ?
      Sebab saya sesi 2015/2016, jadi saya tak dapat pastikan hal tu,

      kalau dah laku, saya rasa tak ada masalah lah nak tangguh tu

      ha, dan ada kes ex-rumet saya dekat U, yg berhenti belajar lepas sem 1, then dia minta semula UPU tahun ni, guna result matrik 2015/2016 dia, boleh je...jadi, ni macam bukti ianya masih laku walaupun dua tahun...

      apapun, nak jawapan pasti, awak call lah, kementerian untuk tanya, itu lebih baik

      Maaf tak dapat betul2 jawap soalan awak.

      Delete
  22. Assalamualaikum, saya nak tanya . Saya dah lepas SPM dan sekarang tngah tunggu result keluar . Saya rasa mcm nak masuk KMTK tapi confuse nak sambung civil engineering (sbb saya budak teknik dan mmg dah ambik subjek civil engineering time Form4/Form5) atau nak tukar ke mechanical engineering . Boleh suggest tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Soalan saya napa awak confused? Awak suka tak Civil?

      Kalau awak rasa suka dan awak memang nak teruskan apa yg awak belajar, okay juga kalau awak ambik civil.

      Tetapi, kalau awak nak cuba ambil mechanical pun boleh jugak, no problem asalkan awak nak.

      Btw, kenapa awak terpikir nak tukar ke mechanical?

      Saya rasa awak lebih tahu minat awak dan memandangkan awak sekolah teknik lagila awak tahu apa patut awak pilih, betul tak?

      Apapun, good luck and all the best 😊

      Delete
  23. Lepas keluar matrik teknikal boleh tak proceed bidang acc atau sains dalam matematik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...
      Acc rasanya dah tak ada dalam pilihan upu (saya dah tak ingat sangat)
      Tetapi, sains dalam matematik, matematik, matematik industri boleh lagi

      Sorry, dah tak berapa nak ingat

      Delete
  24. hai,saya dpt KMS course sains utk 2 tahun boleh ke kalau saya nk tukar teknikal? atau pada minggu pertama baru saya tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... dulu ada je kawan saya yang macam awak dan dia tukar ke teknikal

      Tak silap saya, awak perlu call kementerian atau jabatan berkenaan (dengan hal2 matrik ni) untuk proses penukaran
      Tak perlu tunggu minggu pertama pun tak apa, lebih baik awak bertindak segera.

      Good luck and all the best!

      Delete
  25. Hi, saya dapat tawaran ke matriks teknikal kedah. Boleh ke saya nak tukar matriks teknikal lain macam pahang? Sebabnya kedah tu jauh sangat la dari rumah..
    Kalau boleh, akak tau tak proses dia macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya tak pasti boleh ke tak tukar tempat
      Saya rasa awak boleh call kementerian untuk tanya soal ini

      Maaf tak dapat membantu, apapun,

      Good luck and all the best!

      p/s : duduk jauh pun tak apa, boleh belajar berdikari cepat sikit. #positive
      :)

      Delete
  26. hi nak tanya dekat matrik teknikal lk belajar tajuk apa ja eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi
      Saya tak ingat tajuk, tapi yang keratan2 tu lah
      (lol. sorry)
      Sikit je belajar, sebab dekat matrik lk bukan subjek, cuma topik dalam subjek

      :-)

      Delete
  27. Kalau saya tak amik LK time SPM boleh tak diterima msuk matrik teknikal ni .

    lepas matrik ni boleh ke klau kita sambung untuk Aeronautical Engineering kat U nnti?ke ada cadangan lain? sbbnya saya teringin sngt nk jadi seorng Aeronautic engineer suatu hri nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, yang saya tahu, sekarang dah boleh dah masuk matrik teknikal tanpa subjek LK.

      Yes, boleh, dekat UTM Skudai ada ditawarkan course tersebut, dan ada kawan saya yang dulunya matrik teknikal, sekarang tengah belajar course tersebut di UTM.

      Kalau awak tak masuk matrik teknikal, awak boleh saja masuk STPM, Asasi, Matrik Sains ataupun diploma di UTM KL, kemudian nanti untuk degree, awak masih boleh mohon untuk belajar course tersebut

      Apapun, all the best and good luck!
      Moga awak berjaya mencapai cita2 awak kelak :-)

      Delete
  28. Hi nk tnye first sy bukan pelajar sekolah teknik dn sekolah harian biasa shj .
    Kedua sy minat nk smbung degree utk chemical engineering tpi nnti kt matrikulasi teknikal kena pilih ape mechanical or awam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, yang saya tahu sekarang sekolah harian biasa pun boleh masuk matrik teknikal (sbb saya pun bukan pelajar sekolah teknik)
      Kalau nak sambung chemical, boleh je ambik mana2 pun sebab dua2 diterima untuk sambung chemical :-)

      Delete
  29. Salam kak kalau saya dapat E addmath lepas tak hehe,yg lain dh lepas syarat nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, dulu saya ada kawan yang kes macam awak, dia lepas je cuma intake yang lambat sikit la...heheh
      All the best!

      Delete
  30. Assalam,,saya nak tanya papan lukisan kej tu klau matriks pkai sqiz apa ya??A2 atau A3??

    ReplyDelete
  31. Salam, nak tanya. Kalau nak apply untuk jadi cg mengajar dalam bidang teknikal boleh ke? Sebab i'm interested nak jadi cg since my mother mengajar subjek LK dekat sekolah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *apply tu lepas habis matrik la nak sambung degree

      Delete
    2. Waasalam, boleh awak...
      degree nanti ambik pendidikan :-)

      Delete
  32. Salam nk tnye....akak yg reply ni dh keje k belum??hehehe...klau dh keje dlm bdg jururtera la ea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, saya sekarang baru nak habis sem 6 dekat uni, ada lagi dua sem...
      hehehe, tahun depan inshaallah keja bidang tu :-)

      Delete
  33. Pastu nk tnye dkt matrik teknikal tu pasti ad rank dia kan?matrik mne lbih power??hehehehehe....sj je nk thu

    ReplyDelete