aku nak potpetpotpet sikit sal kos yang aku sedang belajar sekarang. Mulanya, aku pernah fikir nak cerita hal ni bila dah tamat belajar, tapi cam lambat lagi la pulak.
Dan ada anon yang bertanya, maka aku rasa takpalah, aku tulis jela...
Jadi, ni cerita aku yang masih mentah,
Waktu aku tulis ni, aku sedang di semester 2 dan berbaki 6 semester lagi untuk tamat belajar (lama lagi kann...) bab tu la aku cakap aku masih mentah.
Aku tulis ni, sebab aku terima dua komen di bawah :
"Hai akak , kalau ada masa story lah pasal course akak, pasal life dekat Uni, cara belajar and etc. Sebab kalau search pengalaman orang dekat google tak jumpa langsung pasal course nih :)"
"Hi..sy dpt tawaran matrik teknikal ni juga utk sesi 17/18 :) sy terasa konfiden nak masuk matrik lepas sy tahu awk dpt naval architecture dekat utm :) sbb sy juga sgt berminat dgn bidang tu :) boleh awk bagi tips mcm mana awak dpt menyambung ke utm?"
Yeahh...so, aku pun dengan penuh relanya, nak membalas komen tu dengan panjang lebarnya...hahah.
Apapun, terima kasih atas masa yang awak2 semua guna untuk baca tulisan aku.
Dan, terima kasih sebab bagi komen, tak la aku rasa cam syok sendiri ja menulis.
Hahaha.
Aku belajar course "Naval Architecture and Offshore Engineering", Faculty of Mechanical Engineering kat UTM Skudai.
Dari awal, aku memang nak masuk UTM sebabnya, Crush aku nak masuk UTM...haha.
Tak...tak, plan aku sejak masih bayi ialah, aku nak menuntut ilmu kat negara orang, tapi apakan daya waktu dah dapat tawaran luar negara, aku terpaksa melupakan hasrat itu kerana wang yang banyak diperlukan...
dan cita2 aku dah mula berubah.
Target aku waktu di matrik dan sebelum matrik ialah nak sambung bidang Architecture.
Aku dapat tawaran overseas semua Architecture, and local pun, aku dapat tawaran temuduga Architecture UTM Skudai jugak, tapi, atas kelalaian aku, aku tak pergi temuduga tu.
oh, jadi sebab tak dapat sambung Architecture ler, kau minta Naval Architecture...kau ingat benda sama kee ? Hhahaha.
Oh tak, aku taulah tak sama...
Erkk...bagi yang tak tau, aku dah tahu lama dah yang Naval Architecture dengan Architecture tu...course yang completely berbezaa.
Tak sama.
Kalau ambil kos aku sekarang, pekerjaan dikemudian hari nanti, walaupun memegang jawatan Naval Architect sekalipun, aku ialah seorang Engineer.
Bukan Arkitek.
Dan Engineer, bukan Arkitek. Skop kerja yang berbeza (boleh google untuk tahu lebih lagi)
Dalam definisi yang aku belajar sem lepas : Naval Architect is a professional Engineer who is responsible for the design, construction and repair of ships, boats, other marine vessels and offshore structures.
See..itulah maksud aku, susah nak explain lebih. Aku yang mentah ni tak tahu banyak hal sangat.
Oh, sebelum aku tersasul dan tak melalut lebih, aku nak jawab dulu soalan : boleh awk bagi tips mcm mana awak dpt menyambung ke utm?
Tips tu, tak ada apa sangat, melainkan aku skor pointer yang boleh tahanlah time matrik.
Nak masuk UTM, orang kata agak susah. Dan diakui, memang semua yang masuk sini, results agak tinggi...
Kalau nak selamat, pastikan pointer matrik 3.5 and above. Inshaallah dah selangkah ke UTM.
Untuk batch aku dan course aku, aku diberitahu, average pointer yang masuk ialah 3.78. Ha, dan aku sebenarnya tergolong bawah average sebab aku masuk dengan pointer lebih kurang tu, tapi rendah sikit...3.7+ something jugak
Tapi2, tu tak beerti apa2.
Acehh...cakap besar yehh...
Hmm, betullah. Sem lepas, tak semua dapat DEKAN, tapi, aku berjaya jugak dapat. Heheh.
Aku dah buktikan la kat situ yang aku boleh jugak survive. Dan jangan risau sangat kalau mula2 masuk tu takut2 ke apa...
***(DEKAN untuk UTM ialah 3.67 and above)
Dan entri ni fokus aku, nak cerita sal kos aku la.
Course aku ni, kalau dalam melayunya, dipanggil "Senibina Kapal dan Kejuruteraan Luar Pantai"
Ha, tengok situ pun dah sebut Kapal kan, jadi course ni berkait agk rapat dengan kapal2...
Kalau kau berminat sal kapal jugak, alangkah indahnya dunia kita, awak dan saya berjodoh...hahah...
Yeah, minat kita sama la awak...
lol.
Ye, kalau kau minat kapal jugak, aku rasa kau boleh ambil course ni, baru la seronok belajar :-)
Ada kawan aku yang masuk course ni sebab main letak je time isi UPU...hmm, aku harap juniors tak buat macam tu.
Ada kawan aku yang masuk course ni sebab main letak je time isi UPU...hmm, aku harap juniors tak buat macam tu.
Sedih waktu dengar...aku ada nangis sikit.
You broke my heart...I love this course and wanna learn about it so so bad and yet you said something like that. Tentula sedih kan.
Oh ya, tentang kapal2 tu...akan mula belajar waktu sem 4. Kiranya, waktu aku tulis ni, aku tak belajar lagi pun sal tu sebab aku baru sem 2.
Tapi, aku memang tak sabar sangat2 nak belajar. Inshaallah, bila dah belajar akan aku story sampai kau pun rimas...heheh.
Aku tengok seniors punya project, bina model kapal2...lukis structures kapal, buat aku punya semangat nak belajar naik sikit. Yes, aku tak sabar sangat2
Fasal course aku ni, apa aku nak tulis sekarang ialah...
masuk degree, ini tentang kau sekarang. Berkait banyak dengan masa depan hidup kau.
Kalau betul kau pilih dan minat, pastikan ada satu hal lagi, iaitu kemampuan.
Aku sebenarnya takut juga nak tulis sal kemampuan ni, sebab kadang aku sendiri pun rasa berat, rasa susah...
Tapi, hmm...aku selalu percaya dan try positif (walaupun banyak masa juga aku asyik negatif), aku tau, apa2 yang berlaku kat kita, takkan lebih dari batas mampu kita.
Maksudnya, aku mampu hidup dalam hidup aku sekarang.
:-)
Sem 1 dan Sem 2, semua pelajar mekanikal, tak kira course apa, belajar benda2 yang sama.
Apa yang aku nak ingatkan...nak masuk bidang mekanikal...adalah amat digalakkan untk kau minat mengira + membaca dan kau minat melakukan kerja menggunakan alat2.
Ya, kemahiran mengira amat perlu, sebabnya kau perlu berdepan banyak subjek yang perlu untuk buat macam2 calculations, ye...sahabat baik kau nanti memang calculator...
Serious...
Jadi, be prepared.
Oh, dan untuk membaca pulak...memang tak banyak subjek yang perlu kau baca...tapi, kalau kau minat membaca, itu bantu kau untuk faham banyak perkara dengan sebetul-betulnya, betul kan ?
Dan...yes, perlu kau minat lakukan kerja menggunakan alat2...sebab sem satu lagi dah memerlukan kau untuk welding, potong itu ini...untuk buat project.
Sem 2 pula, kau perlu design dan bina project sendiri...
Ha, walaupun project2 tu dibuat dalam kumpulan...tapi, kau perlu la tau juga...dan buat.
Tak malu ke asyik nak harap ahli kumpulan yang lain yang buat ? Habis kau ?
Takkan sampai bila2 nak macam tu ? Nak kerja nanti camna ?
Buat apa kau masuk bidang ni ?
Haa...emo lak aku...
Nasihat aku tu la, kumpul skills kau...serious.
Takkan la kau rela dipandang lemah, tak kisahla kau laki ke perempuan...
Dan...kau mungkin tak sedar, kau akan banyak susahkan dan lukakan banyak pihak kalau kau tak sumbang apa2...
Kumpul skills kau. Sentiasa pilih untuk majukan diri.
Hmmm, aku rasa aku cuma boleh tulis sebanyak ni je untuk kali ni.
Harap dapat sikit membantu.
Aku minta maaf tak dapat tulis tentang course aku sebanyak yang aku nak, sebabnya, aku pun belum belajar banyak2nya lagi.
Apapun, kalau aku dah belajar lebih2 lagi and dah masuk subjek2 kapal...aku, pastinya akan menulis lagi...
Apa yang aku tahu sekarang, aku nak jadi sebahagian dari orang2 yang terlibat secara langsung dalam pembinaan kapal, proses2 tu semua...
Itu impian aku.
Awak, kita nak bina kapal!
:-)
***UPDATE JUNE 2019 : Aku tulis sambungan cerita fasal kos aku, hehe...click here kalau rajin nak baca lagi :-)
***UPDATE JUNE 2019 : Aku tulis sambungan cerita fasal kos aku, hehe...click here kalau rajin nak baca lagi :-)
Huhuu terharunya akak buat entry untuk soalan kita ����. I can feel your excitement tu. Saya akan tetap terus baca blog akak sampai rasa muak. Hahahah. Teruskan menulIs!
ReplyDeleteHai awak 😉
DeleteThanks sebab sudi baca tulisan akak 😊
Heheh
Thankyouu kakk sudi :)) hehehe..sbnrnya sy pelajar sekolah teknik kat sarawak :)) sy sgt berminat dgn kerja kapal ni dan sy ada interview dgn puo utk marine engineering..tp xda rezeki :') lepas sy baca post akak yg lepas buat sy semangat balik :))
ReplyDelete*sudi jelaskan ttg course akak :))
DeleteYou're welcome, my dear :-)
DeleteWahh...hebatnya awak boleh pergi interview tu.
Inshaallah, masuk course ni tak perlu interview, tinggal isi dalam UPU je
😊😊😊
Saya doakan yg terbaik untuk awak.
Good luck and all the best! 😊