Hai, baiknya aku menulis entry ini untuk menyingkirkan salah faham manusia terhadap matrik teknikal a.k.a matrik yang aku baru je tamatkan pengajian minggu lepas.
Bukan apa, aku nak jelaskan apa yang masih tak jelas. Kesian bila fikir nasib orang yang tak tahu
( macam aku dulu sebelum masuk matrik tersebut )
Aku nak tolong orang yang alami nasib sama macam aku. Itu aja. Harap jelas.
Biar aku mula.
Di Malaysia sehingga tahun ini (2016), ada 3 ja matrik teknikal. Di Kedah, Johor and Pahang.
- Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah ( Click here kalau nak tahu fasal KMTK )
- Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
- Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Matrik teknikal berbeza dengan matrik biasa sebab tiada modul ditawarkan. Yang aku tahu, di matrik lain, pelajar boleh pilih antara modul 1, 2 atau 3 ( bagi aliran sains ) and ada pelajar yang ambil matrik perakaunan. Berbeza dengan matrik teknikal, tiada apa jenis modul ditawarkan, tetapi...
Pelajar boleh pilih subjek kejuruteraan iaitu :
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, atau
Kejuruteraan Mekanikal, atau
Kejuruteraan Awam ( Aku ambik yang ni )
Subjek lain yang wajib diambil untuk kiraan pointer ialah :
Matematik
Kimia Kejuruteraan
Fizik Kejuruteraan
Ingat, Fizik itu wajib
Aku dengar banyak budak matrik lain menolak subjek fizik, tapi kalau kau masuk matrik teknikal, subjek itu wajib.
Tak perlu risau, kalau aku yang time SPM dapat Kimia and Fizik C+ je boleh belajar...takkan kau tak boleh...hoho.
Oh ya, waktu aku memula masuk dulu, aku sangat terkejut sebab banyak budak dari sekolah teknikal. Kalau fikir logik, memang kena lah, matrik teknikal untuk budak sekolah teknikal...tapi, ntahlah wei...huhu,
Hmm, but mungkin nasib untuk batch seterusnya berbeza sebab kebanyakan budak batch aku ialah batch terakhir sekolah teknik mereka...
Sekolah teknik kebanyakan telah bertukar jadi kolej vokasional. Jadi aku rasa, bagi batch seterusnya mungkin budak sekolah teknik dah sikit kot... (tak penting pun kau dari sekolah mana)
Bila masuk matrik nanti, sila baca buku panduan dari kulit ke kulit.
Bagi memudahkan hidup anda, sila juga baca buku peraturan pelajar dan hafal kebanyakan akta ya.
Bagi orang lain, itu tak penting
But for me, aku guna kebanyakan akta untuk menutup mulut orang...and orang tak berani nak pijak kepala aku dengan mudah...
Okay, maaf melalut.
Ada satu benda penting.
Kalau kau google, ada post dari beberapa tahun lepas mengatakan yang bekas matrik teknikal tak diterima masuk universiti....what ??!
No, ianya salah.
Tetapi, apa yang aku nak highlight di sini, sebelum nak masuk matrik teknikal, eloklah fikir betul2 sebab :
Ketika nak isi upu untuk degree kebanyakan course tidak ditawarkan lagi untuk anda, mengerti ?
Dengan kata lain, kebanyakan courses yang ditawarkan adalah dalam bidang teknikal juga ( engineering, architecture, industry etc...)
Jadi, pastikan ada cita2 yang seiring sebelum masuk,
Atau, masuklah dulu and cari cita2 yang seiring.
Ini bukan benda lawak. Ini serious.
Ada banyak kawan aku yang nak tukar bidang sebab time belajar rasa susah...terutama subjek matematik...katanyalahh...
And banyak juga nak tukar sebab pointer kurang baik dan keyakinan diri berkurang disebabkan itu.
Tapi, tak bolehh...
Bidang luar yang ditawarkan adalah sangat sedikit...dan
Pelajar yang nak tukar tu, kebanyakkan berpunca dari pointer, tetapi kebarangkalian lain adalah nak lompat bidang ni selalunya kena ada sokongan pointer yang tinggi, bukankah begitu ?
Ya, begitulah. Tetapi, kalau ada rezeki, Inshaallah boleh.
Dan, aku, ada menghantar e-mail pada sebuah universiti terkenal bertanyakan kenapa course blabla tak ditawarkan and tiada dalam pilihan, nak tahu apa jawapannya ?
Maaf saudari, kursus tersebut hanya ditawarkan untuk pelajar aliran sains dan sastera dan tidak ditawarkan untuk aliran teknikal.
See ?
Itulah yang berlaku. Tiada guna jugak aku siap lampirkan results SPM, results MUET and results matrik, bukti kata aku telah melepasi syarat...tetapi itulah jawapan yang jelas.
Syarat tetap syarat.
p/s : tak kiralah kau masuk matrik ke tak, ingat benda ni...aku baca dalam satu buku, katanya :
Banish the thought that you are here to have knowledge "pumped into" you. To acquire an education you must establish and maintain not a passive attitude but an active attitude.
Okay, bye!
*kalau kau bukan asal sekolah teknik (aku pun...) and kau nak tau sikit2 fasal teknik2 ni, maybe kau boleh try tengok drama berkaitan teknik, click teknik untuk tahu drama apa patut kau tengok...*
p/s : Aku tulis sambungan entri ni, kalau nak tau lebih sikit lagi, boleh click sambungan untuk baca.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya nak tahu,universiti mana yg saudari tnye bila kursus saudari nak apply tuh tak ditawarakn untuk aliran teknikal?dan boleh saya tahu kursus ape tuh?
terima kasih.
Waalaikumussalam...
DeleteUniversiti Malaya. Kursus law and TESL.
Btw, tapi banyak juga yg boleh apply...kursus species tu mmg tak ditawarkan pun untuk aliran teknikal di Uni lain juga...dalam upu dah takda = =" bila isi untuk degree.
Sama2.
Assalamualaikum bro mase pendaftran pakai bju ape ?
ReplyDeleteSeeloknya pakai formal. But then, nobody cares...lepas daftar itu hari sempat lagi aku keluar outing, means that pakaian time tu tiada yg kisah, malam baru start aktiviti and baru ada spesifik pakaian.
DeleteSelamat mendaftar!
Kalau saya apply utk chemical engineering di UM . Kursus itu open untuk teknikal student tak ?
ReplyDeleteTime saya apply hari tu, open ja. Chemistry biasa pun open. =-)
DeleteYeapp agree! Most uni tak ambil pelajar matrik teknikal in certain courses (read:science,law,etc)
ReplyDeleteBtw, saya batch 5 KMTK amik course chemistry di UM. Memang sekolah dulu sekolah teknik and masuk matrik teknikal pulak tu tapi bila dah nak habis matrik rasa cita-cita nak ke any engineering fields tu dah takda. Nasib UM/UPM je yang offer kos sains kimia utk pelajar matrik teknikal :-)
Wahh! Hai Senior! Saya batch 7...
DeleteHebatnya dapat sambung Chemistry di UM pulak tu... :-)
Thanks for the extra info!
Hi! Baru-baru je nak daftar untuk matriks tapi apa pun tak tahu, hehe. Nasib baik terjumpa blog saudara. Nak tanya pula tu, matriks ni, semua pembiayaan tu ditanggung oleh Kementerian ke? Kami langsung takyah bayar apa-apa yuran ke?
ReplyDeleteHi...
DeletePerlu bayar sekali je, RM 500 - yuran pendaftaran (ni dah termasuk MUET) kecuali lah, kalau bayaran yang untuk buat jamuan2 tu...heheh, tapi dapat elaun bulanan RM250, boleh guna duit elaun...and elaun tu tak perlu bayar balik pun :-)
Selamat mendaftar!
bro is it possible to enter UM after matrikulasi teknikal with a cgpa above 3.5
ReplyDeleteSure, it is possible but still it depends on the course that you're gonna choose
DeleteI have a friend who got 3.97 but he didn't get the offer - He chose Mechanical Engineering.
Another friend of mine who got 3.93 got the offer for electrical engineering...
it's quite hard if you choose engineering courses but for other courses...it's not that hard as a lot of my friends got offers from UM even with their cgpa not 3.9 and above but just above 3.5
hi..
ReplyDeletenk tnya something.harap dapat membantu hehee sbb sy dah isi borang online ke matrik and sy pilih matrik teknikal ..
boleh tak awk jelaskan apa itu matrik teknikal , kelayakan nk msuk matrik teknikal and kerja yang boleh apply kalau kita msuk matrik teknikal ..
thankss ..
Hi...
DeleteSaya tulis entri lain untuk jawab soalan awak,
http://theunwantedrole.blogspot.my/2016/10/budak-matrik-teknikal_31.html
kawan saya cakap keputusan matrik ni U tak ambil .. betul ke? :(
ReplyDeleteTak adalah...itu isu lama, kalau tak takkan lepasan matrik ni boleh masuk U, kan ?
DeleteCuma untuk lepasan matrik ni, takkan boleh mohon untuk course2 tertentu macam medic, law etc. tu.
Hi...nak tanye kalau lepasan matrik teknikal
ReplyDeleteboleh tk nak apply degree dlm architecture di U?
Absolutely :-)
DeleteTentulah boleh and tell you what xkisah time matrik ambil awam, mechanical or electric...semua pun still boleh apply architecture. Batch saya ada bnyak yg smbg architecture UTM, uitm and usm
And me myself got offers in architecture from overseas and local too tp xjd ambil yg tu sbb tukar fikiran
Apapun, good luck! 😊😊😊
jd you sambung degree dlm kursus ape?:)nak tanye jugak byk tk female yg ambik matrik teknikal?
DeleteMechanical Engnineering, UTM - Naval Architecture and Offshore Engineering. :-)
DeleteBanyak je, tapi, lelaki lagi banyak ;-)
Like my batch dulu, 99 females, 120++ Males, tapi tu KMTK je lah.
But going to Uni, my batch right now, tak silap, 70++ females, 300+++Males... (kalau sambung something under Faculty of Mechanical Engineering at UTM, Skudai)
Asalam...nk tnye klau matrik pkaian die camane bg lelaki?pstu brape tahun kne bljar klau dh msuk matrik aliran teknikal
ReplyDeleteWassalam, lelaki slalu pkai kemeja lengan panjang + tie + seluar slack hitam. (Pkaian formal )
DeleteSetahun je (2 sem) 😊
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam, if saya terima matrik teknikal ni. boleh tak kalau degree nanti saya nak sambung course math?
ReplyDeleteWassalam, inshaallah boleh.
DeleteSebab ada budak batch saya skrg tgh sambung course math walaupun sblm tu matrik teknikal.
Anyway, good luck😊😊
All the best!
wah yeke. alright. btw budak batch yang sambung math tu pointer matrik kena berape ye? sebab saya dapat tawaran matriks teknikal kedah. tapi masih dalam dilema nak ambil matriks or diploma math nanti (if dapat) sebab memang minat math dan nak sambung course math
DeleteDia dapat 4flat dua2 sem
DeleteTapi saya rasa asalkan 3.5 ke atas, confirm dapat punya
Wahhh...kmtk, heheh...dtglah kmtk, best situ 😊😊😊
Heheh...kalau nak sambung diploma pun,okay jugak 😊
Apapun, all the best and good luck😉
kmtk best? you from kmtk keee? hihihi hi senior. thanks btw for the tips. in shaa Allah, i will do my very best :)
DeleteYupp, saya batch 7 (2015/2016)
DeleteKalau awak masuk kmtk Jun ni, awak batch ke 9 😊😊😊😊
Alright, you're welcome.
Saya doakan awak berjaya sambung course maths kelak, inshaallah.
Assalammualaikum saudara. Tahun ni 2017 saya dapat masuk ke KMTJ. Mahu bertanya bagaimana cara belajarnya, adakah boleh untuk tidak duduk asrama,ada yang menyatakan tidak perlu bawa laptop. Adakah ianya benar? Pada tahun ini, pendaftaran pada 5 Jun 2017. Adakah 6 Jun 2017 orientasi sudah bermula atau tunggu selepas raya?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteTahniah dapat KOMATEJO😊
Cara belajar, ada sistem kuliah + tutorial + practical
Biasanya lecturers matrik sangat2 baik dan akan bantu students asalkan students mahu berusaha.
Matrix wajib tinggal di asrama.
Matrik teknikal perlu bawa laptop yg saya tahu la, sbb dulu saya banyak guna laptop untuk assignments...tambah2 lg, matrik teknikal perlu belajar guna autoCAD. Kadang2 perlu buat slides untuk presentation, jd, tentulah perlu bawa.
Selalunya, orentasi akan terus bermula pada malam hari pendaftaran 😊
Untuk tahun ini, saya kurang pasti, tapi rasanya mustahil akan tunggu lepas raya, sebab orentasi tujuannya nak kenalkan pelajar dengan kolej ☺☺
Apapun, all the best and good luck 😉😉😉
so kalau datfar 5/6 kami tak dapat balik raya ke? hmmmmmm sebab raya kan 6/6
DeleteSayang, raya 25 June...
DeleteSempat balik, inshaallah 😊
Selalunya, orentasi seminggu, dan matrik sebab fast track, cutinya sikit2...selalu cuti raya pun kejap je
DeleteMustahil akan ambil raya, sbb lecturers pun nak raya, awak pun nak raya,
Anyway, good luck!selamat mendaftar,
Selamat hari raya😊
Thankss..alhamdulillah da terasa kompiden sikit nak.msuk matriks teknikal ni..
ReplyDeleteBtw kan kalau kte ad masalah nak plih sma ada sivil,mekanikal or elektrikal tu mcam mne pula?
You're welcome, alhamdulillah.
DeleteHaa, ada masa lagi ni, boleh try research dulu
Nanti kalau masuk, kita akan dapat siap2 antara 3 tu,tp boleh tukar...
Kalau ada masalah, hmm...masuk je mana2, then skor...nnti degree boleh pilih lagi 😊😊😊
Macam saya pun, dulu ambil civil, degree tukar ke mechanical
Apapun, ikut minat awak...😊
Kalau ambil elekrik, nanti sem 2 bantu subject fizik sbb sem 2 fizik, fasal electrik bnyak.
Kalau civil, slalu ramai perempuan, mekanikal, ramai lelaki
Civil lebih kepada pembinaan bangunan, ukur tanah, jambatan etc
Mekanikal lebih kepada mesin,kira force etc
Elekrik, elektrik laa,heheh...elek susah bg saya.
apapun, selamat memilih 😊😊buatlah pilihan terbaik, baru awak akan enjoy 😊
Assalamualaikum , saya nak tanya sikit . Bagaimana dgn peraturan di KMTK ni . Adakah ketat or besa2 ja .. dan adakah tiap2 minggu boleh balik ? saya nak tahu je :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeletePeraturan biasa2 ja, lebih kurang sekolah...tp kurang ketat sikit.
Oh tak boleh, kalau nak balik bukan pada minggu yg boleh balik, biasanya,kena buat surat.
Outing boleh kalau tiap minggu 😊😊😊
ouhhh , outing daripada pukul berapa ke pukul brpa ? and situ dkt dgn kemudahan ke ?
DeleteSlalunya dari, 8pagi sampai 7malam.
DeleteHmm, kemudahan...hmm ,contoh?
Tak dekat sangat...slalunya, outing paling dekat ada Aneka je,nak mall besar, ada dekat Sungai Petani,tapi,jauh sikit, dlm 30minutes gitu kalau naik taxi,
Assalamualaikum nak tnya. Kalau saya amik course mechanical. Subjek apa jee sya akn belajar. Sb ada org kata matriks ni subjek nya bnyak. Asasi subjek dia sikit. Btl ke? Klau boleh nak tahu subjek apa yg saya akn belajar di matriks bg mechanical?
ReplyDeleteWaalaikumussam.
DeleteSubjek Mathematics, Fizik kejuruteraan, Kimia kejuruteraan and kejuruteraan Mekanikal untuk kiraan pointer.
lain subjek yg tak termasuk pointer : English, SR, kemahiran dinamika n pendidikan Islam
Saya tak rasa banyak pun tapi, tak tahulah kalau compare dengan asasi mcm mana sbb saya tak ambil asasi 😂
😊
Ohhhh mmg takde add math ye dlm engineering mechanical ni?
DeleteMaths di matrik, sama macam Add Math...tp lebih advanced.
Delete😊😊😊 maksudnya Add Math ada, cuma tak panggil Add Math dah.
Kimia kejuruteraan tu susah tak? sbb saya tak strong ah chemist nii
ReplyDeleteSama macam Chemistry sekolah tapi advance sikit.😊
DeleteTakpa, lecturers bagus2.
Saya dulu pun SPM, Chemistry C+ je, masuk matrix boleh je dpat A.
Tentulah awak pun boleh.
Good luck, all the best 😊😊😊
Assalamualaikum. nak tanya. boleh ka survive kat matrik kalau tak pandai BI?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteTentulah boleh, majority yg masuk matrik teknikal pun, English lemah (byknya dapat C,C+,B,B+)waktu SPM tapi, diorang survive je
MUET pun, banyak yang dapat band 2 dan band 3 je.
Awak boleh survive, tapi, nasihat saya, masa yg ada ni, gunalah untuk tingkatkan penguasaan bahasa
Nanti nota dalam BI, presentations pun semua kena buat dalam BI.
Jadi, kelebihan besar juga kalau dapat tingkatkan penguasaan BI.
Apapun, all the best and good luck 😊😊😊
kalau ambil subjek civil engineering, saya akan belajar ape?
ReplyDeleteUntuk civil engineering, sem 1, sama macam elektrik dengan mekanikal. Belajar Introduction To Engineering. Sem satu ni, banyak la kita akan tahu fasal dunia Engineering ni.
DeleteUntuk sem dua, bagi civil engineering, banyak belajar kira2 juga, tapi fokus pada bangunan. Dan ada juga diajar cara ikat bata, bancuh simen etc. Eksperimen untuk awam pun, banyak berfokuskan fasal pembinaan. Macam bina jambatan, test kekuatan konkrit, bata etc.
kalau matrik teknikal dapat modul berapa ye? dan modul tu belajar ape ye?
ReplyDeleteTak ada modul.
DeleteTapi, boleh pilih nak kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektrik atau kejuruteraan awam.
Subjek wajibnya kimia kejuruteraan, fizik kejuruteraan dan Mathematics.
:-)
oh ye ke. so yang modul tu untuk matriks bukan teknikal je lah ye? sains komputer memang tak belajar ehhh?
DeleteTak ��
DeleteYupp...yang modul untuk bukan teknikal sahaja.
DeleteAah, tak belajar sains komputer.
:-)
biologi kujuruteraan ada tak?
DeleteMatrik teknikal tak perlu belajar biologi dah...
Delete:-)
boleh tolong ceritakan waktu orentasi macam mana ye?
ReplyDeleteOrentasi saya dulu...hmm...
DeleteSangat cepat waktu berjalan, sebab aktiviti padat. Banyak maklumat baru disampaikan, aktiviti outdoor, indoor, semua ada...penat, terkejar2 sana sini. Tak sempat rehat sebetul-betulnya sangat.
Bangun awal, rebut bilik air, nak biasakan diri di tempat baru, kenal orang2 baru...hmm.
Kalau tak pernah duduk asrama (macam saya dulu), memang akan rasa berat sangat orentasi tu. Part rebut bilik air tu yang paling tak best sekali. Lepastu, minggu orentasi la, yang buat kita teringat rumah and rasa nak balik sangat.
Tapi, apapun, okay je. Fasi okay, lecturers ada jugak turun padang. Okay2 je.
Untuk batch kali ni, rasanya, mungkin akan berbeza sikit jenis aktiviti, sebab korang bulan puasa kan.
Penat mesti berganda...
:-)
kalau bulan puasa sahur dengan iftar beli sendiri kan? kat mana ye? kalau iftar kat luar boleh ke? sahur kafe bukak ke? sorry ye banyak pulak soalan
ReplyDeleteYupp,beli sendiri.
DeleteDekat kafe selalunya.
Minggu orentasi je makanan disediakan.
Kalau nak iftar dekat luar, kena ada kebenaran, tak boleh sesuka hati.
Sahur, kafe akan buka dan sediakan makanan mengikut permintaan hari sebelumnya 😊
It's okay.
Good luck and all the best 😊😊😊
nak tanya something, solat jemaah setiap waktu ke? jadual belajar macam mana? dari pukul berapa sampai pukul berapa?
ReplyDeleteTak, solat masing2...tapi, surau dekat je, nak turun jemaah senang. Tak nak turun pun tak apa.
DeleteKelas wajib yang 8 pagi sampai 4 petang je. Waktu lain, bebas nak buat apa2 pun.
:-)
sabtu ahad takde class kan? selalu buat ape? boleh outing sampai pukul berapa?
ReplyDeleteKalau KMTK, sebab Kedah...Jumaat, Sabtu yang tak ada kelas
DeleteSelalu study and tidur je, pastu boring2, layan drama. Tapi, yang ni, bebas...tak nak buat apa2 pun tak apa. Heheh.
Outing, kalau KMTK dulu, 8 pagi sampai 7 malam.
:-)
malam free ke? selalu buat ape yeee
ReplyDeleteYupp, free.
DeleteSelalu study sikit, layan drama banyak2, pastu tidur sebab penat.
Heheh.
:-)
Biasanya jumlah student dekat matrik teknikal ni berapa ramai eh? Nanti masa orientasi selalu pack eh means ramai student macam matrik biasa tak?
ReplyDeleteMatrik biasa, yg saya dengar dari kawan2, jumlah students 2000+++
DeleteMatrik teknikal dalam 200-300 je...
Ha, tapi, pack jugak la, sebab matrik biasa besar...matrik teknikal kawasannya kecil je...
(tapi, pegi kelas tak da la penat, sebab dekat...heheh)
:-)
Tajuk tajuk yg akan bljr nnt (except bio sbb nota hilang) :-
ReplyDeleteKIMIA
1. Matter
2. Atomic Structure
3. Periodic Table
4. Chemical Bonding
5. States of Matter
6. Chemical Equilibrium
7. Ionic Equilibrium
8. Thermochemistry
9. Electrochemistry
10. Reaction kinectics
1. Introduction to Organic chemistry
2. Alkanes & Alkenes
3. Organic compounds
4. Benzene
5. Haloalkane
6. Alcohol
7. Amines
8. Aldehyde & Ketone
9. Amino acid & protein
10. Polymer
FIZIK
1. Physical quantities and measurements
2. Kinematics of linear motions
3. Momentum and impulse
4. Forces
5. Work, energy & power
6. Circular motion
7. Gravitation
8. Rotation of a rigid body
9. Simple Harmonic Motion
10. Mechanical waves
11. Sounds wave
12. Deformation of solids
13. Heat
14. Kinetic Theory of Gases
15. Thermodynamics
1. Electrostatics
2. Capitor and dielectrics
3. Electric current direct current circuit
4. Magnetic fields
5. Electromagnetic induction
6. Alternating current
7. (Maaf nota hilang)
8. Physical optics
9. Quantization of lights
10. Wave properties of particle
11. (Maaf nota hilang)
12. Nuclear reaction
13. Radioactivity
MATHEMATICS
1. Number system
2. Inequalities
3. Sequences & Series
4. Matrices & System of Equations
5. Function and Graph
6. Polynomials
7. Trigonometrics Function
8. Limits
9. Differentiation
10. Application of Differentiation
1. Integration
2. Differential Equations
3. Numerical Method
4. Conics
5. Vectors
6. Data description
7. Permutations & Combination
8. Probability
9. Randoms Variables
betul ke ni ��
Haa...betulla kot...
DeleteThank you :-)
Sebenarnya saya tak pasti sangat. Dah setahun tinggalkan matrik...tapi, rasa semua tajuk tu dah betul...
:-)
Thanks for the extra info! ;-)
kena buat medical check up ke? contoh ujian air kencing, x-ray semua tu?
ReplyDeleteHai,
DeleteTak perlu pun...hari tu tak buat pun.
Masuk U nanti baru kena buat.
:-)
Hai,nk tnya di matrik guna laptop tak??elaun ni untuk plajar2 tertntu je ke??roomate diorang susun mcm mana??
ReplyDeleteHai, yupp guna laptop tp kadang2 je.
DeleteElaun semua orang dapat time saya dululah...skrg tak tau la dah berubah ke camana.
Roommate random je. Ikut nasib 😊☺
saya ada baca yuran pendaftaran matriks teknikal RM599. yuran ni termasuk yuran pengajian, yuran asrama ke?
ReplyDeleteHai
DeleteDulu (2015/2016), saya punya yuran RM500 je
Haa, tu termasuk semua sekali (pengajian + asrama )
😊😊😊
As salam , antara civil , mekanikal , elektrik .. mana lagi pemes dekat kmtk ni ?
ReplyDeleteWassalam...
DeleteCivil paling pemes ✌,ramai pelajar terutamanya perempuan akan pilih civil.
kalau kita pilih civil , mmg akan dpt terus or dia akan bahagikan sama rata ?
DeleteCamni, mula2 masuk kita akan dapat siap2 (random je dapat apapun)
DeletePastu, dia akan tanya siapa nak tukar...time tukar tu mmg confirm semua akan lulus biasanya...
Kira kalau pilih civil, mmg akan terus dapat 😊
This comment has been removed by the author.
Deleteselalunya kalau nak lepas degree dlm civil , kena dapat pointer berapa eh ? ( at least)
DeleteBergantung nak Uni mana...
DeleteKalau UTM, at least 3.5
Kalau U lain, cam UiTM, UMP, Unimap dapat 2.7 ke atas at least
Ni based on kawan2 batch saya je...xtaula dh berubah ke apa
Paling selamat pointer 3.5 la...atau 3.0 ke atas.
😊😊
nak tanya , pelajar kmtk ni wajib solat kat masjid ke tiap2 waktu mcm di sekolah dulu ?
ReplyDeleteTak wajib...atas pilihan sendiri. (Kalau nak pahala lebih)
Delete😊😊😊☺
dekat kmtk ada mesin basuh tak?
ReplyDeleteada, setiap aras ada satu.
DeleteSediakan syiling rm2 tiap kali nak guna
:-)
dekat kmtk kalau nak mandi, kena cop shower macam mana? ada sistem after macam asrama tu ke?
ReplyDeletecop cop ni, time minggu orentasi je, sebab semua orang nak cepat...
DeleteHari lain, biasanya takk...
Kalau tak nak cop cop, kena bangun awal, mandi awal time orang lain tak mandi lagi...
Kalau mandi sama waktu dengan kebanyakkan orang (biasanya pukul 7 ke atas), memang kena cop shower biasanya.
:-)
cara pakai tudung bagi perempuan? boleh bawal ngan shawl tak? kalau pakai bawal boleh selempang or boleh pin butterfly tak?
ReplyDeleteBoleh...boleh...nak pakai fesyen apa pun tak pa,
DeleteAsalkan tutup aurat. Matrik ni peraturan pakaian dia tak ketat pun...
:-)
pakaian ke kelas bagi perempuan macam mana ye? selain baju kurung, pakai jubah boleh tak?
ReplyDeleteSelalunya baju kurung, tapi jubah pun boleh, blouse pun boleh...
Delete:-)
Asalkan menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk badan.
:-)
perempuan boleh pakai seluar tak pegi kelas?
DeleteHmm, slalu perempuan pakai seluar hari ada subjek SR and hari masuk bengkel je.
DeleteJarang la orang pakai hari2 lain.
Nak kata boleh tak boleh tu, ikut matrik mana awak masuk
Saya pun tak pasti, sebab dulu memang tak da orang pakai seluar + blouse
Kalau diorg pakai blouse mesti dengan kain biasanya
☺☺☺
SR tu ape awak?
DeleteSubjek Sukan Rekreasi.
DeleteSubjek ni wajib ambil sama ada sem satu atau dua.
Tapi, tak termasuk kiraan pointer.
cuti raya berape hari ??
ReplyDeleteSorry, saya tak tau and tak berapa ingat
DeleteYang pasti takkan lebih 2minggu.
😊😊😊
Kalau subjek teknikal macam civil, mech dengan elect tu kita akan start belajar masa sem 2 ke? Dan kalau sem 1 tu kita akan belajar chapter yang sama ke untuk semua aliran? Means masa sem 2 baru betul2 belajar bidang yang kita pilih? Sebab saya ada terbaca dekat blog lain
ReplyDeleteYupp, betul tu.
DeleteSem satu semua orang belajar benda yg sama.
Sem dua baru fokus ikut bidang yg kita pilih
☺
kalau koku ada unit beruniform, kelab, permainan macam sekolah jugak ke? koku kat matriks macam mana eh?
ReplyDeleteMatrik tak ada koku.
DeleteAda subjek SR (sukan rekreasi) yang perlu diambil sama ada waktu sem 1 atau 2
Tapi, satu sem je ambil and tak termasuk kiraan pointer.
Lepas tu, biasanya hanya ada permainan je untuk subjek tu.
😊
selalu kalau student kmtk outing pergi mana ye?
ReplyDeleteSelalunya pegi Aneka Gurun takpun Pasar Kemboja sebab tu paling dekat.
DeleteKalau rajin pegi Cmart, amanjaya mall takpun alor star mall (tapi jauh la sikit yg ni)
😊😊😊
Hai, saya nak tanya susah tak nak dapat pointer tinggi dekat matriks ni?
ReplyDeleteHai😊
DeleteJujur saya cakap tak susah.
Asalkan ada kefahaman + usaha + doa.
(Ni berdasarkan pengalaman saya dulu)
Apapun, all the best and good luck 😊😊😊
dekat kmtk ada mesin atm tak? dekat mana ye
ReplyDeleteHai
DeleteTak ada. Dulu saya diberitahu nak ada mesin atm kena penduduk melebihi 1000. (Xsilapla) Pelajar kmtk 500 pun tak sampai 😅😅😅
sebab tu la tak ada.
Biasanya pelajar ambil duit melalui agen bank bsn di kiosk 😊😊😊
dengar cerita kena buat acc bank rakyat? betul ke elaun terus masuk dalam acc?
DeleteDulu saya kmtk 2015/2016 guna akaun bsn.
DeleteYupp, elaun terus masuk tiap2 bulan dalam acc.
mesin atm yang terdekat di mana?
Deletekmtk tak ada mesin atm...sebab jumlah pelajar tak sampai 1000.
DeletePelajar boleh ambil duit melalui agen bank bsn di kiosk.
Kalau betul2 nak cari mesin atm, boleh outing, kat luar kmtk banyak.
;-)
so kena buat acc bsn lah ni? ke boleh guna acc lain?
DeleteYup, kena buatla.
DeleteTak silap dulu batch saya semua buat bsn.
Acc lain tak pasti la pulak.
Sorry :(
Kalau hari last kuliah tu still balik petang ke atau sampai jam 12 je
ReplyDeleteHari last kuliah maksudnya?
DeleteHari balik kampung ke?
Kalau balk kampung melainkan dah beli tiket, still balik petg
Kalau hari last yg dimaksudkan ialah hari terakhir di matrik, baru boleh balik awal sejurus lepas tamat exam terakhir 😊
elaun dapat setiap sem, atau setiap bulan? kalau setiap bulan dapat berape ye?
ReplyDeleteHai, dulu saya kmtk 2015/2016 dapat elaun setiap bulan pada atau sebelum 10 hb sebnyak 10 bulan 😊
DeleteSetiap bulan rm250
Dapat elaun hanya 10 bulan 😊
salam, nak tanya dekat dekat kmtk ada mall or aeon tak?
ReplyDeleteWassalam.
DeleteAda mall, tapi tak dekat sangat la...lebih kurang 30 minutes camtu rasanya kalau naik kereta..
untuk Mall yg besar2 :
Ada Amanjaya Mall and Cmart dekat Sungai Petani.
Kalau outing ke area Alor Star, ada Alor Star Mall and AEON.
😊
Paling dekat sebenarnya Aneka gurun (10 minutes xsilap), tapi tak best sangat la sebab kecil je compare dgn yg lain and tak da cinema...
Hi..sy dpt tawaran matrik teknikal ni juga utk sesi 17/18 :) sy terasa konfiden nak masuk matrik lepas sy tahu awk dpt naval architecture dekat utm :) sbb sy juga sgt berminat dgn bidang tu :) boleh awk bagi tips mcm mana awak dpt menyambung ke utm?
ReplyDeleteHai 😊
ReplyDeleteTahniah sebab awak terpilih untuk menjadi warga matrik teknikal.
Alright, lepas habis semua tugasan hari ni, akan saya tulis entri khas tentang tu.
Inshaallah ☺
Tak ada tips lain untuk masuk UTM melainkan awak skor 3.5 and above time matrik.
DeleteInshaallah
:-)
Thankyouuu :))
Deletematriks ada berapa sem?
ReplyDelete2 sem.
DeleteMelainkan matrik sains PDT ada 4 sem 😊😊
setiap sem dapat elaun RM1250 ke?
DeleteYupp :-)
Deleteboleh pegi bazaar ramadhan tak? ada ke bazaar ramadhan dekat dekat kmtk? haha tak sabar nak rasa macam mana
ReplyDeleteboleh pegi, tapi hujung minggu je la tak silap...sebab outing hujung minggu
DeleteHahaha...selamat menghadapinya
selalunya bulan puasa, banyak jugak program berbuka dekat luar
:-)
kalau outing kena mintak kebenaran ke? dari sapa dan kat mana nak mintak kebenaran tu?
ReplyDeleteOuting, kalau pada hari yg ditetapkan, tak perlu minta kebenran.
DeleteTime batch 2015/2016 dulu, outing perempuan hari jumaat, outing lelaki hari sabtu.
Kalau outing selain hari2 tu tak silap, perlu minta kebenaran felo.
Kalau hari outing, hanya perlu meninggalkan kad outing pelajar dekat pak guard dan tak perlu minta kebenaran sesiapa.
:-)
Slm. Sy dpt twrn ke kmtph ni dan mmg nak pegi sana. But at the same time sy still mnunggu twrn yg lain. So bile sy dah daftar di matrik ni tibe2 dpt twrn kaw2 yg sy applied tu. So bleh ke nak kluar dari matrik ni utk pursue twrn yg lain padahal kite dah mendaftar kat matrik? Mohon pencerahn
ReplyDeleteWassalam. Tahniah awak :-)
Deleteoh, kalau dapat tawaran lain dan nak terima tawaran lain tu, boleh je keluar matrik...
:-)
Selalu bila keputusan ipg keluar, ramai la akan pilih tinggalkan matrik (biasanya la)
Jangan risau, apapun, selmat mendaftar dan selamat belajar :-)
All the best and good luck!
Salam.Nak tanye,klau masuk matriks teknikal,bolehke ambik degree dlm bidang komputer?
ReplyDeleteWassalam. Saya kurang pasti dan tak ingat time saya mohon UPU degree dulu available ke tidak.
DeleteMaaf, saya tak tahu, tak dapat membantu.
All the best and good luck!
Oh ok.
Deleteif u diberi pilihan sama ada matriks (kmtk) or diploma uitm, mana yang u pilih? saya dilema la
ReplyDeleteHai,kalau saya...saya akan tengok minat saya balik.
DeleteKalau ambil diploma,fikir balik...awak memang nak bidang tu ke? Sebab 3tahun diploma. Dan awak nak sambung sampai degree atau nak belajar sampai diploma je? Sebab,diploma xda elaun,kena pinjam nanti masuk degree perlu duit lagi...kalau awak mampu sara diri tak apa
Dan diploma tiga tahun,kalau awak sambung degree Di uitm jugak,boleh transfer kredit
jd degree 2tahun,total 5tahun kan
Kalau sambung di Uni lain (in case awak nak blajar sampai degree)boleh transfer, tapi tak banyak
Selalunya degree akan tiga tahun dan jadual susun sendiri
Jd 6 tahun
Kalau awak ambil matrik,ada lagi peluang nak tukar cita2 atau takutjumpa cita2 baru (normal kalau young adults tukar2 fikiran)
Awak boleh ubah lagi time degree...nak masuk degree akan isi UPU semula nanti
Lgpun matrik setahun je
Masuk degree 4tahun jd 5tahun...tp perlu pinjam duit atau sara diri 4tahun je sbb matrik dapat elaun
Dan kalau results matrik bagus, biasiswa senang dapat
Hmm jd saya cuma boleh cakap, sebelum pilih tgk balik minat awak dan kesanggupan awak.
Kalau diploma tu dapat bidang yg awak dah suka dan nak bersamanya di masa depan, pilih la diploma...
Sebab nanti ada practical sekali, banyak skills yg boleh awak dapat dan boleh terus kerja kalau xnak sambung degree
Kalau awak masih dalam keraguan dan tak nak fikir lebih (mksud saya dari soal duit) pilihla matrik...
Lecturers kmtk sangat2 baik dan awak boleh minta nasihat dari diorg jgak nanti
Dan setahun je awak di matrik nanti
Kalau dari sudut skills,memang la tak sebanyak diploma tpi banyak jgak pendedahan awak akan dapat, masuk degree nnti diajar jgak skills yg perlu utk bidg awak...
Haa byk pulak saya merepek... harap bermanfaat utk awak
Hmm tanya diri awak balik ye dik.
Saya tak boleh cakap saya akan pilih mana Sebab saya tak ada ditempat awak, takut nanti awak terpengaruh dan menyesal kelak...
Apapun,all the best and good luck 😉
The choice is yours 😊
saya takut la kalau tak boleh bawak kimia and fizik kat matriks nanti. sebab saya memang tak suka subjek tu since f4 lagi. SPM pun dapat C. ada tips tak sis?
ReplyDeleteHai.
DeleteSamala kita. Saya pun tak suka subjek dua tu dulu and dapat SPM lebih kurg awak (C+)
Tapi,masuk matrik saya boleh skor A untuk kimia dan fizik je takboleh2 mampu B+ je dulu.
Apa yg saya buat dulu...first sekali, saya terima kenyataan saya dapat C.
Lepas tu, bila start belajar di matrik saya start all over again,maksudnya saya belajar dalam fikiran tu tanam, "saya tak tahu apa2 dan saya nak tahu" dan saya neutral kan perasaan kat subjek tu. Dari tak suka menjadi tak ada perasaan apa2
bila tak faham,terus saya tnya lecturers
kuliah duduk depan, lecturers tnya saya cuba jawab (sbb slalu krik2...ramai org suka senyap)
maka saya agak menonjol dulu and banyak org fikir saya pandai...terus org rujuk kalau tak faham apa2
untuk elak malu, tentula saya kena tau 😂😂
Bila belajar sambil nak tahu,inshaallah senang nak faham.
kalau belajar sambil fikir susah atau rasa kita dah tahu...memang nak faham tu makan masa
Tentula awak boleh bawak,jgn risau...saya boleh awak mesti lebih boleh.
All the best and good luck!
Selamat memasuki alam matrik 😊😊😊
saya takut tak boleh bawak sebab takut culture shock, lagi lagi bila nak belajar dalam BI. sebab sekolah dulu pun belajar kimia & fizik dalam BM. hmmm Bi saya tak kuat sangat
DeleteHai...jangan takut.
DeletePendapat peribadi saya, culture shock hanya berlaku pada mereka2 yg tak bersedia menerima perubahan. Jadi, saya harap, awak dapat bersedia secara mental terutamanya.
Tak apa, jangan risau faktor BM atau BI, asalkan awak ada kemahuan mesti boleh punya.
Biasanya matrik, lecturers akan betul2 guide awak, asalkan awak sendiri sudi dan bersedia untuk terima guidance mereka.
Kalau tak faham nanti, jangan tangguh, dan terus tanya...inshaallah tak ada masalah punya.
All the best and good luck!
Kimia matriks susah x mcm spm ke cane??
ReplyDeleteKelas die mcm skolah ke mcm uni biasa
Kalau amik civil pastu degree nk amik architecture bole kan
Syllabus dia lebih kurang,tapi extra sikit...dan satu tahun je beljar.
DeleteKelas kat matrik terbahagi tiga (kuliah + practicum + tutorial)
Dari sudut kepadatan jadual,macam sekolah sebab kelas 8 sampai 4,rehat hanya 1-2 petang.
Hmm, nak cakap macam sekolah tak sangat, macam uni pun tak sangat
Yupp, tentulah bolehh 😊😊
Good luck and all the best 😊😊
how to handle in situation bila stuck dengan pilihan sendiri atau pilihan parent? sebab saya nak ambil diploma bidang yang saya minat walhal ibu bapa saya suruh saya masuk matriks teknikal ni dulu. katanya diploma bidang yang saya minat tu peluang pekerjaannya tipis dan ramai yang masih menganggur serta diploma tempoh belajarnya sangat lama. Sebab bidang yang saya minat tu lebih ke arah pendidikan/perguruan. So my parent said ramai nak jadi cikgu sekarang dan ramai yang masih menunggu, dan parent saya kata lagi daripada kerajaan ambil lepasan diploma menjadi cikgu, lagi prefer kerajaan ambil lepasan IPG. saya ada juga mintak pendapat from my friends, and some of my friends said "go for what you want bcs you the one yang nak belajar, bukan parent you. sooner or later, they will understand" dan ada jugak yang cakap "pilihan ibu bapa adalah yang terbaik" so how about your pendapat as you dah alami proses pembelajaran di matriks teknikal ni dan degree di Universiti?
ReplyDeleteHai awak.
DeleteSusah kalau berada dalam situasi awak, banyak benda perlu dipertimbangkan.
Jalan terbaik ialah, solat istikharah, kerana, keputusan Allah itulah yg paling terbaik.
Jadi, apa yg boleh saya cakap, kalau awak betul2 minat bidang bg diploma yg awak dapat, dan awak nak pilih yg tu sangat2, ada beberapa hal yg awak boleh pertimbangkan.
Pertama, kesan pilihan awak. Sebab diploma 3 tahun, dan kalau ibu bapa awak masih tak dapat terima...awak perlu tabah sangat2 waktu belajar nanti.
Kedua, awak cakap itu bidang pendidikan kan. Yg prefer IPG tu, bagi sekolah rendah sahaja itupun menurut kata adik saya yg belajar di ipg, diorang pun bergantung pada pointer jugak. Lagi tinggi pointer, lagi senang kerja nak dapat. Kalau target awak ajar sekolah menengah saya rasa tak timbul isu yg mana satu kerajaan prefer, atau kalau sekolah rendah dan awak skor pointer tinggi, tak timbul isu juga.
Ketiga, ni penting juga untuk saya cakap. Nanti kalau nak jadi cikgu, kemungkinan awak perlu sambung degree lagi 2 tahun...sebab yg dulu saya dengar, sekarang tahap pendidikan itu yg orang tengok.
Yes, memang lepas diploma awak boleh terus kerja, tapi degree kan lebih tinggi dari diploma.
Dan nanti faktor gaji tu akan ada tinggi rendahnya.
Tapi, tak ada masalah pun sebenar sebab kalau diploma + degree tetaplah masanya 5 tahun atau 6 tahun sama jugak macam matrik + degree. Bezanya, diploma + degree awak ditanggung awak sendiri melainkan dapat biasiswa...kalau matrik nanti dapat elaun.
Okay, pilihan kedua yg awak ada ialah dengar cakap parents awak. Masuk matrik teknikal setahun dan di beri elaun. Macam nilah, kalau awak pilih yg ni pun, sebenarnya, ada banyak peluang lagi untuk awak kejar cita2 awak. Lepas matrik nanti, awak masih boleh sambung belajar bahagian pendidikan. Ramai kawan2 saya yg berbuat begitu.
Dan masa yg awak akan ambil sebelum kerja, sama juga 5 tahun. Sebab degree 4 tahun.
Dan, melalui pilihan ini, awak boleh elak dari situasi parents tak setuju or what.
Belajar di matrik teknikal, bagi saya yg dh alami...apa yg boleh saya cakap, itu antara hal paling baik pernah terjadi dekat saya. Sebab kat situ, saya banyak explore diri sendiri dan kenal banyak orang2 hebat.
Untuk diploma, saya tak dapat berkata apa2 sebab tidak pernah lalui sendiri.
Saya tak boleh nak cakap lebih2 lagi, sebab saya tak kenal awak, apalagi parents awak.
Apa yg boleh saya katakan lagi, the choice is yours.
Your life is yours.
Memang kalau stuck antara parents dan diri sendiri sangat2 susah...tapi, itulah hidup, awak...kita perlu buat pilihan juga.
Moga apapun keputusan awak akan buat, tak membuat awak menyesal kelak.
Inshaallah.
All the best and good luck! :-)
p/s : Maaf kalau tak benar2 dapat membantu.
hahahaha thanks sangat sangat sis! nangis saya baca komen awak ��
DeleteIn shaa Allah saya buat solat istikharah dulu. moga Allah permudahkan segalanya.
You're welcome dear :-)
DeleteIn shaa Allah, saya doakan yg terbaik untuk awak.
:-)
Salam, saya nak mintak pendapat awak.. saya dapat tawaran ke kmtj dan nanti kalau nak amik degree kalau boleh saya nak amik kos ukur bahan(quantity surveying).. so bidang kejuruteraan apa yang perlu saya amik kat matrikulasi ni? Dan pointer berapa yang perlu saya target? Saya risau... ☹️��
ReplyDeletecivil
DeleteWassalam. Tahniah sebab awak dapat kmtj.
Delete:-)
Kalau nak ambil ukur bahan, awak ambil la Civil Engineering sebab berkait rapat jugak.
Pointer yg perlu awak target, bergantung kepada Uni mana yg awak target.
Kalau nak masuk Uni macam USM atau UTM, digalakkan untuk skor 3.5 and above bagi memastikan tempat awal.
Kalau U lain (UiTM, Unimap, UMP etc), seeloknya, skor 3.0 ke atas...takpun 2.7 ke atas.
Kalau boleh, try untuk skor setinggi yg boleh untuk memastikan kelak, pilihan awak pasti dapat, inshaallah.
Sebab dulu saya dengar, bawah 2.7 banyak kemungkinan sukar dapat tempat untuk bidang yg kita suka.
:-)
Harap dapat membantu.
All the best and good luck!
:-)
assalamualaikum
ReplyDeletenk tanye course elektrik kt matrik susah ke x?ada orang ckp kalau xlepas pointer nk sambung ijazah nnti course ikut pointer
Assalamualaikum, :)))) nak tanya
ReplyDeleteboleh tak tukar jurusan? and
kalau saya ambil jurusan elektrik boleh tak saya sambung degree course seni bina? and
ada tak sesapa kawan awak yang tak dapat tawaran lagi untuk sambung degree?
masa tahun awak ramai perempuan ke lelaki?
Thank you :)
Waalaikumussalam.
DeleteBoleh, minggu pertama akan di offer untuk proses tukar2 jurusan.
Tentulah boleh...ada kawan saya dulu KMTK ambil elektrik dan sekarang sambung senibina dekat UTM Skudai :-)
Lelaki lagi ramai...
You're welcome, dear :-)
All the best and good luck!
:-)
Hi saya dapat tawaran ke kmtk Alhamdulillah...Tapi kawan² saya asyik pressure saya,dia kata susah kalau bukan drpd sekolah teknik ambil aliran teknikal ;(
ReplyDeleteYang keduanya mereka cakap kalau dpt Pointer rendah kena lelong la...Sebenarnya kena dpt Pointer berapa ya target dia?
P/S : tolong bantu saya
Hai.
DeleteTahniah sebab awak dapat KMTK. :-)
Hmm, kawan2 awak tipu je tu...sebabnya, sayalah buktinya...(haha...)
Dulu, saya bukan sekolah teknik pun, saya asal sekolah agama...lagila orang kata, perempuan pulak tu...lagi la...
Tapi, saya dah berjaya lalui matrik tu...
Apa boleh saya cakap, yakin kat diri awak, dan matrik tu akan jadi tak susah.
Inshaallah.
Hmm...betul, tentang pointer tu betul. Yang kena lelong biasanya yg skor bawah 2.7.
Paling baik, ialah dapat 3.5 ke atas...atau, try dapatkan at least, 3.0.
Inshaallah dah selamat dan boleh dapat memohon bidang2 yg kita nak kelak.
All the best and good luck!
:-)
p/s : harap dapat membantu.
Saya rasa takut nak pergi matrik teknikal ni sebab math fizik kimia tak power sangat. pendapat awak ? Macam mana nak survive kat sana ?
ReplyDeleteHai awak. Saya punya pendapat...hmm.
DeleteDulu, saya masuk KMTK dengan results yg tak power pun.
Addmaths B+, Fizik C+, Kimia C+, LK B+ je time SPM. Saya pun masuk dalam keadaan malu dan takut. Tapi, spm tu tak bermakna selamanya camtu. Kita boleh ubah.
Buktinya, sayalahh buktinya..(haha), sem satu, saya dapat semua A kecuali fizik B+ dan pointer 3.85.
Memang sedih gila sebab tak dapat 4flat...tapi, bila fikir balik, at least, tu lebih baik dari results Spm saya.
Ha,minta maaf, saya bukan nak riak atau membangga, tapi nak bagi bukti. Kita sama dan senasib. :-)
Kalau saya boleh, awak lebih boleh berbanding saya ;-)
Nak survive kat sana dengan jayanya, perkara utamanya ialah : jangan mudah terpengaruh dengan anasir2 luar.
Macam ni, kalau awak rasa awak perlu study, awak study. Kalau rasa awak tak faham, awak tanya sampai awak faham. Hanya awak je tau kemampuan dan cara awak.
Dulu, saya saksikan banyak hal tentang anasir2 luar yg membuatkan results agak rendah.
1) Kawan dgn orang yg suka berseronok sampai study pun so-so je
2) Kawan dgn orang yg tak kisah sal pointer (pointer rendah pun tak apa...tak kisah) - hmm, bukan tak boleh langsung kawan dengan orang pointer rendah...kawanlah dengan orang yg nak berjaya juga, bukan malas berusaha.
3) Terjebak dengan masalah cinta yg bukan2. Kawan saya sendiri sem satu boleh dapat results 3.5 and above, tapi sem 2, 3.0 pun tak sampai. Sebab dia terjatuh cinta pada playboy yg akhirnya lukakan hati dia dan mengganggu fokus study dia.
Bukan nak cakap tak payah bercinta ke apa, tapi, kalau betul nak, kalau boleh pilih2 la sikit.
4) Lebih utamakan kerja2 luar berbanding study sampai tak leh nak balance (ni kalau awak pegang jawatan apa2, kalau boleh nak pegang jawatan apa2 tu, pastikan study awak tak terganggu)
Apapun, all the best and good luck!
:-)
boleh ke nak sambung aircraft lepas habis matrik teknikal ?
ReplyDeleteBoleh, tapi pastikan pointer awak tinggi.
Delete:-)
Assalamualaikum.. Saya baru check result permohonan UPU semalam tapi frust sangat tak dapat 1st choice which is Sarjana Muda Senibina UiTM. Instead, saya dapat Diploma Senibina di Politeknik Premier. Saya pun dapat offer untuk ke KMTPh. Saya perempuan, dulu sekolah harian biasa je tapi masa sekolah dulu ambil aliran Sains Teknikal (Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan). Saya frust sangat sebab tak dapat first choice UPU tu sebab haritu saya dipanggil untuk attend interview tapi saya fikir tak ada rezeki lagi kot.
ReplyDeleteSebab saya nak sangat2 degree senibina uitm tu, saya fikir nak try lagi next year. Kalau panggilan temuduga next year, around bulan April kot sebab result SPM keluar dalam bulan 3. Tapi, andai kata saya pilih untuk ke KMTPh nanti, saya belum tamat lagi pengajian di KMTPh. So, untuk mohon UPU untuk degree senibina uitm tu nanti nak guna result apa ye? Sebab final exam belum lagi? And lagi satu, masa tu saya dikira sebagai apa ye? Lepasan SPM memangla tidak, lepasan matrikulasi pun tidak sebab belum tamat pengajian lagi. Hehe sorry panjang sangat pertanyaan harap akak boleh paham ;)
Waalaikumussalam.
DeleteMacam ni awak, awak masih boleh sambung degree senibina tu kalau masuk KMTPh. Soal perempuan, atau dari sekolah mana tu, tak penting sangat...dan awak cakap, awak ambil sains teknikal, jadi saya rasa matrik teknikal takkan jadi masalah buat awak.
Takpa awak, jangan frust. Ada rezeki yg lebih besar menunggu awak, Inshaallah.
Macam ni, nanti lepas matrik, awak akan memohon UPU untuk degree pulak. (dalam January or February - tak ingatla pulak), dan waktu tu, no pin yg awak beli mestilah lepasan matrik punya, sebab awak dah berada dia matrik dan nak tamat matrik dah pun (matrik tamat hujung April atau awal May selalunya)
Dan soal panggilan temuduga tu, untuk lepasan matrik, temuduga takkan dibuat time April. Biasanya, time bulan May lepas dah tamat matrik - saya sangat pasti sebab saya mohon dan dapat juga (dulu saya dapat temuduga UTM and Uitm senibina juga, tapi tak pergi sebab saya tukar cita2)
Jadi tak timbul isu soal final exam belum atau tidak tu.
Maksud saya, nanti kalau mohon, awak dikira lepasan matrikulasi. Soal lepasan SPM tu, buang jauh2...sebab awak masuk matrik, memang lepasan matrik la awak :-)
Ha,lagi satu, penting untuk awak jaga pointer semester satu awak nanti. Sebabnya, temuduga biasanya bulan May, tapi, results sem dua keluar bulan June :-) jadi, saya simpulkan, results sem satu la yg diorg tengok sama ada nak panggil temuduga atau tak.
Tapi, tentulah sama pentingnya jugak untuk awak jaga results sem dua ;-)
All the best and good luck!
:-)
salam, nk bertanya if la kita ni budak biasa (bukan pandai sngt) dan kita nk masuk matrik teknikal ni. in your opinion susah tak matrik teknikal ni ?
ReplyDeleteWassalam.
DeleteSaya pun tak pandai, tapi saya sangat2 pasti matrik teknikal tak susah.
:-)
Inshaallah.
Masuk je dulu, dan saya pasti awak pun akan cakap macam tu kelak. :-)
Hidup ni, kita try2 je.
All the best and good luck!
salam... nak tanya ni
ReplyDeleteperaturan kat matrik ketat mcm zaman skolah dlu ke?
memang slalu ade spotcheck mcm spotcheck rambut ke?
boleh bawak henset ke?
makanan disediakan ke kene beli sendiri pakai elaun tu?
Wassalam.
DeleteTak ketat pun...tak ada spotcheck. Tapi, tak boleh warnakan rambut.
Bolehh bawak henset...
nak main time kuliah pun boleh
nak main, kena pandai cover, jap lagi pensyarah kecik hati...tapi2, buat apa masuk kuliah kalau nak main phone...eh,
Makanan tak disediakan. Perlu beli sendiri, maka, awak perlu pandai2 bajet la duit yg ada.
Jangan beli benda yg tak perlu. Dulu saya asyik beli novel and komik sampai duit sikit...
berjimat2la...jangan jadi macam saya.
All the best and good luck!
:-)
Jap, lupa...kadang ada jugak spotcheck rokok.
DeleteTak boleh merokok.
:-)
oohh..
Deletelagi satu... student memang boleh gune wifi matrik eh kalau nak guna laptop dengan handset?
pensyarah bagi ke???
Yupp...boleh la...
DeleteStudents yg tinggal kat matrik, bukan pensyarah...hehe.
Wifi tu, antara kemudahn yg disediakn, tentulah boleh ;-)
Tapi, minggu orentasi, tak diberi password lagi...minggu seterusnya boleh guna all the time sebab password dah tahu...heheh
;-)
KMTK kalau balik berkampung 2 minggu sekali ke or mcm mana ?
ReplyDeleteTak,biasanya balik bila ada cuti extra slain weekend.
DeleteJadi...lebih kurang sebulan sekali...?
Biasanya orang yg duduk luar Kedah jarang balik.
nanti waktu daftar nak terus bawak laptop ke untuk kmtk?
ReplyDeleteTak perlu bawak lagipun tak apa, biasanya 2minggu lepas tu baru ada yg kena guna komputer.
DeleteTapi, apa salahnya bawa siap2...boleh layan anime 😊
kalau matrik teknikal , kalau sesiapa yang kene kos lelong tu biasanya diorang dapat apa ? means adakah diorang akan lelong dlm bidang teknikal je ke or menyeluruh (mascoom n etc ) ?
ReplyDeleteHmm...biasanya diorang dapat kos yg jarang2 orang dengar.
DeleteMascom tak la, yg tu famous gak.
Hmm, nak bagi contoh pun lupa la pulak sebab jarang dengar...
Macam...kos kayu...apa ntah.
elakkan la kalau boleh, tak susah pun nak elak diri kena lelong 😊😊
all the best and good luck 😊
Hi.. saya nak tanya ..Yang pasal koku tu kan .Yg ada sukan permainan ..kelab persatuan dan unit uniform tu apa? boleh terangkan
ReplyDeleteHai...waktu saya dulu, batch 2015/2016, tak ada koku pun.
DeleteDia ada subjek, namanya SR (Sukan Rekreasi tak silap, ke Riadah ntah). SR tu, diambil salah satu sem sama ada sem dua atau satu. Sama macam Dinamika dan Pendidikan Islam, salah satu sem je perlu ambil.
Ha, waktu SR tu nanti, ada la yg akan dapat futsal ke, badmminton ke etc...
Camtu je, pastu kelas tu belajar benda2 sukan je.
Fasal kelab persatuan, unit beruniform tu, dulu saya tak ada pun...
Harap membantu, all the best all good luck :-)
Kelas pukul 8am sampai 4/5pm, tak penat ke badan? Macam mana nak arrange masa lagi, nak rehat lagi. Kalau badan dah exhausted boleh lagi ke nak belajar? Seminggu, dua minggu boleh lagila tapi nak hadap setahun? Saya macam tak yakin la boleh survive. Tapi banyak baca blog posts mostly cakap tak susah. Saya tgh pikir lagi nak matriks atau dip ni..
ReplyDeleteHai...hmm, tak la penat sangat. Sebabnya, nanti kelas, bukannya semua belajar.
DeleteDi matrik setiap subjek terbahagi tida kelas (practicum, tutorial, kuliah). Kuliah waktu lecturer ajar, tutorials waktu buat latihan dan tanya soalan...practicum pulak buat kerja amali.
Jadi, dalam satu hari tu, bukan all time buat belajar. Sebab tu tak penat.
Soal masa untuk rehat tu...lepas kelas boleh rehat, malam boleh rehat...weekend boleh rehat.
Belajar tak perlu sepanjang masa, nanti pressure dan stress.
Satu je awak perlu buat, jangan overthinking, just do it. Nanti, you're not alone. Jadi, nanti semua orang survive sama2...
Tak apa jangan risau sangat...masuk mana2 pun, kalau awak fikir susah, susahla jadinya.
All the best and good luck!
Hi KMTK selalunya cuti raya berapa lma ya? Kej.eletrik rmai lelaki or balance je perempuan n lelaki? Satu blik tu ade berapa org?
ReplyDeleteHi...tak ingat la cuti berapa lama, bergantung juga pada setiap batch...dalam seminggu atau dua mungkin.
DeleteTapi, matrik takkan cuti lebih dua minggu pastinya. Semester break pun dua minggu je. Hehe. Mid-sem seminggu.
Ramai lelaki lagi...tapi, perempuan pun bolehla tahan..
Satu bilik kalau perempuan 6, lelaki 4 tak silap...
:-)
All the best and good luck!
salam... start dan habis kelas pukul brapa ye?
ReplyDeleteslalu ade kelas tambahan ke?
Lepas habis kelas ade kena buat aktiviti apa ya
Wassalam. Start 8 pagi pagi, tamat 4 petang.
DeleteKelas tambahan tak pernah ada.
Lepas habis kelas, biasanya bebas nak buat apapun.
:-)
blok asrama perempuan ada berapa tingkat? kalau dapat bilik T1.5 dapat tingkat berape?
ReplyDeleteAda tiga tingkat...tapi, biasanya guna dua tingkat je (Aras satu dan dua je guna)
DeleteTu pun, ground floor tak guna. Aras 3 batch saya dulu tak berpenghuni sebab perempuan sikit.
Ha, T1.5 aras satu, dekat dengan bilik air dan bilik iron.
:-)
sis dulu bilik mana? hihi
DeleteT1.3
DeleteHeheh...
:-)
kalau aras dua, penuh tak?
DeleteBatch saya dulu, takpun...
Deletetak tau la batch lain2 camna sbb bergantung kat kemasukan pelajar jgak
Bilik kawan saya, dua org je...sedangkn bilik lain 6 orang kan
Untung juga camtu sebenarnya, sorang boleh guna 3katil 😂
ground floor takde bilik ke? so kiranya semua orang kena naik tangga jugak la nak pegi bilik
Deletesatu aras ada berapa bilik?
DeleteGround floor ada bilik, tapi 4 bilik je. Dan, bilik tu, entahla kenapa, tak digunakan. Kalau ada tetamu, tetamu akan menginap bilik ground floor.
DeleteAah, kena naik tangga, Kmtk galakkan pelajarnya untuk kurus kot...hehhe, sebab tu la semua orang kena naik tangga.
Satu aras ada 10 bilik :-)
if la saya dpt tawaran dip uitm utk civil dan saya dpt matrik teknikal juga civil, which one do you prefer
ReplyDeleteHai...tahniah sebab dapat dua tawaran sekaligus :-)
Deletehmm, camni,
Awak tanya diri awak balik, awak ni, nak belajar sampai degree ke tak ? Civil tu...cita2 awak nak bersama dengannya untuk tempoh yg lama ke tak ?
Kalau masuk diploma, awak terikat dengan cita2 tu...
kalau masuk matrik, kat matrik tu nanti, awak ada masa setahun untuk timbang2 balik masa depan awak, maksudnya awak boleh lagi, nak sambung course lain time degree. Kiranya, matrik tu part awak try2 dulu civil sesuai ke tak dengan awak. Matrik setahun sahaja lagipun, dan setahun itu cukup untuk kita fikir.
Kalau masuk diploma, ambil masa 3 tahun,
waktu pengajian, perlu pinjam ptptn atau sara diri sendiri...
lepas tu, kalau sambung degree nanti lepas habis diploma boleh transfer kredit, jadi bila sambung degree akan ambil masa 2 atau 3 tahun sebab dah transfer kan. Dan, degree perlu pinjam ptptn lagi, atau sara diri atau mohon biasiwa...
Hmm, kat sini, akan menyebabkan, duit habis banyak sikit. Tapi, orang kata diploma ni, dapat banyak skills nanti.
Lagi satu, lepasan diploma boleh terus kerja. Jadi kalau nanti waktu awak belajar, tetiba rasa malas nak sambung degree, awak boleh kerja terus,
Tapi, ada tinggi rendahnya la nanti gaji awak.
Kalau ambil matrik teknikal, tempoh belajar kat situ, setahun sahaja, dan diberi elaun (jadi duit awak dapat jimat la), but then, nanti degree 4 tahun. Jadi total belajar lebih kurang diploma juga sebenarnya...
Ada orang cakap, masuk matrik, skills dapat sikit sangat berbanding diploma, tapi, actually masuk degree nanti diajar jugak skills yg perlu tu :-)
jadi, soal skills dapat tak tu, bagi saya, tak la penting sangat, masuk degree nanti semua jadi sama je.
Kesimpulan kat sini, pilih mana satu pun, sama je nanti (kalau dah sambung degree) cuma jalan tu la yg lain sikit
Lagi satu, kalau awak rasa nak kerja cepat, pilih diploma...tapi, kalau hasrat awak nak sambung belajar sampai degree, master or PhD, pilih matrik, supaya nanti awak tak tergoda nak bekerja atau terfikir banyak sal duit. (sebabnya lepas matrik tak boleh kerja lagi)
Hmm...saya rasa saya bukan orang yg sesuai untuk awak tanya soal ni, sebabnya, saya lepasan matrik teknikal, dan tak pernah melalui situasi pengajian di diploma, jadi saya kurang tau, mana satu lebih baik dari yang mana.
Sorry tak dapat jawab soalan 'which one I prefer' sebab saya takut nanti awak terpengaruh, dan saya bukanlah pengaruh yg baik
Saya hanya boleh tulis apa yg saya dah tulis, untuk awak fikir2kan...
The choice is yours my dear, your life is yours.
Apapun keputusan yang akan awak buat kelak, saya harap itu yg terbaik dan tak buat awak menyesal nanti.
All the best and good luck!
;-)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai, saya dpat kmtj and saya rasa saya nk tukar matrik biasa. mcm awak kata kalau aliran teknikal, nnt nk mohon upu agak terhad. i mean, lebih menjurus ke bidang kejuruteraan and so on. saya nk tukar kpd matrik biasa sbb saya blum pasti cita2 sebenar saya. hhahha. senang ckp pendirian saya agak x tetap. saya kalau boleh nk amik law lepas matrik tpi awak kata kalau drpd matrik teknikal kos law semua tu x boleh mohon means x de la untuk pelajar lepasan teknikal. pada awak, betul x ape yg saya buat ni? sbb i think kalau amik matrik biasa lebih selamat. katakanlah contohnya, lepas matrik saya nk sambung kejuruteraan atau law x menjadi masalah kalau saya amik matrik biasa. ape pndapat awak?
ReplyDeleteHai...
DeleteHa, betullah apa awak buat tu, kalau awak ada impian nak ambik law. Sebab dulu, time matrik, saya ada terfikir nak mohon law juga sebab UPU waktu mohon degree kena letak 12 pilihan, tapi tak boleh...heheh.
Jadi, betullah tu...dan ambik matrik biasa memang pilihan banyak nanti, awak boleh masuk mana2 bidang yang awak suka.
:-)
Selamat mencari cita2, awak...selamat menempuh alam baru,
Good luck and all the best!